PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Kempen Tabung Kemanusiaan Somalia. Show all posts
Showing posts with label Kempen Tabung Kemanusiaan Somalia. Show all posts

Bantulah Mereka! Tabung Kemanusiaan Somalia!

Oleh Kaki Wayang on

INI ADALAH STICKY POST..Entri terbaru di bawah!!! 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgD3Nj8IYIOM7n6DwnXaFfg5b2C6Z1r7pSQLINdYiE8pkFYIgbXVvV03sBF8wKt9BryXazX0vYMnojXwUu16RMbRMHjkUX-hfem7ZNlBPbN7-awysRWRh-4noVUqs45SKyMw-ffOKVkHR1C/s1600/irm+somalia+need+helps.jpg 

Tiada kata secantik bahasa yang mampu untuk ku nukilkan..hanya berbekalkan sekeping gambar yang menceritakan sejuta rasa dan perasaan..hari demi hari berlalu..dan begitulah SOMALIA mengharungi rutin hidupnya yang kini semakin tertekan dengan krisis KEBULURAN dan macam-macam lagi..

Alhamdulillah, kita sebagai rakyat Malaysia sudah sepatutnya bersyukur dengan negara kita Malaysia..semuanya serba lengkap dan sempurna..makanan, kemudahan dan infrastruktur serta prasarana..semuanya cukup..malah berlebih-lebih..bukan itu sahaja malah ada juga yang membazir..

Berbeza dengan kehidupan dibumi Somalia..semuanya serba kekurangan..melihat kepada gambar di atas sudah boleh menceritakan bagaimana susah payah kehidupan di sana..sama-samalah kita saling bantu-membantu..dan mendermalah..sampaikan sumbangan anda kepada Tabung Kemanusiaan Somalia | Islamic Relief Malaysia..

Sila baca selanjutnyaBantulah Mereka! Tabung Kemanusiaan Somalia!

Betol-betol Simpati! Tidakkah kamu kasihan melihat mereka?

Oleh Kaki Wayang on

Dari tadi aku asyik berblogwalking..singgah je kat blog BANGKU KOSONG aku terpandang satu entri mengenai Tabung Kemanusiaan Somalia..masuk je entri kat situ..terpampang gambar-gambar yang sangat menyayat hati..lebih-lebih lagi di bulan puasa dan hari raya yang bakal disambut esok..kalaulah masyarakat SOMALIA itu ada diantara mereka seorang MUSLIM..agak-agaknya bagaimana eh diorang sambut raya? dengan makanan yang tak cukup..masalah air yang tak kesudahan, peperangan yang semakin menjadi-jadi..Tidakkah kamu kasihan melihat mereka?











Jika anda kasihan melihat mereka..maka bantulah mereka sedaya yang mungkin..sesungguhnya beramal tidak akan menyebabkan kamu miskin dan harta berkurangan..malah ianya akan menambah kesucian dan kebersihan harta kamu..

Lagi cerita di sini: Tabung Kemanusiaan Somalia

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! Tidakkah kamu kasihan melihat mereka?

Betol-betol Simpati! Kami Blogger Prihatin!

Oleh Kaki Wayang on

http://irmblog.org/wp-content/uploads/2011/08/Young-family-Barmish-village-2_uzbahm0x.azt_.jpg 

Assalammualaikum semua..atas dasar perikemanusiaan dan sokongan kepada kempen TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA  anjuran ISLAMIC RELIEF MALAYSIA..sebagai seorang blogger sudah menjadi tanggungjawab untuk saya menyokong kempen ini..lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini..

Saya terpanggil untuk menyediakan entri ini dan menyeru kepada semua pembaca..sepertimana yang diuar-uarkan oleh Ben Ashaari..walaupun kita tak mampu untuk memberi sumbangan berupa wang ringgit..berdoalah untuk mereka (Masyarakat SOMALIA)..tak pun bolehlah menyediakan entri seumpama ini..bagi menyokong sepenuhnya Kempen Tabung Kemanusiaan Somalia ini..

Sebagai renungan bersama..pernah tak anda terfikir atau bersyukur dengan apa yang ada di Negara kita? Susah tak nak makan? Tak susah kan..sepanjang jalan di seluruh Malaysia terdapat pelbagai jenis makanan..tapi pernah tak kita terfikir apa yang berlaku kat Negara lain terutamanya SOMALIA? Kita bangun je pagi, mak dah sediakan makanan dan sarapan dah untuk kita..tidur sepanjang hari..kemudian bangun tengahari..makan lagi..mak jugak yang masak (bulan puasa jangan makan time tengahari pulak)..di malamnya pula makan lagi..kat Somalia? Entah makan ke tak diorang tu kan?

So kepada sesiapa yang nak menyumbang..terutama disepuluh malam yang terakhir dalam bulan Ramadhan ini..silakan terus ke laman wen ISLAMIC RELIEF MALAYSIA (IRM)

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! Kami Blogger Prihatin!