Edisi Sukan! Villa-Boas dijangka akan dipecat sekiranya kalah sekali lagi!

Oleh Kaki Wayang on


Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas berdepan satu ujian sukar dalam karier pada pertemuan kalah mati pertama Liga Juara-Juara menentang Napoli awal pagi esok. Selain misi peribadi untuk menyelamatkan kariernya, Villas-Boas turut berdepan ujian penting untuk menggembalikan semula kegemilangan skuad The Blues musim ini.

Pada perlawanan tersebut, tumpuan sudah pasti terarah kepada Villas-Boas di tepi padang selepas rakan sejawatannya di Napoli, Walter Mazzarri menjalani penggantungan dan hanya dibenarkan memberi arahan dari tempat duduk penonton sahaja.

Selepas hanya mencatat dua kemenangan daripada 10 perlawanan terakhir Liga Perdana England, Chelsea perlu menewaskan Napoli bagi mengembalikan semula keyakinan pasukan itu selepas seri 1-1 dengan Birmingham City di pusingan kelima Piala FA, Sabtu lalu.

Spekulasi pula bertiup kencang mengatakan Villas-Boas mungkin dipecat sekiranya tewas kepada Napoli.

“Anda perlu kekuatan mental tambahan untuk mendapatkan keputusan yang baik. Hanya kemenangan boleh membantu untuk keluar daripada saat buruk ini,” kata Villas-Boas. 

Ditanya kenapa beliau fikir Chelsea boleh menang di San Paolo, Villas- Boas berkata: “Ini adalah bola sepak. Kadangkala ia boleh berlaku sebaliknya kerana Napoli kuat dan kami juga kuat.”

Bagaimanapun, Chelsea dijangka turun tanpa ketua pasukan, John Terry yang masih cedera.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment