PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Bahasa Korea. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Korea. Show all posts

Edisi Pelik! Lagi Cerita Wanita Inggeris bercakap pelat Perancis selepas hidap selesema!

Oleh Kaki Wayang on

Debie Royston terkejut apabila mendapati dia tiba-tiba mula bercakap dengan pelat Perancis selepas menghidap selesema, lapor media semalam. Ibu berasal dari Birmingham itu berkata, dia mengalami masalah selesema beberapa kali sejak tahun lalu. Menurut Debie akibat masalah itu, dia tidak mampu bercakap selama sebulan dan panik jika masalah itu berlanjutan. Kata Debie, 40, dia terfikir untuk berkata sesuatu tetapi mulutnya gagal berfungsi.

“Selama beberapa bulan, saya terpaksa belajar bertutur semula, tetapi apabila suara saya kembali, saya terkejut gaya pertuturan saya bertukar daripada loghat Inggeris kepada pelat Perancis,” katanya.

Lebih aneh, Debie tidak pernah menjejakkan kakinya ke Perancis. Kata Debie, dia memang gembira mampu bertutur semula tetap berasa janggal dengan gaya pertuturannya. Sementara itu, pakar terapi pertuturan mengesyaki Debie mengalami Sindrom Pelat Asing.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Lagi Cerita Wanita Inggeris bercakap pelat Perancis selepas hidap selesema!

Edisi Hangat! Kebolehan Noraini anugerah luar biasa!

Oleh Kaki Wayang on

 

Keluarga pelajar Noraini Ismail, 17, yang tiba-tiba boleh bertutur bahasa Korea, Mandarin dan Jepun setelah terlibat dalam kemalangan baru-baru ini, meng­anggapnya sebagai anugerah. Ibu Noraini, Mansena Daud, 48, berkata, pada mulanya dia dan keluarga yang lain bimbang dengan keadaan Noraini tetapi bila difikirkan adalah satu kelebihan luar biasa.

“Tetapi anak saya mampu bertuturnya dan difahami orang yang menguasai bahasa-bahasa itu.

“Ia kami anggap anugerah daripada ALLAH,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, keadaan anaknya kini masih seperti sebelumnya yang boleh bercakap dalam bahasa Mandarin dan Korea tetapi sejak semalam Noraini lebih banyak bertu­tur bahasa Melayu dengan pelat Cina.

“Sejak dua hari lalu saya sengaja kejutkan dia ketika dia tidur pada sebelah pagi supaya tidak bercakap dalam bahasa-bahasa itu dan nampaknya usaha itu sedikit berkesan. Dia kurang bertutur bahasa Mandarin atau Korea,” katanya.

Suri rumah itu berkata, anaknya sebelum ini berkelakuan agak kasar seperti lelaki, bersifat lemah lembut dan lebih menghormati orang dewasa selepas kemalangan itu.

“Dia kini lebih berminat meminum air soya dan tidak lagi menggemari budu atau mengenali petai seperti yang disukainya sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Noraini berkata, dia telah pergi ke HUSM, Kubang Kerian semalam bersama ibunya bagi mendapatkan rawatan lanjutan dan telah bertemu dengan Dr Azwani Che Yusof dari Klinik Psikiatri (Bahagian Pertuturan).



Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Kebolehan Noraini anugerah luar biasa!

Edisi Hangat! Gadis bercakap ganjil selepas kemalangan!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah yang cedera selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya bulan lalu kini terlantar di rumahnya akibat kesan trauma kejadian berkenaan. 

Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah dekat sini mendakwa berperasaan luar biasa dan bercakap ganjil dalam bahasa tidak difahaminya dipercayai berpunca daripada kemalangan. “Dalam kejadian itu saya membonceng motosikal abang, Jefri Ismail yang terbabit dalam satu perlanggaran dengan sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat di Kampung Alor Lintang pada 10 Januari lalu dalam perjalanan pulang dari sekolah. “Akibat kemalangan itu saya terjatuh dan terhantuk kepala ke atas jalan raya dan dimasukkan ke Hospital Besut serta tidak sedarkan diri selama 11 jam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Medang dekat Kampung Raja di sini, kelmarin.

Noraini kemudian menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dan menjalani imbasan di bahagian kepala yang mendapati terdapat kesan darah beku. Menurut ibunya, Mansena Daud, 48, apabila anaknya itu menjalani imbasan kali kedua dan ketiga di hospital sama, doktor memberitahu bahawa kesan darah beku itu sudah tiada. Selepas tiga hari dirawat di HUSM, Kubang Kerian, anak keenam daripada tujuh beradik itu dibenarkan pulang ke rumah, tetapi keadaannya menjadi teruk hingga tidak dapat bercakap. 
 
Tidak lama kemudian, dia mula bercakap bahasa ‘ganjil’ tidak difahami yang didakwa bahasa Cina, Jepun, Korea dan Indonesia. Mansena berkata, anaknya kemudian dimasukkan semula ke hospital bagi rawatan seterusnya atas arahan doktor. Walaupun berperangai pelik, katanya, Noraini kelihatan sihat dan berselera makan serta ingatannya masih baik, namun sering mengadu sakit kepala pada waktu malam hingga terpaksa menghantarnya ke hospital. Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Putra, Muhammad Pehimi Yusoff ketika ditemui meminta pakar membuat kajian teliti bagi mengetahui punca sebenar masalah dihadapi pelajar berkenaan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gadis bercakap ganjil selepas kemalangan!

Edisi Sentap! Terus Fasih Cakap Mandarin Dan Korea Lepas Kemalangan…Pulak Dah!

Oleh Kaki Wayang on

Terus Fasih Cakap Mandarin, Korea Lepas Kemalangan...Pulakdah!
Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemala-ngan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.
 
Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.
 
Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.

“Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya pakai topi keledar,” katanya.

Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
 
Kata Ismail, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya.

Bagaimanapun katanya, ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah beku tidak ada lagi.

“Bagi mengesahkan perkara itu, doktor HUSM mengulangi ujianebanyak tiga kali namun ternyata darah beku dikesan peringkat awal memang tidak ada,” katanya.

Bercakap bahasa Korea selepas terjaga dari tidur

Ismail berkata, pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea.

Katanya, anaknya itu meminta air daripada ibunya dalam bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan Noraini.

“Kami sekeluarga tidak faham maksudnya dan langsung tidak tahu bahasa Korea kerana ia mirip bahasa Cina tetapi selepas dia menunjukkan isyarat ingin minum air baru ibunya beri air,” katanya.

Kata Ismail, selain Korea dia juga kadang-kadang bertutur dalam bahasa Mandarin dan paling aneh lagi ketika dia berbahasa tersebut dia langsung tidak akan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Pada mulanya, Ismail dan keluarga meragui maksud bahasa yang dituturkan itu betul atau tidak tetapi apabila Noraini menonton cerita Korea di televisyen, dia dapat menterjemahkan cerita tersebut dengan tepat seperti sarikata dipaparkan pada skrin televisyen yang ditutup dengan tangan oleh ahli keluarganya.

Menurut Noraini, seorang doktor pakar berbangsa Cina di HUSM yang menjalankan rawatan susulan ke atasnya baru-baru ini juga menganggap kejadian dia boleh bertutur bahasa Cina juga aneh malahan kejadian itu pertama kali ditemuinya semenjak 17 tahun bertugas sebagai doktor.

“Doktor itu minta saya membaca nombor dalam bahasa Cina dan apa yang saya sebut adalah benar,” katanya.

Tidak boleh bercakap loghat Kelantan

Satu lagi keanehan pada Noraini ialah dia kini bertutur bahasa baku sepenuhnya malahan dia langsung tidak boleh bercakap loghat Kelantan lagi seperti pertuturan hariannya sebelum ini.

Menurutnya ibunya, Masina Daud, 48, sejak kemalangan anak keenam daripada tujuh beradik itu hanya boleh bercakap bahasa Melayu standard (baku) seperti loghat Kuala Lumpur sahaja manakala bahasa Kelantan sekarang dia boleh menyebut beberapa perkataan, seperti ‘mok’ dan ‘ayah’.

“Sebelum ini dia nak sebut perkataan mok (emak) memang langsung tidak boleh tetapi kalau perkataan Mama lancar. Saya pun hairan bagaimanana pertuturan boleh berubah,” katanya.

Dalam pada itu Noraini berkata, sejak belakangan ini dia hanya bertutur dalam bahasa Cina atau Korea sekiranya dia tidur semula selepas menunaikan solat Subuh.

“Kalau saya tidur semula selepas solat Subuh pasti apabila bangun saya tidak boleh langsung bercakap bahasa Melayu sebaliknya hanya boleh bertutur dalam bahasa Korea yang berlarutan sehingga jam 11 pagi pada hari sama sebelum boleh bertutur semula bahasa Melayu.

“Kalau saya tidak tidur selepas solat Subuh saya tidak akan bercakap korea,” katanya yang juga hairan dengan perubahan yang dialami.

Katanya, dia memahami bahasa Korea atau Cina di kaca televisyen hanya ketika dia boleh bertutur bahasa tersebut tetapi apabila ketika boleh bercakap bahasa Melayu, dia langsung tidak faham makna bahasa berkenaan.

Jalani rawatan alternatif

Bapanya pula agak tertekan dengan masalah yang dihidapi anaknya dan sudah beberapa kali dia membawa anaknya menjalani rawatan alternatif namun setakat ini tidak berhasil.

Kata Ismail, lebih memeritkan keadaan kerana boleh dikatakan setiap hari sama ada sebelum atau selepas Maghrib, Noraini akan tiba-tiba diserang sakit kepala menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Hospital Besut untuk mendapat suntikan.

“Sekarang hampir setiap hari saya terpaksa membawa dia mendapat suntikan kerana Noraini tidak akan sedarkan diri jika lambat dibawa ke hospital,” katanya yang tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini.

Ismail merayu orang ramai atau ahli perubatan alternatif untuk tampil membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi anaknya kerana dia tidak berkemampuan untuk lebih kerap membawa anaknya mendapatkan rawatan.
 
Ismail menetap di alamat 2672, Kampung Baru Gong Medang dekat Tembila dekat Kampung Raja.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Terus Fasih Cakap Mandarin Dan Korea Lepas Kemalangan…Pulak Dah!