Sejak kebelakangan ini, pelbagai cerita dan khabar angin segelintir pelajar berkenaan ketidakpuasan hati terhadap undang-undang dan peraturan di Politeknik Muadzam Shah. Dari apa yang dibaca melalui "screenshot" hasil dapatan dari sumber yang tidak dipastikan kesahihannya. Pelajar terbabit menyatakan beberapa perkara yang amat serius untuk difikirkan bersama.
Apa yang penting adalah isu ini perlu ditangani segera agar ianya tidak menjadi lebih serius. Semoga yang keruh akan jernih semula. Diharapkan dengan isu-isu berbangkit seperti ini tidak akan menghalang PMS untuk kekal sebagai sebuah institusi Penjana Minda Strategik yang unggul. Chaiyokkkkkk!