Edisi Tips Blog! Apa Itu Bounce Rate? Bagaimana Mahu Kurangkan Bounce Rate?

Oleh Kaki Wayang on



Sejauh mana kemajuan dan bernilainya BLOG anda? Macam mana nak tahu yang blog kita ni sesuai untuk mendapat bayaran pihak pengiklan? Selama korang berblog tahukah anda bahawa blog anda mencapai kemajuan atau tak? Atau tak nak amik tahu langsung mengenainya? Perkara mengenai BOUNCE RATE merupakan perkara yang amat penting buat BLOGGER..kalau tak tahu memang tak payah jadi blogger lah..(Amboih melampaunya)..

Satu-satunya cara untuk ketahui semua itu adalah dengan menggunakan Google analytics. Google Analytics bertindak sebagai pencetak statistic paling tepat buat website ataupun blog. Bagaimana agaknya Google Analytics ini bekerja? Macam ni, GA merupakan salah satu perkhidmatan atau tools yang disediakan oleh Google yang dapat membantu kita untuk mengkaji statistik kemajuan laman web atau blog.

Dalam perkhidmatan tersebut mungkin anda pernah melihat satu pantauan iaitu bounce rate, tetapi mungkin ada yang tidak pernah mengetahui apa yang dimaksudkan dengan BR. Ianya merupakan peratusan pantauan pengunjung yang mengunjungi sesuatu laman atau blog dan meninggalkan laman atau blog tersebut tidak kurang dari 5 saat tanpa melayari laman-laman lain melalui sebarang pautan. Bahasa paling mudah adalah, pengunjung datang ke blog kita dan membaca satu topic sebagai contoh topic “JADUAL GAJI BARU SSM 2012 MENGIKUT GRED” atau Tajuk MENTOR 6 2012 MERUPAKAN MENTOR TERBURUK DALAM SEJARAH!! kemudian pengunjung tersebut terus ke blog lain tanpa membaca apa-apa lagi artikel lain dalam blog kita.

Bagaimana untuk kita elakkan supaya pembaca dan pengunjung “stay” kat blog kita apabila membaca satu-satu artikel dan tidak pergi ke blog lain akan kita pelajari kemudian.

Tak faham juga? Haaaa ni satu lagi penjelasan..Sekiranya nilai peratusan tinggi, maka pengunjung tidak meluangkan masa yang lama dalam laman atau blog tersebut sebaliknya terus meninggal atau beralih ke laman atau blog yang lain. Menurut sumber Google, satu laman atau blog yang mempunyai peratusan bounce rate bawah dari 50% adalah baik dan agak sukar untuk mencapai kurang dari 40%.

Dan inilah yang menyebabkan Pihak Nuffnang tak bayar kita..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

Unknown said...

BR tak dapat pun sampai sekarang,, update setiap hari jga \m/

Post a Comment