PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label tumbuk isteri. Show all posts
Showing posts with label tumbuk isteri. Show all posts

Edisi Sentap! Suami gigit jari manis isteri tak mahu dahulukan sewa!

Oleh Kaki Wayang on

Pertengkaran sepasang suami isteri mengenai bayaran sewa rumah menjadi ganas selepas lelaki itu menggigit jari manis dan menumbuk pipi serta paha isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Pasir, Hulu Klang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, wanita terbabit berusia 20 tahun yang juga pencuci mengalami pendarahan pada jari selain bengkak pada muka dan tubuh kerana dibelasah suaminya.

Menurut sumber polis, sebelum bertengkar wanita terbabit bertanyakan suaminya bila mahu membayar sewa rumah mereka bagi bulan ini yang beberapa hari tertangguh.

“Suami mangsa berusia 30-an mendakwa tiada duit dan meminta mangsa mendahulukan duitnya.

“Namun, mangsa tidak bersetuju membayar sewa rumah menggunakan duitnya kerana tahu suaminya itu tidak mengganti semula wang berkenaan,” katanya.

Katanya, situasi itu menyebabkan pasangan terbabit bertengkar sebelum suami mangsa yang berang mengambil telefon bimbit mangsa dan merosakkannya.
“Mangsa yang terkejut dengan perbuatan suaminya cuba mengambil kad modul pengenalan pengguna (SIM) telefon bimbit yang terjatuh.

“Bagaimanapun, suami mangsa cuba merebut kad SIM itu dan menggigit jari manis mangsa supaya melepaskan kad berkenaan. Malah, suami mangsa juga menumbuk pipi kanan dan paha mangsa selepas dia enggan menyerahkan kad itu,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang bimbang suaminya bertindak lebih ganas melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati sejurus kejadian.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Suami gigit jari manis isteri tak mahu dahulukan sewa!

Betol-betol Sengal! Suami berang seret isteri dalam keadaan bogel!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfsx-G06mbSKO_CeMM-wFzrfpLiPO__x3tjQKBRUS9FghDldqGBhbK2-HR_SzIRCIp69qstbYGVSSJ-IitSbL7wdrKrcuVw9kWnSNC_oKplQxU6fhotpeRzSU2N-Q_o32H9hi7ep447yw/s1600/pukul+isteri+di+tempat+awam_billyinfo1.jpg
Sekadar gambar hiasan

Akibat menolak ajakan berbuka puasa dengan suami, seorang wanita dibelasah suaminya selain diseret dalam keadaan bogel hingga cedera di badan dalam kejadian di Kampung Nakhoda Kanan, di sini, kelmarin. Difahamkan, sebelum ini, pasangan terbabit sering bertengkar dan mangsa yang juga suri rumah berusia 30 tahun menjadi tempat melepas geram suaminya itu.

Sumber polis berkata, pada hari kejadian, lelaki berusia 30 tahun itu mengajak isterinya berbuka puasa, tetapi mangsa menolak pelawaannya kerana mahu berbuka di rumah kakaknya menyebabkan suaminya naik angin.

Akibatnya, mangsa dibelasah sebelum diseret dari tingkat satu rumah mereka ke tingkat bawah dalam keadaan bogel.

“Mangsa menangis dan merayu suaminya tidak bertindak demikian, tetapi lelaki itu tidak mengendahkannya,” katanya di sini, semalam. 

P/s: Suaminya berpuasa..namun tak berjaya mengawal kemarahan di bulan yang penuh barakah ini..sepatutnya bulan puasalah tempat kita nak control kemarahan..tapi cam gini pulak jadinya..its sound stupid occay..sangat dayus..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Suami berang seret isteri dalam keadaan bogel!

Betol-betol Sengal! Tumbuk, cekik isteri depan anak

Oleh Kaki Wayang on

http://www.kurdishaspect.com/DomesticViolence.jpg

Seorang isteri ditampar, ditumbuk dan dicekik di hadapan anak-anaknya hanya kerana meminta tolong suaminya membawakan payung untuknya masuk ke rumah ketika hujan lebat, di rumah mereka, di Bandar Putra Permai, di sini, kelmarin. Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 34 tahun baru pulang dari kelas menjahit ketika hujan lebat dan menelefon dari dalam kereta meminta suaminya membawakan payung.

“Suaminya tidak menjawab panggilan telefon, sebaliknya hanya mengintai dari tingkap rumah sebelum menyuruh anak mereka berusia 10 tahun keluar memberikan payung kepada mangsa. “Sebaik masuk ke rumah, mangsa mempersoalkan tindakan suaminya tidak mengendahkan permintaannya dan tindakannya itu menimbulkan kemarahan suspek yang tiba-tiba menamparnya beberapa kali,” katanya.

Sumber berkata, mangsa cuba mempertahankan diri dengan membalas balik pukulan suspek, namun, menyedari perlakuannya diperhatikan anak-anak mereka, suspek menarik mangsa masuk ke dalam bilik mereka.

Menurutnya, suspek menolak mangsa ke atas sofa dan menumbuknya bertubi-tubi sebelum mencekik mangsa dan perbuatannya itu hanya dihentikan selepas anak mereka berusia empat tahun menangis dan memeluk kaki lelaki terbabit.

“Suspek menolak anaknya itu sehingga jatuh ke lantai sebelum meninggalkan rumah berkenaan,” katanya.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Serdang, semalam dan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Tumbuk, cekik isteri depan anak

Betol-betol Hangat! Tumbukan baca SMS

Oleh Kaki Wayang on

http://stat.k.kidsklik.com/data/photo/2008/02/06/000301p.jpg

Macam-macam dunia sekarang ni..ada yang pijak isteri lah, tumbuk, sepak terajang isteri lah..gigit itu ini laa (gigit tutttttt)..dan macam-macam lagilah kepelikan yang sangat BBH tak boleh terima dengan akal..contoh lain..seorang ibu mencampak atau membuang bayinya ke dalam tong sampah..ikut rasional dan logik akal..ibu mana yang tak sayangkan anak? masa dia buang bayi tu dia tak rasa apa-apa ke? Lain pula halnya bila menumbuk atau memijak isteri.. sanggup ek?peliklah kepala otak aku ni masih keliru dan tak boleh nak percaya sampai macam tu sekali kekejaman sang suami kepada isterinya..

BBH tak nak cakap panjang..jom kita layan kisahnya..Seorang suami menumbuk isterinya bila mana isterinya membaca SMS telefon bimbit suaminya..

Tindakan seorang isteri memeriksa telefon bimbit suaminya selepas curiga dengan tingkah laku lelaki itu bertukar pergaduhan besar sebelum wanita itu ditumbuk di muka dalam kejadian di rumah mereka di Pinggiran Lembah Hijau, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, wanita berusia 27 tahun terbabit yang mengandung dua bulan, tersedar daripada tidur dan pada masa sama melihat telefon bimbit suaminya berada di atas meja manakala suaminya yang berusia 30-an masih tidur nyenyak.

Wanita itu memeriksa kandungan SMS dalam telefon itu apabila suaminya terjaga dan merampas telefon itu sebelum memarahi mangsa. Menurut sumber, lelaki itu yang marah dengan tindakan mangsa mengambil telefon bimbitnya tanpa kebenaran naik angin.

“Mangsa memberitahu hanya ingin memeriksa telefon bimbit itu kerana curiga kemungkinan suaminya menyimpan rahsia.

P/s: Tahu laaa handphone tu hak milik masing-masing..tapi jangan lah sampai nak tumbuk menumbuk isteri..kejam dan dayus namanya tu..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Tumbukan baca SMS