PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label keputusan perlawanan kelayakan olimpik. Show all posts
Showing posts with label keputusan perlawanan kelayakan olimpik. Show all posts

Edisi Sukan! Jepun terdesak menang besar! Go, go Malaysia!

Oleh Kaki Wayang on


JURULATIH kebangsaan, Ong Kim Swee (kanan) bersalam dengan jurulatih Jepun, Takashi Sekizuka selepas sidang media perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. 
 

"Kami mahu mendapatkan seberapa banyak gol... kami mahu mendapatkan banyak gol, ". Itu nada terdesak yang kerap diulang jurulatih Bawah 23 Jepun Takashi Sekizuka pada sidang media perlawanan kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia dan Jepun, semalam.
  Jepun yang kini berada tangga kedua Kumpulan C memberi amaran kepada skuad bimbingan Ong Kim Swee mereka akan menurunkan barisan terkuat dan bermain habis-habisan dalam memburu kemenangan besar.

"Esok (hari ini) kami akan menunjukkan keupayaan sebenar dan yakin dapat memungut tiga mata serta mendapat jumlah jaringan yang besar.

"Kami mahu memungut enam mata dalam dua perlawanan terakhir dan kami tiada pilihan lain selain menang.
"Saya menghormati keupayaan Malaysia yang dilihat semakin meningkat dalam setiap perlawanan namun kami perlu fokus kepada gaya permainan kami dan memenangi perlawanan ini, " katanya.

Jepun yang tewas 1-2 kepada Syria dalam perlawanan terakhir baru-baru ini, jatuh ke tangga kedua Kumpulan C ekoran perbezaan jaringan yang menyebelahi negara Asia Barat itu walaupun berkongsi sembilan mata selepas empat perlawanan.

Tidak membawa mana-mana pemain yang beraksi di Eropah, Sekizuka masih menaruh harapan pemain yang sedia ada di samping akan melakukan sedikit perubahan daripada segi taktikal dan memberi petanda akan menurunkan ramai pemain di bahagian serangan.

Seperti mahu menyorokkan strategi untuk berdepan Malaysia, Jepun memilih berlatih selama tiga hari di negara jiran Malaysia, Singapura.

Begitupun Takeshi berdalih sambil berkata ini kerana mahu menyesuaikan diri dengan cuaca panas di Kuala Lumpur biarpun baru berada di ibu negara pada semalam.

"Di sana (Jepun) sekarang agak sejuk dan kami memilih berlatih di sini lebih awal kerana mahu semua pemain dapat bermain dalam cuaca panas.

"Kami menjalani persiapan yang agak baik dan saya telah memikirkan strategi berkesan ketika menyerang atau bertahan," katanya.

P/s: Sombong dan bongkaklah Jurulatih Jepun ni..takpe, takpe..buat pemain Malaysia..kami doakan semoga anda berjaya..
Sila baca selanjutnyaEdisi Sukan! Jepun terdesak menang besar! Go, go Malaysia!

Betol-betol Kagum! Malaysia Cipta Sejarah!

Oleh Kaki Wayang on


Setelah berpuluh tahun menanti..akhirnya sejarah kembali memihak kepada Pasukan Bolasepak Malaysia apabila melangkah ke pusingan seterusnya dalam kelayakan Sukan Olimpik bagi Zon Asia..Syukur alhamdulillah..Malaysia kini boleh berbangga dengan keputusan seumpama ini..Keputusannya Malaysia menewaskan Lubnan 2-1..

Apa yang Betol-betol Hangat! nak katakan kat sini..semangat pemain Malaysia pada malam ni (update sambil tengok bola) bermain dengan semangat juang yang tinggi..walaupun seorang daripada pemain Malaysia dikenakan kad merah..walaupun pada masa kedua Malaysia bertahan sepanjang masa tapi sekali sekala Malaysia melancarkan serangan balas..semoga di pusingan ketiga ataupun diperingkat kumpulan nanti Malaysia dapat tempuhi tanpa sebarang masalah..

Keputusan terkini Malaysia 2 – Lubnan 1
Aggregate: Malaysia 2-1 Lubnan (Malaysia layak ke pusingan seterusnya)

Jaringan:
  • Irfan Fazail minit ke 8 (M)
  • Wan Zack Haikal minit ke 41 (M)
  • Chadie Atie, Lubnan minit ke 63 (L)
P/s: Kagum dengan semangat juang pasukan Malaysia..BBH kini menjadi salah seorang peminat pasukan Malaysia selamanya..gehtoooo..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Kagum! Malaysia Cipta Sejarah!