PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Chelsea. Show all posts
Showing posts with label Chelsea. Show all posts

Edisi Sukan Hangat! Maaf Chelsea, Saya Tak Minat Pasukan Anda - Jose Mourinho

Oleh Kaki Wayang on


Jose Mourinho telah mengesahkan bahawa dia tidak lagi terlibat dengan khabar angin, bahawa dia bakal kembali ke Stamford Bridge untuk menguruskan sama ada Chelsea atau England dengan berjanji untuk menandatangani perjanjian baru di Real Madrid.

Pengurus yang berusia 49 tahun itu mendedahkan: "Saya akan menandatangani kontrak baru dengan Real Madrid. Saya ingin mempunyai tempat dalam sejarah kelab itu". Mourinho, berada 10 mata dihadapan Barcelona sebelum perlawanan malam Sabtu di Real Betis, di ambang menjadi pengurus pertama untuk memenangi gelaran liga di empat negara utama.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sukan Hangat! Maaf Chelsea, Saya Tak Minat Pasukan Anda - Jose Mourinho

Edisi Sukan Hangat! Jose Maurinho Kembali Mengemudi Chelsea!

Oleh Kaki Wayang on

pix_gal0

DALAM diam-diam, pemilik Chelsea Roman Abramovich mungkin sudah berdamai dengan Jose Mourinho dan bekas bos The Blues itu menjadi antara calon untuk mengambil alih tugas pengendali di Stamford Bridge musim depan susulan pemecatan Andre Villas-Boas.

Abramovich memecat Villas-Boas Ahad lalu, kurang 24 jam selepas kekalahan memalukan 1-0 di West Bromwich Albion yang sekali gus terus meletakkan Chelsea di tangga kelima saingan Liga Perdana. 
Sila baca selanjutnyaEdisi Sukan Hangat! Jose Maurinho Kembali Mengemudi Chelsea!

Edisi Sukan! Villa-Boas dijangka akan dipecat sekiranya kalah sekali lagi!

Oleh Kaki Wayang on


Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas berdepan satu ujian sukar dalam karier pada pertemuan kalah mati pertama Liga Juara-Juara menentang Napoli awal pagi esok. Selain misi peribadi untuk menyelamatkan kariernya, Villas-Boas turut berdepan ujian penting untuk menggembalikan semula kegemilangan skuad The Blues musim ini.

Pada perlawanan tersebut, tumpuan sudah pasti terarah kepada Villas-Boas di tepi padang selepas rakan sejawatannya di Napoli, Walter Mazzarri menjalani penggantungan dan hanya dibenarkan memberi arahan dari tempat duduk penonton sahaja.

Selepas hanya mencatat dua kemenangan daripada 10 perlawanan terakhir Liga Perdana England, Chelsea perlu menewaskan Napoli bagi mengembalikan semula keyakinan pasukan itu selepas seri 1-1 dengan Birmingham City di pusingan kelima Piala FA, Sabtu lalu.

Spekulasi pula bertiup kencang mengatakan Villas-Boas mungkin dipecat sekiranya tewas kepada Napoli.

“Anda perlu kekuatan mental tambahan untuk mendapatkan keputusan yang baik. Hanya kemenangan boleh membantu untuk keluar daripada saat buruk ini,” kata Villas-Boas. 

Ditanya kenapa beliau fikir Chelsea boleh menang di San Paolo, Villas- Boas berkata: “Ini adalah bola sepak. Kadangkala ia boleh berlaku sebaliknya kerana Napoli kuat dan kami juga kuat.”

Bagaimanapun, Chelsea dijangka turun tanpa ketua pasukan, John Terry yang masih cedera.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sukan! Villa-Boas dijangka akan dipecat sekiranya kalah sekali lagi!

Edisi Sentap! Chelsea Hina dan Malukan Saya - Nicholas Anelka!

Oleh Kaki Wayang on

Nicolas Anelka mengakui tidak menyangka penamat kerjayanya di Chelsea berakhir dengan mimpi ngeri – dan menuding jari kepada pengurus Andre Villas-Boas.

Pemain Perancis itu yang kini sedang menjalani latihan pra-musim di Sepanyol bersama kelab barunya Shanghai Shenhua, masih sukar mempercayai bagaimana masanya di Stamford Bridge berakhir dengan penamat penuh kehinaan. Anelka diarahkan berlatih dengan pasukan remaja dan dipaksa menggunakan bilik persalinan berbeza dengan pasukan utama sebelum dikejutkan dengan perpindahan ke China. Dia juga dikehendaki meletakkan keretanya di tempat rizab. 

“Mereka menghukum saya dengan meletakkan saya berlatih dengan pasukan remaja.

“Saya mendapat semua peralatan sebagai pemain profesional tetapi mereka meletakkan saya di dalam bilik persalinan berasingan – itulah bola sepak.

“Satu hari, anda boleh menjadi penjaring gol dan melakukan apa yang anda perlu lakukan untuk kelab tetapi satu hari anda langsung tidak dikasihani.”

Penyerang itu adalah antara tonggak Carlo Ancelotti ketika membantu Chelsea muncul juara berganda Piala FA dan Liga pada 2010 dan penjaring terbanyak Liga Perdana musim 2008/09 dengan 19 gol.  Tetapi di bawah pengurus kelahiran Portugal itu, Anelka disisihkan dan pertahanan Alex turut menjadi mangsa apabila dia tidak mahu menandatangani kontrak baru.
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Chelsea Hina dan Malukan Saya - Nicholas Anelka!

Betol-betol Hangat! Chelsea pecat Ancelotti

Oleh Kaki Wayang on

 http://indepthafrica.com/soccer/wp-content/uploads/2011/04/carlo-ancelotti.jpg

23 Mei 2011 - Chelsea pecat pengurus, Carlo Ancelotti, semalam selepas tumpas 0-1 kepada Everton pada perlawanan terakhir Liga Perdana England musim ini, kata kelab tersebut dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Chelsea pecat Ancelotti

Betol-betol Hangat! Liga Perdana England: Liverpool, Arsenal kecundang

Oleh Kaki Wayang on

LIVERPOOL 16 Mei - Liverpool tewas 2-0 kepada Tottenham Hostpur di Anfield sekali gus merencatkan peluang mereka untuk beraksi di saingan Liga Europa pada musim hadapan.

Gol Spurs disumbangkan oleh Rafael Van der Vaart pada minit ke-9 dan sepakan penalti oleh Luka Modric pada minit ke-55.

Arsenal pula terus dirundung malang apabila kalah 1-2 kepada Aston Villa di Stadium Emirates sementara Birmingham terus dihimpit tekanan berada berhampiran zon penyingkiran apabila tumbang 2-0 kepada Fulham.
West Ham pula menjadi pasukan pertama tersingkir dari saingan Liga Perdana England (EPL) apabila kalah 3-2 kepada Wigan.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Liga Perdana England: Liverpool, Arsenal kecundang