Sekali lagi Era Pak Ajib akan
memperlihatkan perubahan demi perubahan. Perubahan terbesar selain GST adalah harga runcit bagi minyak RON97, RON95 dan
Diesel. Bermula Disember 2014 harga bagi RON95 dan Diesel akan
ditentukan dengan bersandarkan kepada prinsip
pengapungan harga runcit minyak dunia.
Melalui perubahan itu juga setiap
akhir bulan KPDNKK akan menyemak dan mengemaskini serta mengumumkan harga baru
petrol terkini yang akan berkuatkuasa setiap 1hb setiap bulan berikutnya. Bukan
itu sahaja, mulai 1 April 2015 harga minyak RON97 akan dikenakan GST sebanyak 6%.
Manakala harga runcit bagi RON95 dan
Diesel tidak dikenakan sebarang GST.
Berikut merupakan harga terkini RON95, RON97 dan Diesel
bagi bulan September 2015:
RON95 - RM 1.95 Sen Seliter
RON97 - RM 2.35 Sen Seliter (Termasuk 6% GST)
Diesel - RM 1.80 Sen Seliter