PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Terengganu main bolasepak dalam gelap. Show all posts
Showing posts with label Terengganu main bolasepak dalam gelap. Show all posts

Edisi Sentap! Terengganu Bermain Bola dalam gelap, Kejadian ini sangat memalukan!

Oleh Kaki Wayang on



"Kejadian ini (lampu stadium padam) sangat memalukan, saya amat tak puas hati dengan kejadian ini." 

Demikian luahan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengenai insiden lampu limpah Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini yang terpadam lebih setengah jam sehingga perlawanan bola sepak Liga Super Terengganu melawan Kedah malam tadi tergendala.

Ahmad turut kesal dengan sikap sambil lewa pihak-pihak berkenaan yang tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri lebih awal mengenai apa masalah sebenar yang berlaku membabitkan lampu limpah stadium itu.

"Ini yang buat saya marah dan masalah ini sesuatu yang memalukan. Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab sama ada MBKT (Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) atau PBSNT (Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu) maklumkan pada kita apa masalah sebenar.

"Sampai sekarang pun tak ada pihak yang datang jumpa saya untuk beri penjelasan sama ada PBSNT atau pun MBKT atau pihak lain untuk menceritakan hal dan keperluan sebenar ataupun beri penjelasan kepada Exco.

"Kita tak perlu panggil mereka yang terlibat kerana itu tugas mereka untuk beri penjelasan kepada kita," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas suasana di stadium berkenaan yang 'bergelap' selama lebih setengah jam apabila berlaku kerosakan teknikal pada lampu limpah sehingga mendorong pengadil menghentikan sementara perlawanan.

Pada perlawanan antara Terengganu menentang Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah kelmarin, lampu limpah stadium berkenaan terpadam sejurus bermula separuh masa kedua sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan lebih setengah jam.

Ahmad selanjutnya berkata, beliau pelik bagaimana masalah itu masih berulang sedangkan sebelum ini lampu limpah itu telah dibaik pulih dengan meningkatkan tahap pencahayaannya.

"Saya dah beritahu dulu, kalau kita nak tahu kita perlu dapatkan maklumat teknikal, kalau kita nak pasang lampu 800 lux kita perlu pasang lebih, kerana pencahayaan ini akan menurun dan sebaliknya.

"Tapi kita tak dapat maklumat yang sebenar, dari segi teknikal mereka perlu beritahu kita. Kalau stadium nak pakai lampu 800 lux maka kita kena pasang 900 lux," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan perlawanan-perlawanan akan datang yang dilangsungkan di stadium berkenaan terpaksa diadakan pada sebelah siang sekiranya masalah itu masih berlarutan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Terengganu Bermain Bola dalam gelap, Kejadian ini sangat memalukan!