PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Khairul Fahmi minum arak. Show all posts
Showing posts with label Khairul Fahmi minum arak. Show all posts

Edisi Sentap! Khairul Fahmi hubungi Jejari Runcing Tidak Dilayan!

Oleh Kaki Wayang on


Khabarnya Elia Si Jejari Runcing menulis di Twitter yang Khairul Fahmi ada menghubungi beliau baru baru ini menggunakan nombor telefon yang tidak di’kenali.

Minta nasihat? Kami sendiri sebenarnya tidak pasti apa tujuan sebenar Khairul Fahmi menghubungi Elia di’saat saat diri beliau di’landa kontroversi gambar bersama Dahlia Teck di Bukit Bintang.

Tetapi, Eliaada menulis yang Khairul Fahmi ada minta pertolongan (atau sesuatu) menerusi panggilan telefon tersebut dan kami teka sekurang kurangnya ketika ini Khairul Fahmi perlukan seseorang untuk berbicara.

Bagus juga tindakan Elia yang tidak mahu melibatkan diri dengan kancah kontroversi Khairul Fahmi & Dahlia Teck — biarkan mereka selesaikan isu mereka sendiri. Dan, Elia nampak sedikit kurus. Sedikit jelaa.

Kredit: Rotikaya.com


Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Khairul Fahmi hubungi Jejari Runcing Tidak Dilayan!

Edisi Gempak! Nik Aziz nasihat Apex cepat kahwin!

Oleh Kaki Wayang on



Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat cepat mendirikan rumah tangga supaya kehidupannya lebih sempurna. Nik Abdul Aziz berkata, Islam menggalakkan orang yang mampu supaya cepat berkahwin.

“Ini penting untuk mengawal kita daripada melakukan dosa dan apabila berkahwin, ia lebih selamat untuk menjaga masuah. “Khairul Fahmi merupakan penjaga gol terbaik Asia menjadi idola rakyat Kelantan, saya juga berbangga dengannya apatah lagi dia berada dalam kawasan pilihan raya saya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kepada Khairul Fahmi di Taman Kurnia Jaya, Kemumin, Pengkalan Chepa dekat sini, semalam. Kerajaan negeri Kelantan kata beliau, memberi hadiah kepada rakyat yang cemerlang dalam apa jua bidang sebagai rangsangan.

“Mereka yang berbakat dan cemerlang ini perlu menunjukkan contoh baik, bebas salah laku sosial dan pengaruh dadah kerana dadah boleh memusnahkan kehidupan,” katanya.

Khairul Fahmi yang mesra dikenali sebagai Apex berkata, beliau menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT dan tidak mahu terlalu memikirkannya.

“Soal jodoh ni kena tengok 'rezeki' la, kalau tahun ni (kahwin) maka tahun ni la, kalau tahun depan atau tiga tahun lagi pun saya terima,” katanya.

Sementara itu, bapa Apex, Che Mat Hussin, 59, ketika ditemui berkata, dia menyerahkan soal perkahwinan sepenuhnya kepada penjaga gol Kelantan itu. Katanya, Apex mungkin mahu menumpukan perhatian kepada karier terlebih dauhulu.

“Saya sedia menerima siapa saja wanita pilihan dia, yang penting ialah matlamatnya dalam bidang sukan tidak terganggu kerana dia masih muda,” katanya.

Apex yang menerima anugerah Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2011 November lalu tersenarai bersama Fadhli Shas dan Safee Sali dalam kesebelasan terbaik Asia pilihan laman web terkenal dunia, Goal.Com.
Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Nik Aziz nasihat Apex cepat kahwin!

Edisi Gempak! Bakal Isteri Khairul Fahmi Che Mat!

Oleh Kaki Wayang on

Siapa bakal isteri Khairul Fahmi Che Mat? Semua itu akan terjawab apabila pemain bolasepak kebangsaan yang lebih dikenali dengan panggilan Apek itu mengakui yang dia bersedia untuk menamatkan zaman bujan pada tahun ini..

Tanpa menyebut siapa bakal permaisuri hidupnya, penjaga gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat, 22, mengakui dia kini bersedia menamatkan zaman bujangnya seawal-awalnya pada tahun ini. Jika tidak berkahwin pada tahun ini, Khairul yang lebih mesra dengan panggilan Apek berkata, dia mungkin mendirikan rumah tangga pada tahun depan. Menurutnya, hasrat itu bakal menjadi kenyataan jika dia bertemu wanita pilihan hatinya, namun tumpuannya kini hanya mahu memajukan lagi kariernya sebagai pemain bola sepak.

“Kalau ada rezeki (ada jodoh), insya-Allah kahwin tahun ini atau tahun depan,” katanya tanpa mahu menyebut siapa wanita yang berjaya mencuri hatinya. Khairul Fahmi yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-23 pada 7 Januari ini ditemui selepas menerima kunci banglo daripada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai hadiah kerajaan negeri di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim; Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Ismail Md Noor serta ibu bapa Khairul Fahmi, Che Mat Hussin, 60, dan Bidah Ibrahim, 56.

Banglo dianggarkan bernilai RM200,000 itu dibina syarikat Binaraya Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan dihadiahkan kerajaan negeri selepas Khairul Fahmi berjaya membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki pada 2010. Terdahulu, Nik Abdul Aziz ketika berucap pada majlis berkenaan berharap Khairul Fahmi segera mendirikan rumah tangga kerana itu lebih sempurna kehidupan dan terhindar daripada perkara tidak diingini.

Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Bakal Isteri Khairul Fahmi Che Mat!

Edisi Gempak! Gambar Macho Khairul Fahmi di Majalah GLAM!

Oleh Kaki Wayang on


Penjaga gawang gol skuad bola sepak Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex, ternyata popular dan semakin hari semakin hangat.

Terbaru, dia terpilih untuk menjadi penghias kulit hadapan majalah GLAM Lelaki dengan aksi yang bukan sahaja macho, malah juga seksi.

Dia menghiasi kulit majalah itu bagi edisi Januari/Februari 2012.

Khairul Fahmi, 22, beraksi di depan lensa dengan seorang model, Anastascia yang seolah-olah sedang membuka baju Apex dari belakang.

Majalah GLAM yang mengiktiraf kehadiran Apex di dunia selebriti itu dipercayai bakal menarik ramai peminat untuk memiliki majalah edisi itu setelah turut menampilkan Datuk Siti Nurhaliza sebagai Madonna untuk edisi khas Januari/Februari ini.

Gambar kulit depan yang tersiar di Mediamalaya.com yang memetik dari ruangan forum terkenal, Cari.com.my tersebut turut dicetak tajuk Apex sebagai “The World Class Goalkeeper” (penjaga gol bertaraf dunia) dan dipercayai akan menceritakan kehebatan aksi Apex mengawasi pintu gol skuad bola sepak negara.

Perkembangan ini agak mengejutkan kerana sebelum ini, Apex pernah dilaporkan seolah-olah ingin bersara awal dari karier bola sepak setelah dihujani pelbagai kontroversi yang membabitkan diri dan aktiviti sosialnya.

Persoalannya, apakah Apex benar-benar serius dengan kenyataan ‘merajuk’ tersebut dan beralih arah ke bidang peragaan?

Jika benar, apakah negara dan skuad Harimau Malaya bakal kehilangan seorang penjaga gol yang sangat berpotensi serta berpengalaman seperti Khairul Fahmi Che Mat?

Namun,  Apex telah membuktikan bahawa dirinya mampu menjadi fenomena dan memiliki ‘aura’ yang berjaya menarik ramai pihak untuk terus menyokongnya, khususnya setelah mempertahan dan menewaskan skuad Garuda di tempat lawan pada Sukan Sea di Indonesia baru-baru ini.

Kredit: MyNewsHub

Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Gambar Macho Khairul Fahmi di Majalah GLAM!

Betol-betol Hangat! Gambar Hangat Khairul Fahmi!

Oleh Kaki Wayang on

Satu lagi siri keyword yang menjadi pilihan pembaca adalah Gambar Hangat Khairul Fahmi..aku memang dah agak dah kisah ni pasti akan menjadi topik bualan hangat pada ketika ini..apa tidaknya..dulu dia "feymes" dengan kisah pertunangannya dengan pemilik "jejariruncing"..lepastu hubungan mereka putus dek kontroversi yang tak sudah-sudah..

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar

Tak cukup dengan itu, berita hangatnya kembali dengan gambar beliau bersama dengan beberapa wanita dalam sebuah kelab dengan terdapat gambar "arak" di meja mereka..sejauh mana kesahihan yang Khairul Fahmi tak sentuh arak tersebut..tidak ada siapa yang tahu melainkan tuan punya badan..minta-minta dia tak sentuh atau minum..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Gambar Hangat Khairul Fahmi!