PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Sentap Mak! Lagi Gay Melayu Berkahwin…Kali Ini Di Greece?

Oleh Kaki Wayang on

Laaaa, Ada Lagi Gay Melayu Yang Pernah Berkahwin Dengan Pasangan Sejenisnya?

Dalam pada masyarakat kecoh memperkatakan mengenai tindakan seorang pelajar Melayu yang berkahwin dengan pasangan sejenisnya di Dublin, kini ramai pula yang sedang memperkatakan kononnya ada seorang lagi pemuda Melayu yang pernah berbuat demikian di luar negara.

Bahkan dia dikatakan terlebih dahulu melakukan ‘perkahwinan’ sebegitu, dan ianya dilangsungkan di Greece.

Dalam erti kata lain, kalau perkara ini benar, bukan satu, tetapi sudah dua pemuda Melayu yang dikesan terlibat dalam perkahwinan homoseksual ini.

Antara blog awal yang menyiarkan artikel dan gambar yang didakwa membabitkan pelajar Malaysia di Greece itu ialah sozcyili.blogspot.com dan ar-rifke.com.

Bagaimanapun tiada maklumat lengkap yang dapat mengesahkan perkara itu. Kedua-dua blog berkenaan menyatakan gambar terbabit diperolehi dari sebuah blog lain.

Menurut sozcyili.blogspot.com, ia memperolehi maklumat mengenai perkahwinan gay Melayu di Greece itu dari sebuah blog yang diberikan sahabatnya ketika melayari Facebook.

Bagaimanapun blog itu tidak menyebut dan memberikan link kepada blog yang dimaksudkannya itu.

“Dan ketika melayari satu blog yang diberikan sahabat fb (Facebook) tadi, rupanya baru tahu bahawa arif alfian bukanlah lelaki Melayu Islam yang pertama kahwin dengan lelaki Mat Saleh di luar negara. Lihat bawah neh (ini),” catat sozcyili.blogspot.com merujuk kepada gambar seorang lelaki berpakaian lengkap bersongkok dan bersamping berpimpingan tangan dengan seorang lelaki Inggeris.

Kredit: MyNewsHub
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap Mak! Lagi Gay Melayu Berkahwin…Kali Ini Di Greece?

Edisi Hangat SBPA! Penjawat Awam Bakal Naik Gaji Lagi! Semakan Segera untuk Gred 17!

Oleh Kaki Wayang on

CUEPACS lega apabila lima isu berbangkit membabitkan hak perundingan bersama, isu penyelarasan gaji dan dasar pemisah atau exit policy dan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berjaya diselesaikan dalam satu perundingan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kelmarin. 

Sehubungan itu, JPA akan memberi taklimat khas secara menyeluruh kepada CUEPACS, Selasa ini yang dijangka disampaikan Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abu Bakar Abdullah di Putrajaya kepada Majlis Kongres CUEPACS dan ketiga-tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) di bawah JPA yang akan membabitkan penyertaan 140 wakil jabatan. 
 
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pertemuan yang mengambil masa empat jam kelmarin berjalan dalam suasana mesra dan JPA memahami hasrat CUEPACS yang mewakili kepentingan 1.4 juta penjawat awam khususnya berkaitan opsyen SBPA yang sebelum ini ditetapkan sehingga 31 Disember ini.

Katanya, perjumpaan itu diadakan bagi memberi penjelasan berikutan ada beberapa kekeliruan terhadap SBPA yang berbeza maklumat serta taklimat di antara JPA dan CUEPACS kepada kakitangan awam.

Beliau berkata, pada pertemuan itu, CUEPACS gembira apabila JPA juga bersetuju membuat semakan semula terhadap 250,000 kakitangan awam dalam kumpulan gred 17 yang tidak berubah.

“CUEPACS dengan JPA tidak ada perbalahan cuma kita kesal kerana ketika proses menyediakan SBPA, CUEPACS tidak dijemput bersama untuk memberi pandangan.

“Namun, kita lega semuanya dapat diselesaikan dengan baik termasuk semakan segera kakitangan awam kumpulan gred 17 seperti di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen membabitkan pembantu tadbir dan perkeranian yang gred mereka tidak berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Perwakilan Tri Tahunan ke-24 Kesatuan Kebangsaan Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (ANULAE) Semenanjung Malaysia yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said di sini, semalam.

Omar berkata, taklimat Abu Bakar itu dijangka menyelesaikan segala kekusutan yang berbangkit sebelum ini dan diharap ketua jabatan tidak menekan kakitangannya supaya menandatangani segera borang opsyen SPBA.

Bagaimanapun, beliau mengulangi pendirian CUEPACS menolak sebarang pengambilan orang luar yang bukan dalam perkhidmatan awam berkhidmat dalam sektor berkenaan.

“Kita tetap membantah polisi ini kerana kita hanya mahu orang dalam perkhidmatan awam saja mengisi jawatan tertinggi dalam sektor awam,” katanya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat SBPA! Penjawat Awam Bakal Naik Gaji Lagi! Semakan Segera untuk Gred 17!

Edisi Gempak! Pelajar "Politeknik Muadzam Shah" Johan Lagu Patriotik!

Oleh Kaki Wayang on


Alhamdulillah..oklah walaupun hanya masuk dalam ruangan Jawi Utusan Malaysia..tapi ianya cukup bermakna buat aku apabila berjaya menjadi johan dalam pertandingan Lagu_lagu Patriotik..pertama kali mencuba hanya berjaya mendapat tempat keempat atas faktor-faktor pemilihan lagu. Namun begitu akhirnya berjaya juga tampil sebagai Johan Lagu-lagu Patriotik yang diadakan di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur pada suatu ketika dulu.

Pada ketika itu, pengacara majlis pertandingan menganggap aku sebagai pelajar Politeknik Muadzam Shah..padahal aku ni bukan lagi student pada ketika itu..tapi sekurang-kurangnya kesilapan itu mampu menaikkan dan membawa nama Politeknik Muadzam Shah di mata Malaysia.


Pada ketika itu, aku membawa Lagu Bahtera Merdeka sebagai taruhan..buat pengetahuan semua apa yang menarik dalam pertandingan itu..aku terpaksa bersaing dengan 3 orang peserta dari akademi ASWARA..suara yang ditampilkan oleh mereka bertiga memang cukup mengasyikan..cukup membuat aku gentar untuk bertanding..Namun, segala-galanya berubah apabila aku diumumkan sebagai Johan Pertandingan Lagu Patriotik..hanya Allah SWT sahaja yang tahu akan kegembiraan yang jelas terpancar kat wajah aku masa tu..siap wartawan Utusan Malaysia mewawancara aku lagi..katenyer untuk dimasukkan dalam Utusan Malaysia..

Walaupun sekadar bahagian ruangan jawi..tapi tak kisahlah..paper tu tetap paper Utusan Malaysia..hehehehe...

Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Pelajar "Politeknik Muadzam Shah" Johan Lagu Patriotik!

Edisi Sentap! Malasnya nak update blog!

Oleh Kaki Wayang on

Semenjak aku bercuti ni satu badan aku rasa malas..malas nak buat keje itu dan ini..bercuti balik kampung lah katakan..so apa yang mak suruh pun tak buat..aku suruh mak adalah..jahat tak..yelaa setahun sekali balik kampun konfemlah kena manja skit ngn mak kan..

Aku tau sesiapapun akan buat macam tu walaupun tak semua..asal balik kampung atau bercuti..satu badan jadi malaas..nak bangun pun lewat..tapi pastikan bangun lewat pun solat tak tinggal..Malasnya nak update blog..jeles ngan kengkawan blogger lain..semuanya asyik ping je kat Facebook entri terbaru diorang..kan best kalau aku juga serajin mereka..xdelah bersawang blog aku yang tak seberapa tu..

Kenapa aku malas update? Satu hal yang pasti adalah..aku kini sedang bercuti dan memanjakan diri tahap gaban kat Kampung Baru, Keningau, Sabah..keduanya..line internet yang sangat mengecewakan aku..baik DiGi ke, Celcom ke ataupun Maxis..semuanya mengecewakan..yang ada line tenet GPRS je..mau gila dibuatnya..nak buat 1 entri pun dah amik sejam...

Takpela, aku dah kembali bertugas..akan ku balun sehari..20 entri..gulppp..boleh ke..tak pasti..keadaan dan situasi yang akan menentukan..kepada pembaca dan pengunjung..silakan terus menyokong blog ini ya..jangan curang terus ke blog lain tau..Thanks again..


Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Malasnya nak update blog!

Edisi Sentap! Liena Hangat yang HANGAT tak bertempat!

Oleh Kaki Wayang on


Kadang-kadang manusia selalu diperingatkan agar menjaga aib orang lain..tapi nampaknya aib sendiri dicipta dan dipertontonkan kepada umum tanpa rasa malu dan bersalah..entah apa pula alasannya bila berpeluk sakan dengan para penonton di sebuah majlis itu dengan diperhatikan oleh mata-mata masyarakat Timur..


Tahniah..dakyah barat yang teruk kini begitu sinonim dan hampir sebati dengan masyarakat kita..tahniahlah sangat!!! dan tahniah juga kepada artis yang masih mampumenjaga aib diri sendiri..tengok saja Siti Nurhaliza ataupun sesiapa sahaja..mereka tidak memerlukan benda-benda seperti ini untuk kelihatan lebih popular..


Rata-rata pembaca yang membaca artikel ini melahirkan perasaan kecewa dan tak kurang juga yang tutttt....takpelah..artis kan..dia lagi arif dengan benda-benda macam ni..dia lagi arif macam mana nak popular dengan cepat.berinovasi kata Abg Nara..ala-ala Lady Gaga gitew katenyer..Lady Gaga kew..kot!!!.anyway thanks dan kredit to Abg Nara..
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Liena Hangat yang HANGAT tak bertempat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...