Edisi Kreatif! Figura Iron Man Mark XLIII Yang Realistik dan Mengancam!

Oleh Kaki Wayang on


Iron Man Mark XLIII. Koleksi terbaru figura Iron Man kini boleh didapati di pasaran. Pengeluar figura terkenal Hong Kong Hot Toys baru sahaja mengumumkan figura Iron Man Mark XLIII yang tampak begitu realistik apatah lagi apabila topeng muka Iron Man dibuka. Muka figura Tony Stark tampil realistik dan menarik hati.

 
 
 
 
 

Suit Sama Seperti Dalam Avengers: Age of Ultron

Antara ciri-ciri menarik Iron Man Mark XLIII ini adalah, mempunyai ketinggian 49cm dan menunjukkan Tony Stark dalam suit Mark XLIII. Buat makluman suit pada figura ini adalah suit yang sama yang dipakai dalam Avengers: Age of Ultron.

Antara lain ciri-ciri menarik figura ini ialah ukiran kepala yang baru dan lebih canggih. Senjata roket yang boleh ditukar-tukar, tiga set tangan yang berbeza-beza. Di samping rekaan kaki yang lebih fleksibel dan lampu LED pada dada, mata dan telapak tangan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...