Satu-satunya ‘rumah terbalik’ dan yang pertama di Malaysia kini menjadi tarikan pelancong di Sabah.
Menurut pengendali Trekker Lodge, rumah 
unik di kaki Gunung Kinabalu itu telah menarik lebih daripada 3,000 
pelawat, selepas hampir enam minggu ia dibuka kepada orang ramai. Malaysia Book of Records mengesahkan rumah itu adalah satu-satunya seumpamanya di negara ini.
 





 

