PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Ikhwan Islamic. Show all posts
Showing posts with label Ikhwan Islamic. Show all posts

Betol-betol Hangat! Penjawat Awam dapat Bonus Raya?

Oleh Kaki Wayang on

http://farm5.static.flickr.com/4144/5082150967_51e29fcaf3.jpg
Kredit Pic here: BERITA SEMASA

Alhamdulillah..tak kisahlah setengah bulan gaji ke..berapa ke yang penting ada..yelaa kan sempena dengan Aidilfitri yang akan menjelma tak lama lagi(lama lagi pon)..sumenyer nak kena benda baru..baju raya baru (dah tempah dan dah siap)..kasut raya (tak beli pown), pendek kata sume nak kena baru..yang mana nak buat rumah terbuka tu dah tentulah perlukan duit kan nak beli bahan-bahan dan barang-barang untuk disajikan kepada para tetamu yang hadir nanti..mana nak buat kuih raya..nak beli itu ini..dan macam-macam lagi..

Dengan pengumuman dari Perdana Menteri kita KAT SINI dapatlah kita berhari raya dengan "gumbira" kan..boleh lah beli macam-macam..tapi kan ada sesetengah dari kita dapat duit bonus tu dibelanjakannya seboros yang mungkin..dapat hari ni..pagi ni keluarkan kat ATM..tengahari dah habis dah..macam aku laaa..bayar hutang KAD KREDIT PART 1 dan PART 2..hahahahahaha..tu yang tak best tu kalau dapat bonus..dah lah nanti nak kena balik kampung (Sabah)..ORANG SABAH lah katakan..

Tak pelah at least dapat meringkan beban..selalu gaji yang digunakan untuk bayar hutang kad kredit..bulan ni..hutang Kad Kredit dibayar menggunakan bonus..volleh gitew..ngeee..ape pown..terima kasih diucapkan kepada "Pak Ajib" dan "Kak Ros" kita yer sebab bagi bonus ni untuk semua penjawat awam dan para pesara kerajaan..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Penjawat Awam dapat Bonus Raya?

Betol-betol Hangat! Kad Kredit Part 2

Oleh Kaki Wayang on

Assalammualaikum kengkawan semua..tentu korang suka kan kalau aku cakap sal Kad Kredit..ada diantara korang semua yang sangat sukakan Kad Plastic aka Kad Magic ni..dalam entri ni aku akan ceritakan sedikit sebanyak sal kad kredit..dan dalam entri ini juga aku akan memperihalkan tentang kelayakan, syarat permohonan dan kebaikan serta tips-tips untuk menggunakannya disamping berkongsi pengalaman bersama anda. Kesan-kesan negatif Kad Kredit aku akan wat entri baru kemudian!!!

PERLU DIINGATKAN..ENTRI INI BUKAN TEMPAT AKU NAK SHOW-OFF, NAK TUNJUK2 ATAU BANGGA DIRI..INI HANYALAH BERTUJUAN UNTUK KONGSI PENGALAMAN!!!

Basically, kalau nak gunakan Kad Kredit..perkara utama/asas dan yang paling penting adalah tahu akan kedudukan kewangan kita..tahu apa itu Kad Kredit, bagaimana ianya berfungsi dan apakah caj-caj yang akan dikenakan semasa, sebelum, selepas digunakan..Ok, kelayakan minima bagi memohon Kad Kredit adalah biasanya semua bank di Malaysia meletakkan syarat minimum bagi melayakkan seseorang itu mendapatkan Kad Kredit adalah:

1. Gaji minimum RM18,000.00 setahun (syarat ini mungkin berbeza bagi bank lain)
2. Umur 21 tahun ke atas

Kad Kredit Bank Islam

Aku merupakan pelanggan setia Maybank..so gaji aku dan Kad Kredit favourite aku pon semua adalah dari keluaran Maybank..Namun begitu, Kad Kredit pertama aku adalah Kad Kredit Bank Islam..gambarnya aku xde kat sini..sebab Kad Kredit aku tinggalkan kat rumah..so x sempat nak amik gambar..Nak tahu lebih lanjut sal KKBI ni sila lah ke link ini Kad Kredit Bank Islam. 

Pembelian pertama aku dengan menggunakan kad kredit adalah dengan membeli Perfume Bvlgari dengan jumlah amaun sebanyak RM173.00 dan sehelai baju Valentino Creation RM127.00..bermula dengan itu aku semakin addict menggunakan kad kredit..Namun, aku menggunakannya berpada-pada..cukuplah membeli barangan yang amat diperlukan SAHAJA! ingat perkataan tu..diperlukan sahaja! so kalau tak perlu jangan beli ok. kad ini masih lagu aku guna sampailah sekarang. Tapi aku nak terminate dah atas sebab-sebab tertentu. Bukan sebab KKBI ni tak best tapi aku mendapat cinta baru ngan Maybank Islamic..

Kad Kredit Public Bank Manchester United


Kad Kredit PBMU merupakan kad kredit aku yang kedua. Aku kan peminat Manchester United. So dengan adanya Kad Kredit khas Manchester United menyebabkan aku gembira tak terkata..bila aku gunakan untuk membeli barangan sukan terutamanya kat Al-Ikhsan..cashier tu akan kata.."wah cantik kad kredit abang, dapat kat mane?" satu hal pula aku nak eksplen..bila aku g isi minyak kat Shell pon cashier tu tanya sal kad tu sebab cantik..dengan kad ni agaknya dah beribu2 dah duit aku habis dibelanjakan..paling mahal aku gunakan kad ni adalah untuk membeli barangan dapur iaitu sebanyak RM2000.00 dan yang kedua adalah beli Handphone Nokia N900 RM 2399.00..yang lain aku gunakan untuk beli minyak kete, baju MU aku tu, jersi Malaysia dan macam-macam lagilah..

Kad ni pon aku rasa nak terminate dalam tempoh sebulan dua lagi..sebab ada dalam RM200.00 lagi pembayaran yang aku xbuat..tu semua sebab beli akaun Fileserve dan Netload lah tu..nak download movie ngn Yazid Yahya. Buat masa ni kad ni masih lagi aku gunakan..tapi dalam kadar tak sekerap dulu lah..aku ada cinta baru ngan kad yang lain. Untuk maklumat lanjut silalah ke Manchester United Credit Card.

Kad Kredit GSC-EON Bank Gold

Ni Kad Kredit aku yang ketiga..mak aii..hahahahaha..aku kalau dengar pasal kad kredit memang suka sangat..bukan suka apa..just for fun..boleh gehtoooo? Kad Kredit GSC ni merupakan cinta pertama aku pada kad aku..tak rugi aku mohon..sebab utamanya adalah kad ni leh wat kita macam raja, macam artis, macam menteri yang g tengok wayang..biasa kan menteri, raja atau artis kalau g mana-mana dorg akan diberikan laluan utama, karpet merah tanpa gangguan orang ramai..tapi aku ni bukanlah setinggi itu..aku cuma insan biasa..kalau g tengok wayang ngan kad ni yang paling best leh potong barisan..bayangkan anda g Mid Valley hari Sabtu nak tgk Movie Nur Kasih..then line sangat panjang..so anda kene beratur..ntah-ntah 2 jam beratur pon belom tentu dapat tiket..

Dengan Kad Kredit GSC ni korang leh potong mana2 barisan tanpa orang marah..malah anda akan ada 1 line priority lane katenyer khas untuk pemegang kad ni..dah lah datang lewat, 5 minit lagi tayangan akan bermula..barisan masih panjang ni..dengan kad ni anda akan sempat masuk ke dalam panggung..hebat tak????pastu ada pla diskaun kalau guna kad ni..Kad Kredit GSC-EON Bank Gold.. bukan untuk tengok wayang je...macam2 benefit leh dapat..aku tak bercadang untuk terminate kad ni sebab dengan kad ni aku leh tgk wayang sesuka hati aku...dan yang paling penting aku leh potong barisan yang panjang itew..dan yang paling best, nak beli pop corn yang berharga RM10.85 itu pun aku beli guna kad..ngan kuasa yang aku ada aku leh potong barisan orang yang nak beli pop corn itew..dan kekadang dorg naik bebulu tgk aku potg barisan..bukan saje2 lah dik ooiii..dah ada kemudahan leh potg barisan so korang kenelah faham..kat lanes tu dia dah letak..GSC EON Credit card only, Priority Lane..

Dan 1 lagi yang bestnye Kad ni ada Pay Wave..mesti korang tak tahu kan ape binatang Pay Wave tu...macam ni kisahnya..Pay Wave tu sebenarnya memudahkan dan menjimatkan masa kita dalam proses bayaran..biasanya kalau bayar guna Kad Kredit kene tgu dalam 5-6 minit diambil untuk membuat pembayaran itu pun kalau line ok..tapi dengan Pay Wave, anda hanya perlu tgu dalam 30 saat jew untuk menyelesaikan bayaran..bayar ngan gelombang mikro lah katakan..

Kad Kredit Maybank Islamic PETRONAS Ikhwan Visa Gold

Kad Keempat aku..juga cinta baru aku..dengan kad ni aku dah menggunakan RM14,000.00 setakat Januari sampailah sekarang bulan Mei..mak aiii..gilo ko apo..ni sume pasal aku beli LCD TV lah ni..pastu beberapa jenis perabot..boleh dikatakan tahun ni aku hanya menggunakan kad kredit ni untuk tujuan perbelanjaan aku..minyak kereta (aku beralih ke PETRONAS) sebab ada kad ni..kalau beli minyak ngan kad ni leh dapat 5x treats points..ntah dah berapa puluh ribu dah point aku dapat..agak boros juga yer aku ni..Benda paling mahal aku beli gunakan kad ni?aku rasa takde kot sebab aku beli HTC HD7 hari tu guna cash money sebab kalau guna kad kene charge 3%..so kepada kengkawan kalau nak beli henpon gunalah cash k..xde charge pon..dan yang bestnye kad ni..ianya Kad Islamic..kalau korang ada hati nak bawak kad ni g Kelab malam dan bayar menggunakan Kad ni..mintak maaf yer!!!x boleh! Untuk maklumat lanjut silalah ke Maybank Islamic Ikhwan.

Kelayakan bagi kad ni minimum adalah RM30,000.00 annual income..yang bestnyer kad ni xde yuran tahunan sepertimana kad-kad kredit yang lain..Buat masa ni, Maybank Ikhwan ni la yang paling banyak berjasa menghabiskan duit aku..hahahahaha...swipe sajorkhhh...

Kad Kredit Maybankard 2 Card
 

Wah..ni kad kredit kelima aku..juga cinta baru aku..sebab ada AmEx..biasanya kalau ada American Express nampak cam orang kaya gehtooo..padahal aku bukanlah orang kaya seperti yang disangkakan oleh kengkawan aku..cuma rezeki aku lebih sikit je..kan?..aku mohon kad ni bukan sebab aku nak nampak seperti orang kaya..tapi aku sukakan kad ni sebab kalau weekend je kita akan leh dapat banyak poin kalau shopping..5x treats point gehtooo..The benefits of two cards, Maybankard 2 American Express® Card and Maybankard 2 MasterCard or Visa Card, in one sign up, one service tax, and one statement. ..kad ni xde annual fee ok..free untuk selama-lamanya..anda cuma perlu bayar tax jew..itu pun dalam RM50.00 kot.

Ni antara benefit kad ni:

- 5% Weekend cash back² when spend on Maybankard 2 American Express Card.
- 5x TreatsPoints for every Ringgit spent on Maybankard 2 American Express Card and 1x TreatsPoint on Maybankard 2 MasterCard/Visa Card in Malaysia or anywhere else in the world.
Who can apply?
  • Malaysians and expatriates with a minimum annual income of RM30,000
  • Principal cardholders: those between 21 to 65 years old
  • Supplementary cardholders: at least 18 years old
Maklumat lanjut: Maybankard 2 Card

PERINGATAN!

Gunakan kad kredit anda sebaik yang mungkin..kalau anda gunakan RM100.00 untuk membeli apa jua barang dengan kad kredit anda..pastikan sebelum hari ke 20 selepas pembelian anda mampu untuk membayar amaun itu..jangan pula bayar minimum yer..kang merana diri..guna RM5000.00 bayar balik RM5000.00..itu dinamakan pengguna Kad Kredit bijak..kalau anda g makan kat tempat2 mewah leh guna..tapi berpada2..tapi kalau g makan kat warung Mak Bedah janganlah korang gatal2 nak guna kad kredit..kang Mak Bedah tu swipe aka sekeh kepala korang..pandai guna pandailah bayar yer..Entri ini tak de masa nak menunjuk2 kat sesiapa pun..ni cuma info dan perkongsian pengalaman semata-mata!!!
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Kad Kredit Part 2