Alhamdulillah pada entri kali ini kita dapat melihat dan mengetahui akan gambaran dan wajah sebenar Rasulullah S.A.W. Nabi junjungan besar kita yang sangat-sangat kita kasihi dan sayangi. So, kalau tak sayang nabi sudah tentu merupakan orang-orang yang rugi. Meh kita sama-sams selawat atas Nabi.
Semenjak dahulu lagi Nabi
Muhammad S.A.W menjadi dambaan kepada semua manusia yang umumnya beragama
Islam. Baginda merupakan suatu fenomena yang tiada tolak bandingnya dari dulu
sehinggalah sekarang..
Amat beruntung bagi mereka-mereka
yang terdahulu dapat bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W..dan kita? Macam mana
kita nak kenal Nabi? Macam mana kita nak tahu bagaimana rupa Baginda? Sedikit
sebanyak mengenai Baginda, Nabi Muhammad S.A.W mempunyai rupa paras yang
menawan dan menarik. Barang siapa yang melihat Baginda pasti akan tertarik.
Berikut merupakan kata-kata
aspresiasi para sahabat mengenai wajah sebenar dan tingkah laku Baginda:-
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah S.A.W
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada dalam kalangan orang ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.
Sesungguhnya Baginda merupakan kekasih sejati bagi setiap umat Islam. Marilah kita sama-sama berselawat ke atas Nabi.