PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Bahaya Rokok. Show all posts
Showing posts with label Bahaya Rokok. Show all posts

Edisi Khas Puasa! Perokok perlu tahu ini!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPKrWDXOQu10uq8qlCQT25qr0oMHFnFbYcc5JSbGPWih-uzAjnpU_ZjckBOR5qncJjF0AQtl0iLd7xoHeq3mSYbHlh5s5GevaGc9RuPlrWnzBmwRpynYY9sfVv-yqfKpDR2r2NMTvReD0/s1600/rokok.jpg
Assalammualaikum semua..kepada semua perokok tanahair..anda perlu tahu ini dan fikirkan sejenak..apakah ianya mendatangkan hasil yang baik kepada diri anda sebelum ini ataupun tidak..maksud aku..adakah dengan merokok anda mencapai satu hasil yang membawa kebaikan? atau keburukan..sila baca fakta dibawah..dan adakah puasa anda sekarang masih belum mampu menukar tabiat merokok anda..
Harga rokok : RM10 (sekotak) x sehari
Jumlah tahunan : RM 3650
Tempoh Merokok : RM 3650 x 5 tahun = RM 18250

Maka.. orang yang merokok WAJIB MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH kerana lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar.
Alhamdulillah dah baca akhirnya..amacam? terasa dihati tak? ke langsung tak terasa? memang perokok tegar la ni eh? Hahahahahaha.. Kekadang aku melihat setiap kali berbuka puasa..ramai diantara kita yang sanggup berbuka dengan ROKOK dan membelakangkan KURMA yang lebih afdal untuk dijadikan sebagai benda yang harus dimakan untuk berbuka..
P/s: Sempena bulan baik ni..hentikanlah merokok yer..tak baik merokok tau..benda paling tak sedap sekali adalah rokok..cuba korang pekena Ikan Patin Masak Tempoyak ke, Ayam Masak Lemak Cili Api ke..KFC ke, Pizza ke..ini tidak..rokok, rokok, rokok..muka pun dah macam rokok dah..
Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Puasa! Perokok perlu tahu ini!

Betol-betol Serius! Poster Rokok Tampil Lebih Serius!

Oleh Kaki Wayang on

http://img.breitbart.com/images/2008/10/1/081001084306.ipencnwu/CPS.NTJ30.011008104229.photo00.photo.jpg/CPS.NTJ30.011008104229.photo00.photo.jpg

Pinjam sekejap tagline Blog Serius sebab entri ni sangat serius untuk dinukilkan..kerana ianya berkait rapat dengan kehidupan manusia dan sekelilingnya..apa tidaknya semakin hari semakin membimbangkan..semakin ramai yang menghidap cancer, fatal lung disease, stroke, heart disease dan macam-macam lagilah..yang lebih membimbangkan ianya akan mengakibatkan banyak nyawa yang akan terkorban..termasuklah diri kita sendiri dan teman-teman serta keluarga..apa yang BBH maksudkan kat sini adalah ROKOK!

http://static5.businessinsider.com/image/4cdad7a8cadcbb7514010000-547/warning-cigarettes-cause-fatal-lung-disease.jpg

Setiap tahun dan hampir setiap hari kita didedahkan dengan bahana dan bahaya rokok..saban waktu itu jugalah kita didedahkan dengan kempen memerangi rokok dengan tagline "TAK NAK ROKOK" dan macam-macam lagilah..kita buat poster yang agak kejam pada setiap kotak-kotak rokok pun masih belum mampu untuk kita sedarkan masyarakat betapa bahayanya rokok. Tidak kurang juga kempen di sekolah, di Kementerian malah di peringkat nasional. Semuanya tidak mampu membendung ketagihan melampau perokok tegar. Duti import rokok dan cukai juga dinaikkan tetapi niat murni itu hanya sia-sia. Semakin hari semakin ramai yang terlibat dengan ketagihan rokok.

http://static5.businessinsider.com/image/4cdad7f8cadcbb1c15010000-547/warning-cigarettes-cause-cancer.jpg

Kini kotak rokok tampil dengan lebih serius lagi. Pelbagai poster direka dan diletakkan di kotak-kotak rokok bagi mengatasi masalah ini. Jom kita saksikan beberapa poster yang telah direka dengan gambar yang lebih serius dan kejam. Selepas ini, jika sekiranya perokok tegar masih ingin merokok maknanya orang itu tiada kesedaran sivik!

http://static5.businessinsider.com/image/4cdad8204bd7c81c28020000-547/warning-cigarettes-cause-strokes-and-heart-disease.jpg

Bila tengok gambar-gambar ini..aku seperti keliru dengan pemikiran perokok tegar apabila melihat poster seperti ini di kotak-kotak rokok mereka. Tidakkah mereka insaf? Tidakkah mereka sedar akan akibatnya merokok? Adakah diorang nak jadi/ alami sendiri sepertimana dalam poster itu kat diri sendiri baru nak sedar?

http://www.knowabouthealth.com/wp-content/uploads/2011/01/Fda-unveils-graphic-tobacco-warnings.jpg


P/s: BBH amat anti dan benci bila orang merokok dalam kereta, bas ataupun kat tempat-tempat awam. Apatah lagi kat sekolah..ingat tu sekolah BAPAK dia nak merokok kat situ..keje sebagai pensyarah/ cikgu tapi merokok dalam premis kerajaan.. boleh pula tegur murid-murid/ pelajar..padahal "dia" tak sedar dirinya penyebab kepada ikutan..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Serius! Poster Rokok Tampil Lebih Serius!

Betol-betol Hangat! Terlalu Suka Merokok?

Oleh Kaki Wayang on



Anda sedar merokok akan memberikan kesan buruk pada tubuh. Merokok adalah permulaan kepada penyakit kanser, jantung dan angin ahmar. Langkah terbaik untuk menanganinya ialah dengan berhenti sahaja. Bercakap memang senang tetapi melakukannya agak sukar, kan? Tetapi lebih cepat anda berhenti, lebih mudah untuk anda memperbaiki keadaan tubuh.

Info Baik

Emma Dalglish dari Cancer Council Quessland’s Tobacco Programme  memberitahu tidak ada istilah terlambat untuk berhenti merokok. Sebaik berhenti, jumlah oksigen dalam tubuh akan meningkat dan karbon monoksida yang mematikan akan beransur hilang dari pembuluh darah. Setelah setahun berhenti, risiko diserang penyakit jantung juga akan berkurangan sehingga 50%. 10 tahun kemudian, risiko kanser  paru-paru akan menurun dengan drastik.

Apa yang perlu dibuat?

Buatlah sedikit jurnal dan pilihlah apa jua kaedah yang anda rasakan perlu atau sesuai (dan mampu anda lakukan) untuk berhenti. Bukan hanya memilih tetapi pastikan cara itu juga berkesan.  Anda misalnya boleh mencuba dengan rawatan, pengganti nikotin atau terapi dari pakar. Ada juga orang yang berjaya dengan berhenti  begitu sahaja. Yang penting, anda haruslah berusaha.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Terlalu Suka Merokok?