PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Proton Tuah. Show all posts
Showing posts with label Proton Tuah. Show all posts

Edisi Hangat! Perbandingan Antara Proton Preve, Toyota Vios dan Honda City Serta Harga Terkini Proton Preve!

Oleh Kaki Wayang on

Akhirnya model proton terbaru 2012 telahpun diketahui namanya iaitu Proton Preve. Proton Preve telah dibandingkan dengan Toyota Vios dan juga Honda City dan nampaknya ia memiliki kelas yang tersendiri. Dengan harga yang jauh lebih murah berbanding dua model yang dibandingkan ini, Proton Preve juga mempunyai banyak kelebihan tersendiri.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Perbandingan Antara Proton Preve, Toyota Vios dan Honda City Serta Harga Terkini Proton Preve!

Edisi Hangat! Gambar Proton Wira 2013, Tak Sangka Proton Wira diperbaharui jadi Limousin!

Oleh Kaki Wayang on


Perghhh..memang tak sangka Proton akan bina semula Proton Wira dengan mempertingkatkan beberapa ciri-ciri..terutamanya Proton Wira ini kelihatan seperti sebuah Limousin..sedikit panjang..sentap tak?..
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Proton Wira 2013, Tak Sangka Proton Wira diperbaharui jadi Limousin!

Edisi Hangat! PROTON P3-21A (Proton Tuah) baru dilengkapi internet 4G

Oleh Kaki Wayang on



MODEL baru PROTON P3-21A, yang akan menjengah pasaran pada pertengahan bulan depan, akan dilengkapi rangkaian internet berkelajuan tinggi, sekali gus menjadikannya sebagai kereta keluaran tempatan pertama dilengkapi teknologi hiburan kereta yang serba lengkap. Pengenalan ciri nilai tambah itu direalisasikan hasil kerjasama strategik antara PROTON Holdings Bhd dengan YTL Communications Sdn Bhd. 

Kami sedang berusaha untuk menyediakan teknologi ini kepada model akan datang dan ini adalah sejajar janji jenama syarikat untuk komited menjadi lebih baik dengan sentiasa konsisten mencari cara untuk meningkatkan pengalaman pemilik kereta jenama PROTON. - Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengarah Urusan PROTON Holdings. Di bawah kerjasama itu, perkhidmatan 4G Yes yang dibangunkan YTL Communications akan dipasang dalam model baru berkenaan.

Mengulas perkembangan itu, Pengarah Urusan PROTON Holdings, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata kerjasama itu adalah sebahagian langkah penjenamaan semula kereta PROTON sejajar komitmen syarikat dalam menyediakan produk terbaik kepada pengguna.

Beliau berkata, kerjasama dengan YTL Communications itu juga merintis kemungkinan spektrum baru kenderaan keluaran PROTON Holdings di samping menawarkan keselesaan dan produktiviti yang lebih baik kepada pengguna ketika berada di jalan raya.

“Kami sudah berunding dengan YTL Communications selama setahun dan memeterai perjanjian bersama mereka tahun lalu. Hari ini (semalam) cuma satu langkah kecil.

“Selepas ini, kami akan bekerjasama untuk mengintegrasikan lebih banyak ciri untuk diletakkan di dalam kereta,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan kerjasama strategik antara PROTON Holdings dan YTL Communications di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Pengarah Eksekutif YTL Communications, Datuk Yeoh Seok Hong.

Syed Zainal berkata, kerjasama antara kedua-dua syarikat itu akan turut membolehkan model baru yang akan dikeluarkan Proton Holdings di masa depan, dilengkapi dengan rangkaian tanpa wayar mikro bagi mendapatkan akses Internet berkelajuan tinggi dengan memanfaatkan liputan luas rangkaian perkhidmatan Yes di seluruh negara.

“Kami sedang berusaha untuk menyediakan teknologi ini kepada model akan datang dan ini adalah sejajar janji jenama syarikat untuk komited menjadi lebih baik dengan sentiasa konsisten mencari cara untuk meningkatkan pengalaman pemilik kereta jenama PROTON,” katanya.

Ciri-ciri nilai tambah itu juga, katanya akan menjadikan kenderaan PROTON lebih inovatif dan segar untuk menarik kalangan pembeli generasi baru.

Rangkaian Internet 4G Yes kini meliputi 65 peratus daripada kawasan berpenduduk di negara ini, termasuk di sepanjang 960 kilometer Lebuh Raya Utara-Selatan dan sebahagian besar Lebuhraya Pantai Timur.

YTL Communications sudah melabur kira-kira RM2.5 bilion bagi membangunkan infrastruktur rangkaian itu.

Bagi menandakan kerjasama strategik itu, PROTON Holdings dan Yes menawarkan sebuah kereta PROTON Inspira edisi khas yang dilengkapi kemudahan Internet 4G bernilai RM100,000 dalam peraduan Facebook ‘Menangi Kereta Internet 4G Pertama Malaysia’.

Model Inspira itu menampilkan kemasan warna istimewa dengan rim 18 inci edisi khas dan dilengkapkan dengan tiga unit Apple iPad 2 serta ‘router’ mudah alih Yes Huddle yang semuanya direka bentuk khusus dalam kenderaan itu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! PROTON P3-21A (Proton Tuah) baru dilengkapi internet 4G

Edisi Hangat! Gambar Proton P321A (Prooton Tuah) Tersebar Meluas - Siapa dedahkan?

Oleh Kaki Wayang on




Proton P321A dikhabarkan akan menggantikan Proton Persona..entah betul atau tidak..nampaknya Proton P321A begitu menarik perhatian rakyat Malaysia kini..dan penulis sendiri pun agak tertarik dengan bentuk dan wajah kereta buatan Malaysia ini..

Bentuk dan design yang lebih elegan begitu menarik perhatian..lihat sahaja Proton Tuah (kereta konsep Proton P321A)..cantik kan..Cuba anda lihat gambar pertama..nampaknya jurukamera ini sudah tak sabar lagi nak tunjuk Proton P321A kepada umum..kini gambar Proton P321A sudah tersebar meluas..Tahniah Proton..harap tak delah mahal sangat kereta ni..
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Proton P321A (Prooton Tuah) Tersebar Meluas - Siapa dedahkan?

Betol-betol Gempak! Proton Tuah Ubah Imej Proton

Oleh Kaki Wayang on


PROTON Holdings Bhd (Proton) bakal melancarkan model sedan terbaru pertengahan tahun depan yang dijangka mampu menukar persepsi orang ramai terhadap kualiti dan prestasi jenama itu.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin berkata, model yang diberi nama kod P3-21A itu adalah model global generasi baru pertama yang dibina mengikut undang-undang dan peraturan global terbaru.

“Model proton terbaru ini merangkumi pelbagai parameter seperti standard pelepasan asap dan dilengkapi dengan enam beg udara serta diharapkan dapat menukar persepsi rakyat yang menganggap Proton kurang berkualiti kepada berkualiti tinggi dan mempunyai ciri-ciri canggih.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Proton Tuah Ubah Imej Proton

Betol-betol Gempak! Proton Espire (Gambar)

Oleh Kaki Wayang on








Proton Espire (Proton Persona R)
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Proton Espire (Gambar)

Betol-betol Hangat! Proton Tuah Pengganti Proton Persona!

Oleh Kaki Wayang on

MODEL P3-21A dipamerkan  di kilang Proton Tanjung Malim.

PROTON Holdings Bhd dijadualkan memperkenalkan kereta global pertamanya, yang akan memenuhi standard piawaian antarabangsa, khususnya di pasaran Eropah pada Februari tahun depan.

http://www.utusan.com.my/pix/2011/0726/Utusan_Malaysia/Korporat/ko_02.1.jpg

Difahamkan, model yang buat masa ini dikenali dengan nama kod P3-21A itu adalah daripada model Proton Tuah iaitu satu daripada kereta konsep yang ditampilkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS) akhir tahun lalu.

http://static.motorstop.asia/blog/images/proton-tuah-concept.jpg

Model itu adalah kereta konsep sedan baru yang dikatakan bagi menggantikan pengeluaran kereta Proton Persona serta berada pada kelas sama seperti model kereta Toyota Corolla Altis atau Honda Civic. 

http://images.travelpod.com/users/venoth/75.1290223711.4_proton-tuah.jpg 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Proton Tuah Pengganti Proton Persona!

Betol-betol Hangat! Proton Pahlawan – Kereta Konsep Proton

Oleh Kaki Wayang on

Pada entri aku yang lepas Proton Tuah memperihalkan tentang kereta konsep terbaru keluaran Proton..dan pada kali ini, walaupun sebenarnya cerita ini sudah agak lapuk dan basi..namun atas sebab minat akan kereta-kereta konsep seperti ini disamping meng"update" blog..maka entri yang lapuk ini dipersembahkan kepada anda..wah skema giler ayat Betol-betol Hangat ni!..

Bersempena dengan Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS), Proton kini tampil dengan 5 kereta konsep yang mengambil nama 5 pahlawan Melayu Melaka iaitu Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu. pada pandangan aku lah kan, Proton Jebat itu adalah hasil ciptaan yang hampir sama dengan Mitsubishi Lancer aka Inspira..cuma ianya di touch-up ckit jew..dan Proton Kasturi itu adalah dari Proton Saga FL..aku amat tertarik dengan rekaan Proton Tuah, Proton Lekir dan Proton Lekiu kerana Proton lari dari konsep-konsep design kereta sebelum-sebelum ini..

Kalaulah kereta-kereta ini adalah untuk pasaran dalaman..aku rasa ramai rakyat kita akan membeli kereta ni..dan aku rasa ramai yang setuju ngan aku..alaaaa, malaslah aku nak ulas panjang lebar..niat dihati nak post gambar je..dah meleret-leret pula..korang tengok jela gambar-gambar ni yer..

Proton Tuah

Proton Jebat

Proton Jebat

Proton Kasturi

Proton Kasturi

Proton Lekir

Proton Lekir

Proton Lekiu

Proton Lekiu
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Proton Pahlawan – Kereta Konsep Proton

Betol-betol Hangat! Proton Tuah

Oleh Kaki Wayang on

Sebenarnya dah lama dah kisah ni keluar..cuma masa tu tak terfikir lagi nak keluarkan isu ni dalam bentuk artikel kat blog..sebab tak de blog lagi..so skg dah ada blog..aku masukkanlah dalam blog aku..Kali ni Betol-betol Hangat! akan memaparkan gambar-gambar Proton Tuah..product terbaru Proton..tapi kan Proton Tuah ni ntah lah akan keluar ke tak untuk pasaran dalam dan luar negara..mungkin sebab untuk tatapan je kot dan bukannya untuk dijual..tapi kalau dijual..dah tentu-tentu aku tak jadi nak beli Honda City atau kete lain..hahahaha..gempak siottt kete ni..









Amacam? Gempak tak kete ni..aku rasa kalau kete ni memang untuk dijual..mesti laku..dan aku salute tenaga mahir tempatan..dorg mampu wat design seperti ni..aku memang suka..sebenarnya kete ini diwujudkan bagi memperingati pahlawan berlima Melaka..iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu...

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Proton Tuah