PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Zarina Anjoulie. Show all posts
Showing posts with label Zarina Anjoulie. Show all posts

Edisi Hangat! SAH! Aliff Aziz Pilih Anne Ngasri…Tolak Zarina Anjoulie!

Oleh Kaki Wayang on





Kontroversi serta pergaduhan antara penyanyi, Aliff Aziz dan pelakon seksi, Zarina Anjoulie yang terpapar di laman sosial, Twitter masih belum reda apabila masing-masing bertindak untuk tidak mengulas lanjut. Kontroversi itu tercetus apabila Zarina Anjoulie mendakwa Aliff Aziz telah menipunya dan meminta penyanyi Singapura itu meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan menerusi akaun Twitter miliknya pada minggu lalu.

Selain itu, Zarina Anjoilie turut menghantar entri melalui Twitter Aliff Aziz dengan seakan-akan mengugut bahawa dia ada menyimpan video yang dikatakan mempamerkan kelakuan Aliif yang sedang mabuk. Lebih hangat lagi, dalam entri yang dihantar oleh Zarina kepada Aliff itu juga, ada menyebut nama pelakon Anne Ngasri yang dikatakan ada bersama Aliff.

Namun pelatun lagu Kalau Cinta itu ketika dihubungi oleh portal murai.com.my tidak dapat menjelaskan dakwaan tersebut sebaliknya mengaku intim berkawan dengan Anne.

“Saya tidak dapat memberi apa-apa penjelasan atau komen mengenai apa yang dinyatakan oleh Zarina dalam laman sosial tersebut.

“Bukan sebab takut atau hendak lari dari masalah, tetapi saya perlu menjaga hati banyak pihak terutama sekali syarikat rakaman saya iaitu Sony Music Sdn Bhd.

“Cuma saya akui, memang apa yang terjadi telah menjejaskan reputasi saya sebagai seorang penyanyi. Namun saya akan tampil untuk memberi penjelasan bila tiba masanya.

“Mengenai Anne pula, saya akui kini memang sedang berkawan rapat dengannya sejak kami sama-sama dipertemukan dalam drama Antara Kita yang bakal ditayangkan di RTM tidak lama lagi,” katanya kepada murai.com.my




Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan janda anak dua itu, Aliff memberitahu Anne adalah satu-satunya teman yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya sejak dia membuat keputusan menetap di Malaysia beberapa bulan lalu.

“Saya memang rapat dan serasi bila bersama Anne. Disebabkan itu saya selesa bila bersamanya dan saya akui memang selalu berhubung serta keluar menghabiskan masa bersama.

“Bagi saya, dialah satu-satunya teman yang mengambil berat mengenai saya selepas syarikat rakaman saya. Dia akan pastikan saya berada dalam keadaan yang baik.

“Dia juga banyak memberi tunjuk ajar saya tentang selok belok indusri terutama dalam bidang lakonan yang saya baru ceburi,” luahnya lagi.

Bercakap mengenai masa depan hubungannya dengan Anne, Aliff akui akan menerima Anne jika telah ditetapkan Tuhan, dia adalah jodoh buatnya.

“Ibu bapa saya sangat gembira apabila melihat perubahan positif saya selepas berkawan dengan Anne. Mereka juga turut merestui hubungan kami.

“Mengenai jodoh, saya hanya berdoa kepada Tuhan supaya dipertemukan dengan pasangan yang baik. Jika Anne jodoh saya, Alhamdulillah,” tambahnya.

Aliff kini sedang dalam proses menyiapkan lebihan untuk album terbarunya yang bakal berada di pasaran pada 14 Mac depan. (Murai.com.my)
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! SAH! Aliff Aziz Pilih Anne Ngasri…Tolak Zarina Anjoulie!

Edisi Panas! Zarina Anjoulie Dakwa Memiliki Video Aliff Aziz Ketika Mabuk, Bergaduh Kerana Anne Ngasri?

Oleh Kaki Wayang on

 

Ini ada sesuatu yang baru untuk anda yang kami terlepas pandang dan juga gossip terbaru berkaitan Aliff Aziz dan Anne Ngasri.

Beberapa jam sebelum kenyataan Zarina Anjoulie yang menjadi satu perhatian ramai di’tulis, kami dan ramai orang terlepas pandang akan sesuatu yang penting.


Menurut tulisan Zarina Anjoulie di Twitter, beliau memulakan ayat dengan berkata bahawa yang telefon bimbit beliau sudah hilang semua nombor telefon.

Dan, kemudian seakan menyindir Aliff Aziz dengan bertanya secara sinis sama ada jejaka itu bersama Anne Ngasri atau tidak — seterunya menyambung dengan berkata beliau ada menyimpan video Aliff Aziz ketika mabuk. Haa.


Menurut sumber kami yang boleh di’percayai, Aliff Aziz kini sudah sah bercinta dengan Anne Ngasri tetapi masih tidak lekang sikap mahu mencuba teman wanita baru dan sikap beliau itu nampaknya memakan diri.

BONUS: Ada sumber lain memberitahu yang mereka terserempak dengan Aliff Aziz & Anne Ngasri berpimpinan tangan di Genting Highland, Pahang pada Isnin yang lalu. Tetapi, mereka tidak berduaan.
 
Rotikaya
Sila baca selanjutnyaEdisi Panas! Zarina Anjoulie Dakwa Memiliki Video Aliff Aziz Ketika Mabuk, Bergaduh Kerana Anne Ngasri?

Edisi Hangat! Zarina Anjoulie Ugut Nak Pecahkan Rahsia Aliff Aziz!

Oleh Kaki Wayang on


Aliff Aziz yang berjaya wartawan Rotikaya.com hubungi sebentar tadi enggan memberikan sebarang komen tentang isu ini dan berjanji akan memberikan kenyataan apabila beliau sudah bersedia. Namun, berdasarkan gambar di’bawah yang di’kongsi oleh Zarina Anjoulie di Twitter memberikan sedikit gambaran tentang apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka berdua baru baru ini.




Menurut salah seorang ‘bekas mangsa’ Aliff Aziz yang kami hubungi berkata Aliff Aziz sememangnya seorang lelaki yang gemar memberikan harapan kepada gadis yang beliau kenali dengan menggunakan kata kata & panggilan manis buat si gadis. Adakah Zarina Anjoulie mangsa terbaru?

Kredit: Rotikaya

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Zarina Anjoulie Ugut Nak Pecahkan Rahsia Aliff Aziz!

Edisi Sentap! Aliff Aziz Playboy Besar, Zarina Anjoulie Mangsa Terbaru?

Oleh Kaki Wayang on



Lewat malam tadi, Zarina Anjoulie melalui akaun Twitter rasmi beliau menulis sesuatu tentang Aliff Aziz yang sebenarnya kurang senang untuk anda semua baca, Zarina Anjoulie menulis yang Aliff Aziz telah menipu diri beliau dan meminta penyanyi kelahiran bumi Singapura itu untuk datang minta maaf atas kesilapan tersebut.

Tidak kami pasti apa penipuan yang terlibat tetapi Zarina Anjoulie turut menulis yang beliau kini mempunyai cukup bukti untuk memberitahu media apa yang telah Aliff Aziz lakukan kepada beliau pada ‘malam tersebut’.
 
Rotikaya
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Aliff Aziz Playboy Besar, Zarina Anjoulie Mangsa Terbaru?