PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label astro. Show all posts
Showing posts with label astro. Show all posts

Betol-betol Hangat! Lauren Alainan Lawan Scotty McCreery

Oleh Kaki Wayang on

http://images.ctv.ca/archives/CTVNews/img2/20110524/800_idol_finale_lauren_alaina_scotty_mccreery_110524.jpg 

Teka- teki siapa dua peserta melangkah ke final program reality popular American Idol ke-10 akhirnya terjawab apabila Lauren Alainan dan Scotty McCreery diumumkan sebagai pilihan majority peminat.

Pada saingan minggu lalu, haley Reinhart diumumkan peserta terakhir tersingkir daripada program berkenaan. Lebih bermakna, Laureen dan McCreery Berjaya menambat 95 juta pengundi yang turut mencatat undian tertinggi dalam sejarah penerbitan berkenaan untuk episode sebelum final.

http://stateofmind13.files.wordpress.com/2011/05/lauren-alaina-and-scotty-mccreery-finale.jpg

Berita baik buat peminat tempatan, Final AI10 yang akan diadakan di Nokia Theatre, Los Angelespada 25 Mei ini dapat ditonton ecara langsung menerusi ASTRO. Ia akan disiarkan di saluran Star World (channel 711) jam 6 petang manakala ulangan jam 8 malam.

Keputusan persembahan pula akan siumumkan pada 26 Mei secara langsung jam 8 pagi manakala ulangan jam 6 petang dan 8 malam pada hhari yang sama.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Lauren Alainan Lawan Scotty McCreery

Betol-Betol Hangat! Juri Sabotaj kemashyuran dan prestij Mentor 5

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnEEMPLoN8ysccgQAA24xX2IvTQ8z8v_0LRmXXqgfZeBdMbWyYiFWxIX7ZnMw183Gvmy1oeiOGth91kUuddWSrJgLHwQqbaLhQqYRbbSx5HdH-07gPFfURyjdAD5d_k-yMjOwYdoMi2rtp/s1600/Mentor+5+2011+Proteges+list.jpg

Malam ni aku melihat, menonton, tengok dan dengar semua apa yang telah berlaku dan berlangsung di TV3..ternyata gimik rancangan realiti TV tak pernah surut..tak kiralah ianya TV3 ke, ASTRO ke..AF ke, Maharaja Lawak ke..Mentor juga tidak ketinggalan dengan lawak bodoh dan gimik yang xberguna..malam ni menyaksikan Ratnah dan Salma tersingkir daripada Mentor 5..dan ianya memperlihatkan Iqa dan Shiha berjaya ke Final Mentor 5 yang akan berlangsung pada minggu hadapan..

Setelah beberapa minggu..Markah Salma tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun..malah suaranya sangat "power" sehinggakan suatu ketika menenggelamkan reputasi penyanyi dan pelajar Akademi Fantasia yang lain dan rancangan itu rendiri...dan setiap minggu komen juri semuanya positif..dan pada malam ni..juri trelah membuat jenaka yang sangat hebat dan bodoh di dunia..lawak itu bertambah bodoh bila pihak TV3 memberi satu lagi peluang untuk Salma untuk berentap di Finale Mentor 5..

Memasukkan Salma semula ke Final sama seperti mencemuh dan memandang rendah akan kredibilitinya sebagai seorang penyanyi..wahai juri berubahlah..
Sila baca selanjutnyaBetol-Betol Hangat! Juri Sabotaj kemashyuran dan prestij Mentor 5

Betol-betol Hangat! Persembahan Menarik Gagal Selamatkan Kay

Oleh Kaki Wayang on

Persembahan Menarik Gagal Selamatkan Kay
Persembahan menarik dari Kay nampaknya gagal menyelamatkan dirinya dari menjadi pelajar terbaru yang tersingkir dalam konsert minggu ke 6 Akademi Fantasia 9 (AF9), sebentar tadi. Kay atau nama sebenarnya Nur Khaidir Bin Muhd, 22, tersingkir apabila menerima AFUNDi terendah berbanding 6 rakannya yang lain.

Persembahan Kay dengan lagu Stand By Me nyanyian asal Ben E. King bagaimanapun dilihat hebat apabila menerima pujian dari ketiga-tiga pengkritik namun undian yang rendah membuatkan dia terpaksa mengusung beg meninggalkan akademi.

Selain penyingkiran Kay, hos AF9, Aznil Hj Nawawi turut mengumumkan satu lagi kejutan baru yang belum pernah dilakukan dalam sejarah Akademi Fantasia. Kejutan baru itu ialah bermula dari minggu depan, pelajar yang membuat persembahan terbaik akan diberikan imuniti. Fungsi imuniti ini ialah ia dapat menyelamatkan pelajar tersebut dari disingkirkan meskipun mendapat undian terendah pada malam konsert tersebut.

Konsert ke 6 AF9 ini telah bersiaran secara langsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil dan dipancarkan terus menerus ke Astro Ria (saluran 104). Pembaharuan dalam konsert ke 6 ini ialah para pelajar tidak lagi diiringi muzik minus one sebaliknya persembahan mereka dibantu oleh pemain-pemain muzik secara LIVE dan mereka telah menyanyikan lagu tugasan mereka secara penuh. Pemuzik-pemuzik profesional ini telah dipimpin oleh Aubrey Suwito.

Penyanyi Faizal Tahir telah dijemput untuk membuat persembahan khas di awal konsert menyanyikan lagu Karma. Dia turut bertindak sebagai pengkritik jemputan pada malam tersebut bersama dua lagi pengkritik tetap, Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Hattan.

Dengan penyingkiran Kay, bermakna tinggal 6 lagi pelajar akan meneruskan perjuangan mereka meraih gelaran juara AF9. Teruskan mengundi pelajar pilihan anda dengan menaip AFUNDI dan hantarkan ke 32999. Anda juga boleh mengundi secara pukal dengan menaip AFUNDI<3/5/10/20> dan hantarkan ke 32999.

Diari Akademi Fantasia boleh ditonton setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 9 malam dan Konsert Akademi Fantasia pula ke udara pada setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Persembahan Menarik Gagal Selamatkan Kay

Betol-betol Hangat! Hotel Grand Pasific Kuala Lumpur

Oleh Kaki Wayang on


3hb Mei - 6hb Mei 2011 - Seperti yang telah tercatat dalam kupasan dan nukilan salah seorang dari Group kita masa Kursus Grammar hari tu dalam blognya.. Azdan Hariz Ahmad memang apa yang dikatakan oleh beliau adalah betul..Hari tu setelah sesat kat Bangi..dan dengan bantuan GPS Yazid Yahya yang sangat mahal tu..akhirnya sampai juga kitorang kat Hotel Grand Pasific..dengar namanya pun dah wat aku terasa excited sangat nak g..manakan tidak..nama begitu gah ngan nama Grand..


Yang paling nyata..bilik sangat kecik dan tak setimpal ngan rate yang diberikan..ok xpe..tu baru masalah bilik..ni lagi satu..masa kursus berlangsung aku borak kosong ngan group aku..so salah seorang ahli tu tanya aku..semalam wat pe?aku cakap duk kat bilik jela tgk tv..dia punyer gelak mak aih..melamfau sesangat..dia cakap..mana de tv lah kat bilik...tengok!!!betapa GRAND nyer Pasific Hotel ni..sampai ada bilik yang xde TV..pastu kawan aku yang sorang lagi kata..laaaa xde TV ke..kat bilik aku ada 2 buah TV...wahhh hevattt!!!..ok xpe tu baru sal TV..seterusnya WiFi aka WaiFai..pon xde..terhad katenyer..yg tu aku xkisahlah sebab aku bawak broadband dan henpon Windows Phone 7 aku ada internet..so xkisahlah..GRAND yang seterusnya adalah...Grand lah sangat...aircond memang failed!! dah lah xde aircond langsung..panas nak mampos..kawan aku sorang kata kat bilik dia ada kipas...ada kipas xpe lagi..bilik aku?Nak kata aircond..xbfungsi..nak kata kipas?lagilah xde..nak kata nak amik angin luar dari tingkap..tingkap bukan main dikuncinya rapat2..

Hari pertama je aku dah xleh tdo..tdo kul 12..tjaga kul 4am..xleh tdo sampailah ke subuh..kete sajoooo..bilik x kalis bunyi...hamvoihh demand nyer nak kalis bunyi...GRAND yang seterusnya..bilik air xde paip yang memudahkan kita untuk amik wuduk..sangat menyusahkan..ASTRO?hahahahaha..kat bilik aku ada..600,000 juta channel yang sangat bermutu..semut hitam putih je memanjang..cam mane pla ngan soket?kat bilik aku jumpa 3 je tmasuk soket untuk tv..so yang leh guna hanyya 2 sahaja..henpon Yazid Yahya dah la 4 buah yang mahal-mahal..henpon aku pla 2 buah..so kitorang tpaksalah berebut2 nak charge..dan banyak lagilah keGRANDan nyer....

Oklah kengkawan..jumpe esok..aku nak tdo..

Azri Abd. Rajid aka Kaki Wayang
GARDENIA gehtooo
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Hotel Grand Pasific Kuala Lumpur

Akademi Fantasia 9 (Minggu 4) vs Maharaja Lawak (Minggu 5) vs Mentor 5

Oleh Kaki Wayang on

Aku rasa ramai daripada kita yang masih ingat ngan Raja Lawak musim kelima kan?apatah lagi kini wujudnya program Maharaja Lawak yang mengumpulkan Juara-juara dan pemenang-pemenang Raja Lawak musim terdahulu..dan apabila program ini menyatukan kesemua pemenang RL sudah tentunya menjanjikan pengalaman menonton lawak yang sangat menghiburkan..

Sebaliknya berlaku kepada program Akademi Fantasia musim 9 yang semakin lama semakin mengarut penampilan dan persembahan para pelajarnya..disamping drama-drama yang sangat membosankan dan kadangkala membuatkan para penyokong menyampah..anda pasti tahu kan bagaimana Astro menarik penonton agar menonton AF?mereka akan melakukan pelbagai pembaharuan yang aku anggap sebagai "crap" dan gimik selain ianya dianggap sebagai elemen kejutan..ASTRO sudah tidak punya cara utk menarik semula rating penonton yang kini sudah mula beralih kepada Maharaja Lawak..

Mungkin kerana dek "sogokan" lawak ML dan musim Raja Lawak yang baru sahaja tamat kemudiannya disambung dengan program ML menyebabkan perasaan penonton masih lekat dan fresh dengan Raja Lawak..ML tak perlukan pon gimik sehebat dan segempak AF yang sanggup menggugurkan pelajar dan memasukkan semula pelajar yang entah datang dari mana..

Bagaimana pula Mentor 5?anda pasti tau dan dapat bezakan yg mana lebih berkualiti antara kedua2 rancangan hiburan ini kan..kita lupakan ML buat seketika..kita bandingkan AF dgn Mentor..dari segi persembahan dan suara..Mentor lebih baik dari AF..bayangkan sahaja Salma Mentor 5 menyanyikan lagu dengan suaranya sangat mantap dan kemudiannya bandingkan dengan mana-mana suara peserta pompuan atau lelaki dalam AF..sangat jauh bedanya..

Kembali kepada tajuk yang dibincangkan..Tidak syak lagi RL aka ML merupakan rancangan realiti tv yang paling ku minati saat ini..sangat2 menghiburkan..pada minggu kelima..lihat saja kebolehan dan kemahiran Jozan yang x asing lagi dengan lawak spontan mereka..begitu juga kumpulan Jambu dan Sepah serta Nabil..sangat2 memberansangkan..bijak menguasai pentas..Namun bagaimana pula dengan AF?siapakah juri yang telah memilih para peserta semasa ujibakat dahulu?Semuanya hebat-hebat belaka..betol kan..tapi kenapa hasilnya hanya mengambil pelajar yang hanya leh jual wajah tapi bukan suara dan bakat?kenapa perlu kepada penyingkiran serta penguguran dan kemudiannya memasukkan pelajar baru yang ntah dari mana asal usulnya..xdatang ujibakat namun berjaya memasuki AF dengan mudah..

Tak dinafikan dalam AF terdapat beberapa orang pelajar yang mampu menyanyi dengan baik..tapi "average" persembahan sangat rendah..Oklah kengkawan sidang pembaca sekalian..tu jela yang aku nak kongsikan ngan korang yerrr..
Sila baca selanjutnyaAkademi Fantasia 9 (Minggu 4) vs Maharaja Lawak (Minggu 5) vs Mentor 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...