Edisi Terkini! Senarai Kakitangan Awam Yang Layak Menerima Bonus (Bayaran Khas) 2015!

Oleh Kaki Wayang on


Tarikh Pembayaran BONUS Kakitangan Awam. Dengan pengumuman yang telah di buat oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2016, kerajaan akan memberikan BAYARAN KHAS kepada semua kakitangan awam yang akan dibayar pada 4 Januari 2016.

Pegawai Yang Layak

Pemberian Khas ini diberi kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat pada tahun 2015 tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk semua jenis cuti bergaji penuh dan cuti separuh gaji serta Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan  Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2015.

Pegawai yang layak dibayar Pemberian Khas Tahun 2015 adalah seperti berikut:
  1. Pegawai lantikan tetap, sementara, contract of service dan guru interim;
  2. Pegawai yang bercuti separuh gaji;
  3. Pegawai yang bercuti tanpa gaji/dipinjamkan ke agensi yang diasingkan  pengurusan saraannya atau badan antarabangsa atau syarikat swasta tetapi tidak sepanjang tahun 2015; 
  4. Pemandu yang dilantik oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan 
  5. Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan YA Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.
ARTIKEL BERKAITAN: Tarikh Bayaran Khas Kakitangan Awam 2015


Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Pemberian Khas sebanyak RM500.00 dipanjangkan kepada Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut pada tahun 2015.
Bagi PSH yang berkhidmat melebihi satu kontrak dalam tahun 2015, Pemberian Khas akan dibayar oleh Jabatan terakhir pegawai berkhidmat tertakluk kepada PSH tersebut memenuhi syarat berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dalam perenggan ini.
Sekiranya syarat tersebut tidak dipenuhi, Jabatan terdahulu yang mana PSH memenuhi syarat berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut akan membayar Pemberian Khas tersebut.

Pegawai Yang Tidak Layak

Pegawai yang tidak layak dibayar Pemberian Khas Tahun 2015 adalah seperti berikut: 
  1. Pegawai yang berkhidmat kurang daripada 30 hari berturut-turut dalam tahun 2015; 
  2. Pegawai yang bercuti tanpa gaji sepanjang tahun 2015; 
  3. Pegawai yang dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya atau badan antarabangsa atau syarikat swasta sepanjang tahun 2015;
  4. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib selain daripada hukuman amaran dalam tahun 2015; dan 
  5. Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tahun 2015. 
RUJUKAN: Pekeliling Bayaran Khas 2015 (Bajet 2016) 

 


Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...