PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Berbuka puasa. Show all posts
Showing posts with label Berbuka puasa. Show all posts

Betol-betol Insaf! Siapa layak dapat Al-Qadr?!

Oleh Kaki Wayang on

 

UMAT Islam kini berada pada fasa ketiga Ramadan di mana kemuncak keistimewaan 10 hari terakhir Ramadan ini ialah kemunculan malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam al-Qadr dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) telah datang kepada kamu, dalamnya ada malam yang amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah”. (riwayat Ibnu Majah).

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, mudah-mudahan akan diampuni dosanya yang lalu. (riwayat Muslim).

Para ulama bersepakat bahawa malam al-Qadr berlaku di bulan Ramadan. Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan. Mereka hanya berselisih pendapat tentang malam yang ke berapa. 

Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam ke-27 Ramadan. Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: “Barang siapa yang ingin mendapatkan al-Qadr, dia hendaklah mencari pada malam ke-27 (riwayat Ahmad).”

Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam ganjil 10 hari terakhir. Apa pun harinya, yang penting pada malam itu, Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang melaksanakan ibadat dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah.

Kelebihan malam al-Qadr tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan juga tidak pula diberi kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam-malam tertentu sahaja. Fadilat malam itu akan menyinari mereka yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam beribadat. Hadirnya malam penuh berkat itu sangat dinantikan dan disambut dengan penuh keimanannya.

Kata al-Imam al-Qurtubiy, Rasulullah SAW diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka baginda merasa bahawa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti mana yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya lebih panjang. 

Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah SAW. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadr yang mempunyai nilai 1,000 bulan kepada Rasulullah SAW dan umatnya.

Justeru itu, malam al-Qadr dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama 1,000 bulan atau 83 tahun tiga bulan.

Kerana keutamaan ini, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadr. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan. 

Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, witir, terawih, bertadarus al-Quran, berzikir dan seumpamanya.

Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering baginda baca adalah doa maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang dosa yang lalu. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. 

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Setiap anak Adam tidak akan terlepas dari melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu adalah yang bertaubat kepada Allah (riwayat al-Tirmidzi dan Ibnu Majah).”

Justeru, wajar bagi setiap Muslim bermuhasabah terhadap segala amalan dan seterusnya bertaubat kepada Allah biarpun sekecil mana kesalahan itu. Perlu diinsafi bahawa taubat tidak sepatutnya ditunda atau ditangguhkan kepada waktu yang lain kerana ajal maut akan datang menjemput manusia pada bila-bila masa. Maka peluang keemasan yang disediakan Allah sepanjang Ramadan wajar direbut agar tidak menyesal kemudian hari.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Insaf! Siapa layak dapat Al-Qadr?!

Betol-betol Hangat! Wordless Wednesday #1

Oleh Kaki Wayang on

http://img690.imageshack.us/img690/2164/facefishart43399197.jpg 

Wordless Wednesday tapi aku nak jugak taip sesuatu..Kreatif kan gambar ni..tapi bulan puasa jangan pulak korang buat aksi seperti ini yer..kang batal puasa pula..hahahahaha..

P/s: Percaya atau tidak..ini adalah Wordless Wednesday pertama aku..setelah 4 bulan berkecimpung dalam dunia blog.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Wordless Wednesday #1

Betol-betol Hangat! Oh My Goodness!

Oleh Kaki Wayang on


Sudah banyak kali aku menjadi imam untuk solat fardhu..namu semalam merupakan pengalaman pertama aku menjadi imam dengan ber"makmum"kan MUALLAF..yang bestnya dia ni merupakan seorang GURU didatangkan khas dari Toronto, Kanada..ditugaskan ke Muadzam Shah bagi tujuan untuk membantu guru-guru Bahasa Inggeris memperbaiki dan memantau mutu pengajaran mereka..

Dipendekkan cerita..selepas berbuka puasa sama-sama..tibalah masanya untuk Solat Maghrib..so, aku ni sangat curious..dia ni tahu ke macam mana nak solat..dah belajar ke, sape yang ajar dia..dan macam-macam lagi..mula-mula aku nak suh dia solat sorang-sorang..tapi tetiba tergerak hati nak berjemaah dengan dia..so, takkanlah aku nak suh dia jadi imam pula kan..So, sebagai muslim sejati..dari kecik sampai sekarang walaupun ilmu masih belum cukup..aku gagahkan diriku untuk menjadi imam (walaupun sebelum-sebelum ini dah berjuta kali jadi imam)..

Macam biasa bila part Al-Fatihah dan surah pada rakaat pertama dan kedua..biasanya aku akan mengalunkan kedua-dua surah tersebut sebaik mungkin..dengan bacaan tertib dan bertaranum aku cuba selitkan dalam bacaan itu..semuanya atas sebab-sebab aku sangat sukakan taranum..suka dengan ayat-ayat suci Al-Quran..tidak ada benda lain yang paling sedap didengar melainkan bait-bait Al-Quran..

Dipendekkan cerita..dah siap solat..dah wirid dan baca doa..aku bertanyakan sesuatu (dalam Bahasa Inggeris tau) lebih kurang maksudnya..Macam mana dengan Solat? Susah ke? Bacaan macam mana?Siapa yang ajar dan macam-macam lagi..lebih kurang 15-20 minit aku luangkan masa bertanyakan soal agama kepadanya..macam-macam dia jawab..salah satunya..WOW..!!!Amazing..Oh My Goodness (perkataan selalu dia sebut untuk gambarkan sesuatu dan kagum akan sesuatu)..beautiful voice katanyer..pastu dia cakap mungkin saya perlukan 20 tahun untuk dapatkan suara seperti itu untuk mengalunkan lagu-lagu taranum Al-Quran..(dalam hati aku..kembangnye hidong akooo)..hahahahahaha..

So, aku tawarkan untuk membantu dia dalam bab agama..dan dia cakap..memang itu yang dia harapkan..dia nak belajar taranum dengan aku..walaupun pada hakikatnya aku masih belum dapat kuasai semua jenis taranum seperti Soba, Jiharkah, Hijaz dan macam-macam lagi..lupa pula nak cakap MUALLAF itu bernama Ryan Harb..

Selamat Berpuasa..dan selamat berbuka puasa petang nanti...sekarang tak leh lagi k!!!Nanti aku buat berbuka puasa..kengkawan blogger leh lah datang memeriahkan majlis..leh aku imamkan Solat Maghrib dan dengar aku bertaranum (tak sedap mana pun)..kang sedap sangat korang tertidur pula masa SOLAT!

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Oh My Goodness!