PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Edisi Viral. Show all posts
Showing posts with label Edisi Viral. Show all posts

Edisi Viral! Ini Punca Sebenar Lelaki Mati Dengan Kesan Berlubang Di Badannya, Bukan Sebab Cas Handphone!

Oleh Kaki Wayang on


Semalam kecoh apabila beberapa gambar dan audio yang mengatakan gambar berkenaan merupakan gambar seorang kawan yang meninggal akibat dari mengecas handphone sambil dengar muzik menggunakan earphone dan aliran elektrik kemudiannya memasuki badan mangsa melalui earphone.


Ianya kemudian diperkuatkan lagi dengan hujah seorang lelaki apabila menghantar dan merakamkan "testimoni" berkaitan dengan punca kematian lelaki tersebut.

Namun begitu melalui beberapa gambar yang saya terima pagi ini, kematian mangsa adalah bukan daripada kesan aliran elektrik, mengecas hanphone atau tenaga elektrik meletup di dalam badannya. Tetapi akibat daripada rusuhan yang berlaku di India.


Mana satu pun tak taulah. Korang tengok jela.
Sila baca selanjutnyaEdisi Viral! Ini Punca Sebenar Lelaki Mati Dengan Kesan Berlubang Di Badannya, Bukan Sebab Cas Handphone!

Edisi Viral! Giler Kentang Lelaki Ini Tak Malu Menjual Mee Goreng dan Sandwich Kat Tepi Jalan!

Oleh Kaki Wayang on


Lambakan pendatang tanpa izin (PATI) di malaysia sudah sampai ke tahap melampau. Tapi apakan daya, orang melayu malu nak buat kerja buruh, kerja ladang, kerja kat ladang sawit, ladang sayur dan macam-macam lagi. Asyik nak duduk dalam 'aircond' je manjang. Kalau tak de 'aircond' tak nak keje.

Ikuti kisah VIRAL yang paling 'ngetop' sekarang ini.

"DIA tidak menanti pelanggan tapi dia yang mencari pelanggan. Berlari dia ke sana sini bila ada pelanggan yang panggil," tulis seorang admin dalam sebuah perkongsian di Facebook Kelab Che Det semalam.

Katanya, beliau kagum dengan cara pemuda tersebut memperagakan makanan jualan di tepi sebuah jalan besar berhadapan dengan stesen minyak Petronas Ampang Jaya, Kuala Lumpur.

"Mee!! Sandwich!! Jerit anak muda ini, sambil angkat tangan memegang barang jualannya," tulis admin tersebut.

Beliau juga sempat menegur pemuda berkenaan dan membeli sebungkus mee goreng. Katanya, kesungguhan anak muda tersebut dalam mencari rezeki demi keluarga merupakan motivasi untuk orang lain berusaha mencari rezeki.

Perkongsian tersebut mendapat pujian dan perhatian dari lebih 50,000  pelayar Facebook.

"Bagus adik! Berusaha kuat macam ni, InsyaALLAH anda akan maju! Janji rezeki halal dan diberkati ALLAH," kata Normah.

"Respek kat dia bukan semua anak muda berani berniaga macam ni. Kebanyakan malu tapi merempit, meragut, minum arak, hisap dadah. Semoga beliau berjaya dalam bisnesnya," kata Helymin.

Menurut seorang pelayar, pemuda berkenaan kemungkinan besar adalah anak kepada Dr Sam penyanyi lagu Saya Anak Malaysia.

Sila baca selanjutnyaEdisi Viral! Giler Kentang Lelaki Ini Tak Malu Menjual Mee Goreng dan Sandwich Kat Tepi Jalan!

Edisi Viral! Ini Yang Berlaku Kepada Audrey R Selepas Mengambil Selfie Extrim!

Oleh Kaki Wayang on


Dalam banyak-banyak situasi korang suka selfie kat mana? Dalam toilet? Dalam Kereta? Kat KFC? Pizza Hut? atau kat dalam panggung wayang? Siapa kenal Audrey R?

Seorang lelaki maut dalam cubaannya mengambil foto selfie ekstrim di tingkat 9 sebuah bangunan, minggu lepas. Laporan Dailystar mengatakan Audrey R terjatuh ketika cuba mengambil selfie yang terakhir.

Beliau kemudian dikejarkan ke hospital dan diisytiharkan meninggal dunia tidak lama kemudian. Menurut rakan Audrey, beliau berulang kali melarang Audrey dari melakukan perbuatan bahaya tersebut namun tidak diendahkan.

Sebaliknya, Audrey didakwa bertambah berani dan ketagih mengambil foto selfie di lokasi-lokasi ekstrim. Audrey juga memuatnaik foto-foto tersebut ke laman instagram menggunakan akaun @drewsssik. Pihak berkuasa Rusia masih menyiasat kejadian tersebut.
Sila baca selanjutnyaEdisi Viral! Ini Yang Berlaku Kepada Audrey R Selepas Mengambil Selfie Extrim!

Edisi Viral! Suami Ditengking Abai Anak Dan Isteri Sebab Pentingkan Handphone - Amekaw!

Oleh Kaki Wayang on


Sorry Saya Tegur Sebab Saya Tak Boleh Tengok. Kisah viral minggu ini. Sesungguhnya memang betul apa yang dikongsikan. Ramai dalam kalangan kita terutamanya sang suami yang berkelakuan seperti dia je betul padahal tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa kepada isteri dan anak-anak diabaikan. Meh kita baca dan ambil iktibar dengan apa yang berlaku dalam EDISI VIRAL pada kali ini.

SEORANG wanita menjadi saksi kepada seorang lelaki yang didakwanya tidak bertimbang rasa dalam memberi layanan terhadap isterinya ketika berada di kedai makan di Kuala Lumpur, kelmarin.

Melalui perkongsian di Facebook, wanita berkenaan berkongsi bagaimana dia melihat seorang isteri sibuk menguruskan makanan untuk suami dan anak-anaknya namun kemudian dia dimarahi.

"Si isteri bahagikan makanan untuk anak-ank yang lebih kurang 6 tahun dan 4 tahun dan ada 'baby' mungkin dalam 7 bulan dalam 'stroller'," tulisnya.

Katanya, ketika wanita tersebut mahu menikmati makanan, anak kecilnya pula menangis.

"Si isteri pun ambil dan dukung sambil makan. Hubby (suami) dah selesai makan, bukan nak tolong pegang anak dan monitor anak tapi sebaliknya ambil telefon dan mengadap telefon. Isteri terkial-kial makan," tulisnya lagi.

Kesibukan wanita tersebut menyebabkan dia lambat menikmati makanannya sendiri, membuatkan lelaki tersebut marah.

"Apahal terkial-kial makan? Lembablah awak ni," kata lelaki tersebut yang bermain telefon bimbit dan tidak membantu menjaga anak kecil.

Melihat tindakan lelaki itu, wanita berkenaan kemudian bertindak menegur lelaki terbabit.

"Encik kalau you nak wife you makan cepat you tolonglah dia pegang baby tu. Tolonglah tengokkan anak-anak yang makan berterabur ni, so cepatlah dia boleh makan. Bertimbang rasalah. Sorry saya tegur sebab saya tak boleh tengok." katanya kepada lelaki tersebut.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian hampir 13,000 pelayar yang majoritinya menyokong tindakan saksi menegur pasangan terbabit.

"Adakala perlu juga teguran atau nasihat walaupun 'sentap'.... semoga masih ada rahmat untuk keluarga mereka, juga keluarga kita, amin.....," tulisnya lagi.
Sila baca selanjutnyaEdisi Viral! Suami Ditengking Abai Anak Dan Isteri Sebab Pentingkan Handphone - Amekaw!

Edisi Viral! Pelajar PMS Diugut, Tak Suka Undang-Undang Poli? Salah Siapa?

Oleh Kaki Wayang on

Sejak kebelakangan ini, pelbagai cerita dan khabar angin segelintir pelajar berkenaan ketidakpuasan hati terhadap undang-undang dan peraturan di Politeknik Muadzam Shah. Dari apa yang dibaca melalui "screenshot" hasil dapatan dari sumber yang tidak dipastikan kesahihannya. Pelajar terbabit menyatakan beberapa perkara yang amat serius untuk difikirkan bersama.


Apa yang penting adalah isu ini perlu ditangani segera agar ianya tidak menjadi lebih serius. Semoga yang keruh akan jernih semula. Diharapkan dengan isu-isu berbangkit seperti ini tidak akan menghalang PMS untuk kekal sebagai sebuah institusi Penjana Minda Strategik yang unggul. Chaiyokkkkkk!
Sila baca selanjutnyaEdisi Viral! Pelajar PMS Diugut, Tak Suka Undang-Undang Poli? Salah Siapa?

Edisi Viral! Siapa Lelaki Di Sebelah Janet Jackson? Kini Peluk Islam!

Oleh Kaki Wayang on


Janet Jackson Peluk Islam. Pada ketika ini, heboh satu dunia. Bukan di Malaysia sahaja tapi seluruh dunia. Umum mengetahui, Janet Jackson kini baru sahaja memeluk Islam selepas berkahwin dengan jutawan Qatar, Wissam Al Mana. Ini membuktikan hidayah Allah SWT itu tidak memilih sesiapapun.

Alhamdulillah tambah lagi sorang umat Nabi Muhammad. Semoga berjaya dunia akhirat. Sama-sama lah kita doakan. Mendoakan sesama Islam walaupun tak kenal besar pahalanya. Meh kita tengok gambar terbaru Janet Jackson bersama dengan suaminya Wissam Al Mana.

Sila baca selanjutnyaEdisi Viral! Siapa Lelaki Di Sebelah Janet Jackson? Kini Peluk Islam!

Edisi Viral! Gambar dan Video Imam 2 Masjid Negara Ditampar Semasa Solat Jumaat!

Oleh Kaki Wayang on

Imam Dua Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim menceritakan detik-detik beliau ditampar lelaki tidak dikenali

Seorang lelaki dipercayai berketurunan Arab ditahan kerana menampar muka Imam Dua Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim. Kejadian berlaku ketika beliau sedang mengimamkan solat Jumaat dan ia terhenti ketika rakaat pertama. Imam Masjid Negara itu kemudiannya menyuruh semua makmum untuk solat semula. Motif dan punca Imam Masjid Negara itu ditampar masih dalam siasatan.


Menurut sumber yang lain, ketika kejadian Imam Masjid Negara sedang membacakan surah pada rakaat pertama. Kemudian datang lelaki dari arah belakang menolaknya. Seolah-olah mahu menjadi imam. Melihat Imam tersebut meneruskan bacaan lelaki itu menamparnya sebelum pasukan keselamatan mengheret lelaki tersebut keluar dari ruang solat utama.


Nasib baik Pak Imam tak melenting. Harap-harap tidak akan berlaku lagi kejadian seperti ini di masa akan datang.
Sila baca selanjutnyaEdisi Viral! Gambar dan Video Imam 2 Masjid Negara Ditampar Semasa Solat Jumaat!

Edisi Viral! Video Tun Mahathir Mohamad Berduet Dengan Siti Nurhaliza!

Oleh Kaki Wayang on


Video Tun Mahathir Mohamad Berduet Dengan Siti Nurhaliza. Siapa yang tak kenal dengan Tun Dato' Sri Dr. Mahathir bin Mohamad? Konfem semua orang kenal dengan bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 ini. Kredibiliti beliau sebagai pemimpin menyebabkan beliau disayangi semua orang di Malaysia ini. Tidak hairanlah sampai ketika ini beliau masih lagi gigih memperjuangkan hak-hak seluruh rakyat Malaysia.

Tapi pernahkah anda terfikir apa yang Tun M buat pada masa lapang? Basuh kete? Teman cucu kat taman rekreasi? Pegi membeli-belah? G kedai runcit? G pasar, beli lauk dan sayur? Atau g KFC. Kedengarannya agak lucu dan seakan-akan tidak percaya. Tapi bukan itu yang saya nak cerita.

Pernah tak korang tengok Tun M menyanyi? Saya pun tak pernah tengok, sehinggalah saya menonton satu video VIRAL di laman Youtube pada ketika ini. "Tun mahathir menyanyi di Malam Sahoca 2015 di Dewan Perdana Felda pada 11 september 2015".


KELIHATAN seperti penyanyi pujaan Malaysia, Siti Nurhaliza terkesima selepas mendengar Tun Dr Mahathir Mohamad melantunkan suara ketika menyanyikan lagu popular dari Frank Sinatra.

Dalam sebuah majlis 11 September lalu di sebuah dewan, bekas Perdana Menteri tersebut dirakam bersama Siti di atas satu pentas dan menyanyikan lagu 'I did it my way' secara duet.

Kedengaran hadirin juga bersorak riang dan memberi tepukan gemuruh atas kehebatan Dr Mahathir menyanyi.

Rakaman tersebut dimuatnaik ke laman YouTube dan menarik perhatian lebih 10,057 penonton.

"Ini bukan duet, tapi sapu bersih. Datuk Siti Nurhaliza jadi penyanyi bantuan pula. Terbaik la Tun M!" kata Ali.

"Tetiba rasa sebak dengar Tun menyanyi. Moga dipanjangkan usia dan ketenangan hari. Akan tiada gantinya seorang pemimpin terulung," kata Anak Malaysia
Sila baca selanjutnyaEdisi Viral! Video Tun Mahathir Mohamad Berduet Dengan Siti Nurhaliza!

Edisi Viral! Jep Sepahtu Buat Malaysia Kagum Dengan Video Ini!

Oleh Kaki Wayang on


Video ini kini menjadi viral di seluruh pelusuk buana. Beliau bukan pemain bola sepak kebangsaan, bukan juga pemain bola sepak profesional negeri mahupun kelab. Tapi sepakan percuma yang diambil oleh JEP SEPAHTU membuktikan bukan pemain profesional sahaja yang mampu melakukan sepakan percuma ala-ala pemain Itali,  Pirlo ini.


Sila baca selanjutnyaEdisi Viral! Jep Sepahtu Buat Malaysia Kagum Dengan Video Ini!

Edisi Insaf! Siapa Cinta Teragung Kaki Wayang? Kenalinya Di Sini!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNPWKFTfm0Dc0ubIayPwvaPCjB51SGnd-0djwsQgho5U4vXI-v-6alGoo1gvPmrxr-VcrC_ViA6BhVbQG1szep9rDqf1YpN3iO-AjY-siQdEfgtBWC7np6b_ivBRBsVpnMU6vHkSoTl75u/s1600/erti_cinta.jpg

Nak share tentang KEKASIH aku? (aku type huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA! Penyayang sifatnya. Betul ni..tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu.

Apa taknya, masa aku susah,
minta tolon g sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan.
Bila aku susah hati,
boleh terus ngadu kat DIA & direct! Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat
DIA, terasa peace aje.
For surelah KEKASIH, kan?!

Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni tak pernah nak sakit kan hati aku.Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan? DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam surat layang aku dapat. .Tak kiralah, material ke spiritual ke emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu..Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham.

Sebelum ni, aku pernah gak frust. Meman g sedih giller la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun. Cuma aku je yang jeles ngan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih what you give, you get back so, kalau aku usaha lebih sikit , aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat. Perfect! Tu yang kadang-kadan g aku tengah-tengah malam area pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA.

Rindulah Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya millionaire, billionaire dan ntah apa-apa naire lagi Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support caya tak? Free of charge Tapi aku tak sedap hati la mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, ambik aje la pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja cheewah! DIA suruh belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik + bijak + genius etc DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar. Malu la sebenarnya nak cakap ni.

Emm aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti , mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal- awal. Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA ! suka, apa yang DIA tak suka.

Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun! Ish! Rindu sangat dah ni!


Kekasihku..aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini walau nyawa galang gantinya, menggadaikan cinta teragung ini tidak sama sekali..walaupun tak pernah berjum[a, aku tetap bahagia..itulah kekasihku ALLAH SWT..Cinta Teragungku!
Sila baca selanjutnyaEdisi Insaf! Siapa Cinta Teragung Kaki Wayang? Kenalinya Di Sini!