PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Lelaki Uzbekistan cuba bunuh Barack Obama. Show all posts
Showing posts with label Lelaki Uzbekistan cuba bunuh Barack Obama. Show all posts
Home » Posts filed under Lelaki Uzbekistan cuba bunuh Barack Obama
Edisi Sentap! Ahli perniagaan bunuh teman wanita, sorok mayat 2 1/2 tahun!
Oleh Kaki Wayang on
Polis di Thailang berkata mereka menahan seorang ahli perniagaan
Norway yang mengaku membunuh teman wanita berbangsa Thailand dan
membiarkan mayatnya reput di dalam vila mewah selama dua setengah tahun.
Kolonel Sirisak Wasasiri berkata semalam, Stein Havard Dokset yang
berusia 50 tahun, mengaku membunuh teman wanitanya dengan menolaknya
jatuh tangga selepas mereka bertengkar di rumah tepi pantai di Pulau
Phuket.
Edisi Sentap! Beginilah Wajah Barack Obama Selepas Menggunakan Fair & Lovely!
Oleh Kaki Wayang on
Sila baca selanjutnya → Edisi Sentap! Beginilah Wajah Barack Obama Selepas Menggunakan Fair & Lovely!
Edisi Sentap! Lelaki Uzbekistan cuba bunuh Obama
Oleh Kaki Wayang on
Seorang lelaki Uzbekistan yang tinggal di AS mengaku salah di
mahkamah persekutuan negeri Alabama kelmarin kerana cuba membunuh
Presiden Barack Obama. Jabatan Kehakiman AS dalam satu kenyataan memberitahu, Ulugbek Kodirov (gambar), ditangkap dalam satu operasi rahsia semasa dia cuba mendapatkan bahan letupan dan senjata.
Pendakwaraya AS yang mengendalikan kes berkenaan, Joyce White Vance
mengucapkan terima kasih kepada komuniti Islam di Birmingham, AS, kerana
membantu pihak berkuasa mematahkan ancaman Kodirov.
Kodirov, 22, mengaku salah berhubung tuduhan memberikan bantuan
material bagi aktiviti pengganas, mengancam membunuh Presiden AS dan
memiliki senjata api oleh pendatang asing. Dia mengaku pernah berhubung dengan "seorang individu yang dia
percaya ialah anggota Pergerakan Islam Uzbekistan (IMU)," dan diarah
oleh individu terbabit untuk membunuh Presiden Obama. Jabatan Negara AS menganggap IMU sebagai pertubuhan pengganas.
Kodirov juga mengaku berbincang tentang komplot tersebut dengan seorang individu lain. Individu kedua tersebut yang identitinya tidak didedahkan Jabatan
Kehakiman, memperkenalkan Kodirov kepada seorang ejen perisik AS yang
menyamar, bagi membeli senjata api. Mereka bertemu di sebuah motel di Leeds, negeri Alabama pada Julai
2011. Kodirov membeli sepucuk mesingan M15-A1 dan empat bom tangan
sebelum ditangkap.
Dia memasuki AS dari Uzbekistan dengan menggunakan visa pelajar pada
Jun 2009. Pasportnya dibatalkan pada 2010 selepas dia gagal mendaftar di
sebuah pusat pengajian tinggi AS. Pemuda itu tinggal secara haram di
sebuah motel di Alabama semasa ditangkap. Kodirov boleh dipenjara sehingga 30 tahun jika didapati bersalah atas semua tuduhan.