Edisi Terkini! Anak Rozita Che Wan 'Hilang' Sudah Ditemui!

Oleh Kaki Wayang on


Dengan tidak semena-mena, nama Aniq Ezra, anak lelaki kepada aktres jelita, Rozita Che Wan menjadi 'trending topic' untuk pengguna di Malaysia menerusi laman Twitter, semalam.

Khabar yang masih belum disahkan benar ini mengatakan Aniq Ezra , 14, dilaporkan hilang dan dikatakan kali terakhir dilihat berada di USJ 11/12 pada jam 4 petang semalam.

Tambah menguatkan cerita, Rozita turut memesan kepada sesiapa yang ternampak anaknya itu supaya menghubungi balai polis berdekatan dengan segara.

Berita kehilangan Aniq Ezra telah menjadikan satu hashtag, #prayforAniqEzra popular.

Namun, status terkini laporan daripada pengguna di Twitter mengatakan Aniq Ezra sudah ditemui dan berada di rumah rakannya. Malah, Aniq Ezra juga telah menghantar satu twitter mengucapkan terima kasih atas hashtag # prayforAniqEzra.

Menurut perbincangan di laman Twitter, Aniq Ezra lari ke rumah rakannya kerana merajuk dengan emaknya. Bagaimanapun, dia dikatakan telah selamat pulang ke rumahnya. Kesahihan berita ini masih belum dapat disahkan kerana ia hanyalah melalui perbincangan di Twitter.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment