Akademi Fantasia 9 (Minggu 4) vs Maharaja Lawak (Minggu 5) vs Mentor 5

Oleh Kaki Wayang on

Aku rasa ramai daripada kita yang masih ingat ngan Raja Lawak musim kelima kan?apatah lagi kini wujudnya program Maharaja Lawak yang mengumpulkan Juara-juara dan pemenang-pemenang Raja Lawak musim terdahulu..dan apabila program ini menyatukan kesemua pemenang RL sudah tentunya menjanjikan pengalaman menonton lawak yang sangat menghiburkan..

Sebaliknya berlaku kepada program Akademi Fantasia musim 9 yang semakin lama semakin mengarut penampilan dan persembahan para pelajarnya..disamping drama-drama yang sangat membosankan dan kadangkala membuatkan para penyokong menyampah..anda pasti tahu kan bagaimana Astro menarik penonton agar menonton AF?mereka akan melakukan pelbagai pembaharuan yang aku anggap sebagai "crap" dan gimik selain ianya dianggap sebagai elemen kejutan..ASTRO sudah tidak punya cara utk menarik semula rating penonton yang kini sudah mula beralih kepada Maharaja Lawak..

Mungkin kerana dek "sogokan" lawak ML dan musim Raja Lawak yang baru sahaja tamat kemudiannya disambung dengan program ML menyebabkan perasaan penonton masih lekat dan fresh dengan Raja Lawak..ML tak perlukan pon gimik sehebat dan segempak AF yang sanggup menggugurkan pelajar dan memasukkan semula pelajar yang entah datang dari mana..

Bagaimana pula Mentor 5?anda pasti tau dan dapat bezakan yg mana lebih berkualiti antara kedua2 rancangan hiburan ini kan..kita lupakan ML buat seketika..kita bandingkan AF dgn Mentor..dari segi persembahan dan suara..Mentor lebih baik dari AF..bayangkan sahaja Salma Mentor 5 menyanyikan lagu dengan suaranya sangat mantap dan kemudiannya bandingkan dengan mana-mana suara peserta pompuan atau lelaki dalam AF..sangat jauh bedanya..

Kembali kepada tajuk yang dibincangkan..Tidak syak lagi RL aka ML merupakan rancangan realiti tv yang paling ku minati saat ini..sangat2 menghiburkan..pada minggu kelima..lihat saja kebolehan dan kemahiran Jozan yang x asing lagi dengan lawak spontan mereka..begitu juga kumpulan Jambu dan Sepah serta Nabil..sangat2 memberansangkan..bijak menguasai pentas..Namun bagaimana pula dengan AF?siapakah juri yang telah memilih para peserta semasa ujibakat dahulu?Semuanya hebat-hebat belaka..betol kan..tapi kenapa hasilnya hanya mengambil pelajar yang hanya leh jual wajah tapi bukan suara dan bakat?kenapa perlu kepada penyingkiran serta penguguran dan kemudiannya memasukkan pelajar baru yang ntah dari mana asal usulnya..xdatang ujibakat namun berjaya memasuki AF dengan mudah..

Tak dinafikan dalam AF terdapat beberapa orang pelajar yang mampu menyanyi dengan baik..tapi "average" persembahan sangat rendah..Oklah kengkawan sidang pembaca sekalian..tu jela yang aku nak kongsikan ngan korang yerrr..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...