PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Gambar Proton P321A. Show all posts
Showing posts with label Gambar Proton P321A. Show all posts

Edisi Hangat! Gambar Proton Wira 2013, Tak Sangka Proton Wira diperbaharui jadi Limousin!

Oleh Kaki Wayang on


Perghhh..memang tak sangka Proton akan bina semula Proton Wira dengan mempertingkatkan beberapa ciri-ciri..terutamanya Proton Wira ini kelihatan seperti sebuah Limousin..sedikit panjang..sentap tak?..
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Proton Wira 2013, Tak Sangka Proton Wira diperbaharui jadi Limousin!

Edisi Hangat! PROTON P3-21A (Proton Tuah) baru dilengkapi internet 4G

Oleh Kaki Wayang on



MODEL baru PROTON P3-21A, yang akan menjengah pasaran pada pertengahan bulan depan, akan dilengkapi rangkaian internet berkelajuan tinggi, sekali gus menjadikannya sebagai kereta keluaran tempatan pertama dilengkapi teknologi hiburan kereta yang serba lengkap. Pengenalan ciri nilai tambah itu direalisasikan hasil kerjasama strategik antara PROTON Holdings Bhd dengan YTL Communications Sdn Bhd. 

Kami sedang berusaha untuk menyediakan teknologi ini kepada model akan datang dan ini adalah sejajar janji jenama syarikat untuk komited menjadi lebih baik dengan sentiasa konsisten mencari cara untuk meningkatkan pengalaman pemilik kereta jenama PROTON. - Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengarah Urusan PROTON Holdings. Di bawah kerjasama itu, perkhidmatan 4G Yes yang dibangunkan YTL Communications akan dipasang dalam model baru berkenaan.

Mengulas perkembangan itu, Pengarah Urusan PROTON Holdings, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata kerjasama itu adalah sebahagian langkah penjenamaan semula kereta PROTON sejajar komitmen syarikat dalam menyediakan produk terbaik kepada pengguna.

Beliau berkata, kerjasama dengan YTL Communications itu juga merintis kemungkinan spektrum baru kenderaan keluaran PROTON Holdings di samping menawarkan keselesaan dan produktiviti yang lebih baik kepada pengguna ketika berada di jalan raya.

“Kami sudah berunding dengan YTL Communications selama setahun dan memeterai perjanjian bersama mereka tahun lalu. Hari ini (semalam) cuma satu langkah kecil.

“Selepas ini, kami akan bekerjasama untuk mengintegrasikan lebih banyak ciri untuk diletakkan di dalam kereta,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan kerjasama strategik antara PROTON Holdings dan YTL Communications di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Pengarah Eksekutif YTL Communications, Datuk Yeoh Seok Hong.

Syed Zainal berkata, kerjasama antara kedua-dua syarikat itu akan turut membolehkan model baru yang akan dikeluarkan Proton Holdings di masa depan, dilengkapi dengan rangkaian tanpa wayar mikro bagi mendapatkan akses Internet berkelajuan tinggi dengan memanfaatkan liputan luas rangkaian perkhidmatan Yes di seluruh negara.

“Kami sedang berusaha untuk menyediakan teknologi ini kepada model akan datang dan ini adalah sejajar janji jenama syarikat untuk komited menjadi lebih baik dengan sentiasa konsisten mencari cara untuk meningkatkan pengalaman pemilik kereta jenama PROTON,” katanya.

Ciri-ciri nilai tambah itu juga, katanya akan menjadikan kenderaan PROTON lebih inovatif dan segar untuk menarik kalangan pembeli generasi baru.

Rangkaian Internet 4G Yes kini meliputi 65 peratus daripada kawasan berpenduduk di negara ini, termasuk di sepanjang 960 kilometer Lebuh Raya Utara-Selatan dan sebahagian besar Lebuhraya Pantai Timur.

YTL Communications sudah melabur kira-kira RM2.5 bilion bagi membangunkan infrastruktur rangkaian itu.

Bagi menandakan kerjasama strategik itu, PROTON Holdings dan Yes menawarkan sebuah kereta PROTON Inspira edisi khas yang dilengkapi kemudahan Internet 4G bernilai RM100,000 dalam peraduan Facebook ‘Menangi Kereta Internet 4G Pertama Malaysia’.

Model Inspira itu menampilkan kemasan warna istimewa dengan rim 18 inci edisi khas dan dilengkapkan dengan tiga unit Apple iPad 2 serta ‘router’ mudah alih Yes Huddle yang semuanya direka bentuk khusus dalam kenderaan itu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! PROTON P3-21A (Proton Tuah) baru dilengkapi internet 4G

Edisi Hangat! Gambar Proton P321A (Prooton Tuah) Tersebar Meluas - Siapa dedahkan?

Oleh Kaki Wayang on




Proton P321A dikhabarkan akan menggantikan Proton Persona..entah betul atau tidak..nampaknya Proton P321A begitu menarik perhatian rakyat Malaysia kini..dan penulis sendiri pun agak tertarik dengan bentuk dan wajah kereta buatan Malaysia ini..

Bentuk dan design yang lebih elegan begitu menarik perhatian..lihat sahaja Proton Tuah (kereta konsep Proton P321A)..cantik kan..Cuba anda lihat gambar pertama..nampaknya jurukamera ini sudah tak sabar lagi nak tunjuk Proton P321A kepada umum..kini gambar Proton P321A sudah tersebar meluas..Tahniah Proton..harap tak delah mahal sangat kereta ni..
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Proton P321A (Prooton Tuah) Tersebar Meluas - Siapa dedahkan?