PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label beautifulnara bergelar suami. Show all posts
Showing posts with label beautifulnara bergelar suami. Show all posts

Betol-betol Sengal! Tumbuk, cekik isteri depan anak

Oleh Kaki Wayang on

http://www.kurdishaspect.com/DomesticViolence.jpg

Seorang isteri ditampar, ditumbuk dan dicekik di hadapan anak-anaknya hanya kerana meminta tolong suaminya membawakan payung untuknya masuk ke rumah ketika hujan lebat, di rumah mereka, di Bandar Putra Permai, di sini, kelmarin. Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 34 tahun baru pulang dari kelas menjahit ketika hujan lebat dan menelefon dari dalam kereta meminta suaminya membawakan payung.

“Suaminya tidak menjawab panggilan telefon, sebaliknya hanya mengintai dari tingkap rumah sebelum menyuruh anak mereka berusia 10 tahun keluar memberikan payung kepada mangsa. “Sebaik masuk ke rumah, mangsa mempersoalkan tindakan suaminya tidak mengendahkan permintaannya dan tindakannya itu menimbulkan kemarahan suspek yang tiba-tiba menamparnya beberapa kali,” katanya.

Sumber berkata, mangsa cuba mempertahankan diri dengan membalas balik pukulan suspek, namun, menyedari perlakuannya diperhatikan anak-anak mereka, suspek menarik mangsa masuk ke dalam bilik mereka.

Menurutnya, suspek menolak mangsa ke atas sofa dan menumbuknya bertubi-tubi sebelum mencekik mangsa dan perbuatannya itu hanya dihentikan selepas anak mereka berusia empat tahun menangis dan memeluk kaki lelaki terbabit.

“Suspek menolak anaknya itu sehingga jatuh ke lantai sebelum meninggalkan rumah berkenaan,” katanya.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Serdang, semalam dan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Tumbuk, cekik isteri depan anak

Betol-betol Hangat! Suami bangang!

Oleh Kaki Wayang on

Ugut bunuh isteri minta baju raya!!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg12x6EtV7XksS9yyzd3rSmlV7Kdq_TTYSH7C7_gptyfrqQJ8RoJ2RRJCzZOWi0WN4sGiKqXcBO_HpB4YTP4884TPTKaL4jpgv-0wIlLdl4igSf2TwHPhVuOJ5BwspbZ6IG0CymQo9GDG8/s1600/6a00d83451785c69e200e54f410bf28833-640wi.jpg
 Sekadar gambar hiasan

Hanya kerana inginkan sepasang baju baru untuk sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, seorang isteri bukan saja cedera ditumbuk, ditendang dan dipijak malah turut diugut bunuh suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Semenyih.

Akibat tidak tahan didesak mangsa, suspek bertindak luar jangkaan apabila menumbuk muka isterinya selain menendang dan memijak perut isterinya sehingga menyebabkan mangsa cedera di mata dan lebam di beberapa bahagian badan.

“Suspek juga turut mengugut untuk membunuh mangsa jika terus memintanya membelikan baju baharu. “Mangsa yang kesakitan merayu tidak terus diperlakukan sedemikian, tetapi suspek tidak mengendahkan rayuan mangsa,”

P/s: Perghhh sadis..memang bangang betol lah lelaki ni..kengkawan yang dah berkeluarga tu..please lah jangan korang jadi macam ni tau..macam budak kecik..pasal baju raya pun nak buat macam ni kat isteri..isteri tu bukan barang mainan tau..kaum hawa bukan tempat nak marah-marah..tapi tempat untuk melepaskan kasih sayang, dibelai dan mereka juga adalah makhluk Allah SWT yang tak terhingga nilainya..jangan jahat-jahat yer..ta mo, ta mo..



Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Suami bangang!

Betol-betol Hangat! Blogger? Apa Perlu Dibuat?

Oleh Kaki Wayang on

http://www.rylanclayne.com/wp-content/uploads/2010/05/Blogpic1.jpg 

Bila berblogwalking ni..banyak benda baru yang kita leh dapat.ada blogger yang menekankan cerita panas semata-mata..ada blogger yang cerita sal artis semata-mata..terutamanya macam Beautifulnara dan Ohartis..ada juga yang cerita pasal kehidupan..pasal peribadi..tak kurang juga kalau yang jiwang-jiwang tu..habis sume entri cite sala awek atau boipren dia..pastu letak sajak bagai..dan ada juga yang meletakkan cerita-cerita lucah aka cerita tak berapa lucah untuk menjadi santapan minda pembaca..(walhal ianya dijadikan umpan sebagai pencari trafik)..dan aku pula menjadikan isu-isu general sebagai tema blog Betol-betol Hangat ni..

Namun sebagai blogger baru, aku masih berpijak di bumi nyata..kepada blogger-blogger baru..kalau ada teguran daripada blogger otai ke veteran ke senior ke..korang tak payah lah nak rasa kecik hati atau nak putus asa yer..jadikan teguran itu sebagai pembakar semangat untuk terus berblog..blogger-blogger senior pon pernah jadi macam kita jugak..”newbie”..so tak perlu rasa rendah diri..

 http://blog.ning.com/blog/blog_logo.jpg

Dan yang menegur tu pula..jangan sampai maki hamun pula..kita hidup dalam dunia blog ni sudah semestinya seperti saudara..melainkan yang datang ke blog kita maki hamun, menjatuhkan maruah kita itu lain cerita lah..
Pastu, kena Tanya diri sendiri..tujuan kita berblog..kalau setakat nak cuba-cuba atau nak ikut kawan..”sebab dia ada blog, aku pun nak buat blog juga lah”..atau korang nak jana pendapatan semata-mata..atau atas minat untuk berblog..dan menguji kekuatan diri serta membuktikan kita juga mampu berblog dan menulis secara kolektif dan mempunyai seni kreatif yang tinggi..tepuk dada tanyalah selera..

Dan kepada blogger baru yang nak join blogger semata-mata nak jana pendapatan..jangan bila dah letak iklan macam-macam kat blog tapi dah 2, 3 bulan baru RM0.90 dalam akaun..pastu nak melenting..kekadang blogger-blogger otai pown memerlukan 2 tahun atau lebih untuk mencapai target “jana pendapatan melalui blog”..so kalau setakat 2, 3 bulan tu janganlah berangan nak dapat macam otai-otai ni yer..

P/s: Betol-betol Hangat! Pown baru 2 bulan berblog..so kepada blogger baru khususnya..tepuk dada Tanya selera anda nak jadi blogger yang macam mana..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Blogger? Apa Perlu Dibuat?

Betol-betol Hangat! BeautifulNara dah Kahwin

Oleh Kaki Wayang on

Kepada sesiapa yang menaruh harapan dan kasih pada havang Nara aka BeautifulNara..korang kene lupakan perasaan tu sebab BeautifulNara dah selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya..Apepon korang tengok jela gambar ni yerrrr...Kredit gambar KAT SINI dan thanks to brother Eyriqazz atas entri anda..

20110603-073814.jpg 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! BeautifulNara dah Kahwin