PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label hukum bercinta. Show all posts
Showing posts with label hukum bercinta. Show all posts

Edisi Informasi! Hukum-hakam Fotografi Dalam Islam!

Oleh Kaki Wayang on

Sekarang ni ramai yang dah mula obses dengan fotografi. Kamera DSLR menjadi impian ramai orang samada muda remaja mahupun tua belia termasuklah aku yang hanya mampu memiliki kamera handphone 5.0 megapixel buat masa ini. Bukan setakat menjadi hobi. Malah ada yang menjadikan bidang fotografi sebagai sumber pendapatan.

Tapi, dalam keghairahan kita bergambar, mengambil gambar dan menyebarkan gambar, kita terlupa mengenai hukum-hakam fotografi dalam Islam yang kita telah langgar samada secara sedar ataupun tidak sedar mahupun pura-pura tak sedar.


1. Apa hukum fotografi?
Hukum asal bagi gambar fotografi adalah diharuskan selagimana tidak terdapat unsur-unsur yang diharamkan dalam syariat Islam seperti untuk mengagungkannya. Pengagungan ini sama ada kerana agama atau dunia. Lebih-lebih lagi yang diagungkan itu adalah orang-orang kafir dan fasik dan artis-artis yang melampau.

Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Hukum-hakam Fotografi Dalam Islam!

Edisi Insaf! Siapa Cinta Teragung Kaki Wayang? Kenalinya Di Sini!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNPWKFTfm0Dc0ubIayPwvaPCjB51SGnd-0djwsQgho5U4vXI-v-6alGoo1gvPmrxr-VcrC_ViA6BhVbQG1szep9rDqf1YpN3iO-AjY-siQdEfgtBWC7np6b_ivBRBsVpnMU6vHkSoTl75u/s1600/erti_cinta.jpg

Nak share tentang KEKASIH aku? (aku type huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA! Penyayang sifatnya. Betul ni..tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu.

Apa taknya, masa aku susah,
minta tolon g sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan.
Bila aku susah hati,
boleh terus ngadu kat DIA & direct! Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat
DIA, terasa peace aje.
For surelah KEKASIH, kan?!

Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni tak pernah nak sakit kan hati aku.Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan? DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam surat layang aku dapat. .Tak kiralah, material ke spiritual ke emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu..Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham.

Sebelum ni, aku pernah gak frust. Meman g sedih giller la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun. Cuma aku je yang jeles ngan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih what you give, you get back so, kalau aku usaha lebih sikit , aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat. Perfect! Tu yang kadang-kadan g aku tengah-tengah malam area pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA.

Rindulah Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya millionaire, billionaire dan ntah apa-apa naire lagi Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support caya tak? Free of charge Tapi aku tak sedap hati la mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, ambik aje la pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja cheewah! DIA suruh belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik + bijak + genius etc DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar. Malu la sebenarnya nak cakap ni.

Emm aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti , mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal- awal. Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA ! suka, apa yang DIA tak suka.

Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun! Ish! Rindu sangat dah ni!


Kekasihku..aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini walau nyawa galang gantinya, menggadaikan cinta teragung ini tidak sama sekali..walaupun tak pernah berjum[a, aku tetap bahagia..itulah kekasihku ALLAH SWT..Cinta Teragungku!
Sila baca selanjutnyaEdisi Insaf! Siapa Cinta Teragung Kaki Wayang? Kenalinya Di Sini!

Betol-betol Hangat! 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

Oleh Kaki Wayang on

Sebenarnya ramai lagi artis yang cantik-cantik kot bila bertudung..cuma kekadang tu perangai dan tingkah laku je yang kurang cantik..antaranya ialah Irma Hasmie, Liza Hanim, Catriona Ross, Farah AF, Nora dan ramai lagi..cuma tak de gambar nak dijadikan bukti kejelitaan mereka apabila bertudung..

Dan begitu juga ramai artis yang saja mengenakan tudung atas tujuan mengikut skrip dan arahan pengarah..bagaimana pula dengan arahan Allah SWT?aku ni bukanlah nak tegur atau au ni Pak Lebai atau Tok Imam mahupun Ustaz yang hebat..tapi sekadar berkongsi rasa dan pengetahuan mengenai hukum sesuatu perkara..lebih-lebih lagi mengeni tudung ni..kan? Oklah tak nak bebel..korang tengok jela gambar ni..dah ramai dah yang post..aku jugak yang lembab tak post kat blog..hehehehe..

Artis wanita yang bertudung sememangnya nampak lebih cantik dan ayu. Kalau tak percaya boleh lihat gambar 10 artis wanita bila mereka mengenakan tudung yang lengkap.
1. Fazura

2. Tiz Zaqyah

3. Fouziah Gous

4. Erra Fazira

5. Neelofa

6. Nora Danish

7. Lisa Surihani

8. Maya Karin

9. Fasha Sandha

10. Dato’ Siti Nurhaliza

 
 
Sama-samalah kita berdoa agar mereka untuk terus bertudung dan ikhlas..amin..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

Edisi Khas Soal Jawab Agama! Jodoh!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivkvBg3yZ_K5-eslpXZn5NClThsZqSJg1XFfJeFDb_p6fult18obzaa6zhHPs0QN5dR-hzakGhTZKXJXAFmOMpOQito0hbz-fAbRQ3cUkbhCEaRteZAQu4emfO7zpdL1t3mfw1ITl6hsQ5/s1600/bayi+berdoa.jpg

Jodoh itu ditangan Allah SWT. Tetapi adakah doa disertai dgn niat yg ikhlas dapat mengubah takdir Allah SWT. Saya ada membaca bahawa Allah SWT akan mengubah rezeki dan ajal seseorang jika kita berdoa disertai dgn amal perbuatan yg baik. Jadi, adakah jodoh juga begitu atau telah ditetapkan dan tidak akan berubah?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRJCI61-RmDT_n7OD5qf_lfSjO0CdtRiIl4bu3WfrWhFJxp6LXIt2FIz4rW_XO245NCKZlNeN3CmNlAaiMGhouwGVm8XLePP-ddPyhI1cHQzAvdXGaQJMv2MpxorWX5wWSzgn0Bl1MKRU/s1600/minta+jodoh.jpg

Doa memang mujarab akan tetapi hanya apabila ia disertai usaha daripada diri yang berdoa. Oleh itu langkah sepatutnya ialah:

[1] Merancang (plan)
[2] Berdoa agar rancangan tersebut adalah baik dan berjaya.
[3] Mengusahakan rancangan tersebut.
[4] Tawakal dan redha akan hasil usaha.
[5] Menganalisa diri. Jika rancangan dan usaha berjaya, kita melakukan analisa untuk membuat sesuatu lain yang lebih baik. Jika gagal kita melakukan analisa untuk membetulkannya dalam percubaan seterusnya.
 
Adakah jodoh sudah ditetapkan oleh Allah? Jawapannya, semuanya telah ditetapkan oleh Allah. Akan tetapi untuk mengetahui apakah yang telah ditetapkan itu, kita perlu berusaha untuk mencarinya. Dan yang terpenting, usaha pencarian ini tidak ada titik noktahnya.
 
P/s: Terima Kasih kepada saudara Kapten Hafiz Firdaus Abdullah atas artikel yang ditulis dan sudi kongsikan dalam blog ini.

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Soal Jawab Agama! Jodoh!