PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Kelayakan AFC Bawah 22 tahun. Show all posts
Showing posts with label Kelayakan AFC Bawah 22 tahun. Show all posts

Edisi Sukan! Jepun terdesak menang besar! Go, go Malaysia!

Oleh Kaki Wayang on


JURULATIH kebangsaan, Ong Kim Swee (kanan) bersalam dengan jurulatih Jepun, Takashi Sekizuka selepas sidang media perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. 
 

"Kami mahu mendapatkan seberapa banyak gol... kami mahu mendapatkan banyak gol, ". Itu nada terdesak yang kerap diulang jurulatih Bawah 23 Jepun Takashi Sekizuka pada sidang media perlawanan kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia dan Jepun, semalam.
  Jepun yang kini berada tangga kedua Kumpulan C memberi amaran kepada skuad bimbingan Ong Kim Swee mereka akan menurunkan barisan terkuat dan bermain habis-habisan dalam memburu kemenangan besar.

"Esok (hari ini) kami akan menunjukkan keupayaan sebenar dan yakin dapat memungut tiga mata serta mendapat jumlah jaringan yang besar.

"Kami mahu memungut enam mata dalam dua perlawanan terakhir dan kami tiada pilihan lain selain menang.
"Saya menghormati keupayaan Malaysia yang dilihat semakin meningkat dalam setiap perlawanan namun kami perlu fokus kepada gaya permainan kami dan memenangi perlawanan ini, " katanya.

Jepun yang tewas 1-2 kepada Syria dalam perlawanan terakhir baru-baru ini, jatuh ke tangga kedua Kumpulan C ekoran perbezaan jaringan yang menyebelahi negara Asia Barat itu walaupun berkongsi sembilan mata selepas empat perlawanan.

Tidak membawa mana-mana pemain yang beraksi di Eropah, Sekizuka masih menaruh harapan pemain yang sedia ada di samping akan melakukan sedikit perubahan daripada segi taktikal dan memberi petanda akan menurunkan ramai pemain di bahagian serangan.

Seperti mahu menyorokkan strategi untuk berdepan Malaysia, Jepun memilih berlatih selama tiga hari di negara jiran Malaysia, Singapura.

Begitupun Takeshi berdalih sambil berkata ini kerana mahu menyesuaikan diri dengan cuaca panas di Kuala Lumpur biarpun baru berada di ibu negara pada semalam.

"Di sana (Jepun) sekarang agak sejuk dan kami memilih berlatih di sini lebih awal kerana mahu semua pemain dapat bermain dalam cuaca panas.

"Kami menjalani persiapan yang agak baik dan saya telah memikirkan strategi berkesan ketika menyerang atau bertahan," katanya.

P/s: Sombong dan bongkaklah Jurulatih Jepun ni..takpe, takpe..buat pemain Malaysia..kami doakan semoga anda berjaya..
Sila baca selanjutnyaEdisi Sukan! Jepun terdesak menang besar! Go, go Malaysia!

Edisi Hangat! Kim Swee selesa undian Piala AFC!

Oleh Kaki Wayang on

pix_gal0

UNDIAN kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah-22 boleh dikatakan memihak pasukan negara apabila berjaya mengelak dua pasukan gergasi Asia dalam satu kumpulan, tetapi peluang layak ke kejohanan julung kali itu, tahun depan akan lebih terbuka andai Malaysia mengambil kesempatan menjadi tuan rumah.

“Kita perlu rebut peluang ini, bermain di laman sendiri akan memberi kita banyak kelebihan,” kata jurulatih skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee yang menarik nafas lega apabila diundi dalam Kumpulan G bersama Korea Selatan, Vietnam, Myanmar, Taiwan dan Filipina. 

“Saingan utama tentunya dari Korea Selatan dan Vietnam, dan saya rasa perlawanan menentang Vietnam bakal menjadi penentu peluang kita pada pusingan kelayakan ini. Jadi jika kita bermain di laman sendiri, tentunya peluang kita semakin cerah. 

Saya rasa perlawanan menentang Vietnam bakal menjadi penentu peluang kita pada pusingan kelayakan ini. - Ong Kim Swee, Jurulatih 
 
“Walaupun kejohanan ini diadakan buat pertama kali oleh AFC, ia cukup penting kerana ia menggantikan kelayakan Olimpik yang diadakan sebelum ini. Sekiranya layak beraksi dalam kejohanan itu tahun depan, kita akan diletakkan sebagai pasukan pilihan pada kejohanan 2015 yang menjadi penentu kepada kelayakan Olimpik 2016.”

Hari ini Kim Swee akan kembali bersama skuad Olimpik kebangsaan untuk perlawanan kedua terakhir peringkat kumpulan bertemu Jepun di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Februari. “Walaupun kita tidak lagi layak ke London, saya harap pemain akan berusaha sebaik mungkin untuk memberi saingan dan mempertahan maruah negara apabila menentang Jepun nanti,” kata Kim Swee.

Hanya tiga pemain – Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal (digantung perlawanan) dan Ahmad Hazwan Bakri (cedera hamstring) – tidak dapat diturunkan pada perlawanan Jepun nanti, manakala Fadhli Shas akan kembali mengisi benteng pertahanan selepas digantung pada perlawanan lalu (menentang Bahrain).

KUMPULAN G (Zon Timur): Korea Selatan, Vietnam, MALAYSIA, Myanmar, Taiwan, Filipina
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Kim Swee selesa undian Piala AFC!

Edisi Terkini! Kelayakan Piala Asia 2013: Malaysia dalam Kumpulan G bersama Korea Selatan, Vietnam!

Oleh Kaki Wayang on



Malaysia diundi dalam Kumpulan G bola sepak kelayakan AFC Bawah 22 tahun Piala Asia 2013 bersama Korea Selatan, Vietnam, Myanmar, Taiwan dan Filipina.

Diharapkan psukan kita mampu untuk memberi saingan tatkala Korea Selatan berada dalam kumpulan yang sama..
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Kelayakan Piala Asia 2013: Malaysia dalam Kumpulan G bersama Korea Selatan, Vietnam!