PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Gambar panas Khairul Fahmi. Show all posts
Showing posts with label Gambar panas Khairul Fahmi. Show all posts

Edisi Hangat! Ini Cerita Sebenar Punca Leuniey Putus Tunang!

Oleh Kaki Wayang on

PENJELASAN...(dari kiri) Nazri, Leuniey dan  Noor Laila  tampil memberi penjelasan   berhubung isu putus tunang yang dikaitkan dengan Apek, semalam. 

Gadis yang didakwa putus tunang selepas jatuh cinta dengan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, semalam tampil membuat penjelasan dengan menafikan dirinya ada kaitan dengan penjaga gol skuad bola sepak negara itu.

Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, berkata, dia hairan bagaimana nama Apek boleh terkait dalam masalah dia putus tunang sedangkan dia langsung tidak pernah bercakap dengan atlet dikagumi ramai itu. “Saya hairan bagaimana masalah saya ini dikaitkan dengan Apek sedangkan kami tidak pernah bercakap, apatah lagi keluar bersama,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Leuniey berkata, pertunangannya putus disebabkan masalah peribadi dan langsung tidak ada kena-mengena dengan Apek.

“Sebab itulah saya berasa perlu tampil memberi penjelasan kerana segala dakwaan mengenai Apek menjadi punca saya putus tunang semuanya fitnah yang bertujuan memburuk-burukkan namanya.

“Saya berharap penjelasan saya ini menjernihkan keadaan dan membersihkan nama Apek daripada kontroversi berkaitan hal ini,” katanya.

Leuniey juga berharap pihak yang menyebar fitnah itu berhenti melakukannya kerana ia turut menjejaskan nama baiknya serta keluarga.
“Saya memutuskan ikatan pertunangan kerana menganggap kami sudah tiada jodoh,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut mengenai punca sebenar dia putus tunang dengan pasangannya.

Anak pertama daripada lima beradik itu berkata, pertunangannya diputuskan dengan cara baik, malah bapanya, Nazri Adnan, 40, sendiri yang menghantar kembali cincin pertunangan kepada keluarga bekas tunang.

Katanya, dia terkilan dengan dakwaan pemilik akaun twitter yang menggunakan nama MahsiH2 menyebarkan fitnah berkenaan.

“Kedua-dua keluarga menyelesaikan masalah ini dengan baik dan tidak mahu diperbesarkan, namun saya tidak faham kenapa tiba-tiba masalah kami dikaitkan dengan Apek.

“Saya tumpang simpati dengan keluarga Apek yang terheret sama dalam masalah ini dan kepada penyebar fitnah, berhentilah mengaibkan orang lain,” katanya.

Difahamkan, Apek mengenali bapa saudara Leuniey, Mohd Irwan Azni Mohd Azmi yang menjadi kontraktor pembinaan rumah banglonya pemberian kerajaan negeri. Mohd Irwan juga adalah Pengarah Urusan Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn Bhd iaitu syarikat milik Apek.

Sementara itu, ibu Leuniey, Noor Laila Abu Bakar, 43, berkata dia harap isu itu tidak berpanjangan bagi membolehkan anaknya menumpukan perhatian terhadap perniagaan keluarga mereka.

“Saya tidak sangka soal dia putus tunang menjadi perhatian. Apa pun, saya harap ia tidak berpanjangan,” katanya.

Dakwaan Apek kononnya dikatakan menjadi punca pertunangan Leuniey putus mula tersebar melalui satu akaun twitter individu yang menggunakan MahsiH2 sebelum ia dijadikan bahan bertita di beberapa blog hiburan di Internet.

Harian Metro Sabtu lalu menyiarkan kenyataan bekas tunang Leuniey yang menafikan Apek menyebabkan pertunangannya putus dan dia turut menganggap berita itu sekadar fitnah untuk memburuk-burukkan nama Apek.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Ini Cerita Sebenar Punca Leuniey Putus Tunang!

Edisi Gempak! Dahlia Teck Bikin Kejutan Ulangtahun Kelahiran Khairul Fahmi Che Mat!

Oleh Kaki Wayang on


Pada 6 Januari lalu, Khairul Fahmi menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 23 dan kekasih hati’nya Dahlia Teck datang ke kem latihan sebagai satu kejutan.

Bukan Dahlia Teck seorang sahaja tetapi rakan rakan Khairul Fahmi Che Mat juga turut serta dalam suprise party ini.Kalau anda peminat tegar Khairul Fahmi Che Mat, bersedialah untuk cemburu dengan adegan suapan manja buat Dahlia Teck.

VIA

Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Dahlia Teck Bikin Kejutan Ulangtahun Kelahiran Khairul Fahmi Che Mat!

Edisi Gempak! Bakal Isteri Khairul Fahmi Che Mat!

Oleh Kaki Wayang on

Siapa bakal isteri Khairul Fahmi Che Mat? Semua itu akan terjawab apabila pemain bolasepak kebangsaan yang lebih dikenali dengan panggilan Apek itu mengakui yang dia bersedia untuk menamatkan zaman bujan pada tahun ini..

Tanpa menyebut siapa bakal permaisuri hidupnya, penjaga gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat, 22, mengakui dia kini bersedia menamatkan zaman bujangnya seawal-awalnya pada tahun ini. Jika tidak berkahwin pada tahun ini, Khairul yang lebih mesra dengan panggilan Apek berkata, dia mungkin mendirikan rumah tangga pada tahun depan. Menurutnya, hasrat itu bakal menjadi kenyataan jika dia bertemu wanita pilihan hatinya, namun tumpuannya kini hanya mahu memajukan lagi kariernya sebagai pemain bola sepak.

“Kalau ada rezeki (ada jodoh), insya-Allah kahwin tahun ini atau tahun depan,” katanya tanpa mahu menyebut siapa wanita yang berjaya mencuri hatinya. Khairul Fahmi yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-23 pada 7 Januari ini ditemui selepas menerima kunci banglo daripada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai hadiah kerajaan negeri di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim; Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Ismail Md Noor serta ibu bapa Khairul Fahmi, Che Mat Hussin, 60, dan Bidah Ibrahim, 56.

Banglo dianggarkan bernilai RM200,000 itu dibina syarikat Binaraya Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan dihadiahkan kerajaan negeri selepas Khairul Fahmi berjaya membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki pada 2010. Terdahulu, Nik Abdul Aziz ketika berucap pada majlis berkenaan berharap Khairul Fahmi segera mendirikan rumah tangga kerana itu lebih sempurna kehidupan dan terhindar daripada perkara tidak diingini.

Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Bakal Isteri Khairul Fahmi Che Mat!

Betol-betol Simpati! Takziah buat Keluarga Khairul Fahmi Che Mat!

Oleh Kaki Wayang on

Takziah dan Al-Fatihah kepada keluarga Khairul Fahmi Che Mat atas pemergian adik lelaki beliau. Khairul Fahmi yang dalam perjalanan ke FAM untuk melapor diri untuk latihan bersama skuad Harimau Muda terpaksa bergegas pulang ke Kota Bharu. Al-Fatihah..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! Takziah buat Keluarga Khairul Fahmi Che Mat!

Betol-betol Hangat! ‘Saya dah nak kahwin’

Oleh Kaki Wayang on

SHIDA...tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang
 
SHIDA...tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang 

Penyebaran gambar terbaru membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan seorang gadis di Internet sejak Sabtu lalu, membuatkan gadis yang dikaitkan dengan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu dihujani pelbagai tohmahan.

Berikutan itu, gadis terbabit, Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida mengadakan pertemuan dengan Harian Metro, semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil ditemani ibu bapanya, Shamsinar Basrun, 46, dan Harmi Ramli, 46.

Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.

“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.

“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya.

P/s: Berhati-hatilah kepada sesiapapun yang berhasrat untuk mengambil gambar dengan GF dan BF korang..kisah ini adalah salah satu daripada pengajarannya..mode: Simpati dengan mangsa keadaan dalam kisah ini...

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! ‘Saya dah nak kahwin’