PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label doktor ditumbuk. Show all posts
Showing posts with label doktor ditumbuk. Show all posts

Edisi Sentap! Wanita ditumbuk lelaki angkara mulut celupar!

Oleh Kaki Wayang on

Gara-gara celupar seorang wanita menerima padah apabila hidungnya patah ditumbuk seorang lelaki di pekarangan Pasar Siti Khadijah di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa yang juga peniaga di pasar tersebut cedera parah dan sakit badan akibat pergaduhan terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Idris Abd Rafar, berkata, kejadian berlaku kerana sebelum ini terdapat pertengkaran mulut antara kedua-duanya apabila mangsa mengatakan suspek anak penagih dadah.

Idris berkata, sebelum kejadian mangsa berusia 20-an itu menuruni tangga di pasar berkenaan dan ketika itu lelaki terbabit tiba-tiba menahannya lalu menendang paha mangsa, menyebabkan wanita berkenaan terjatuh.

“Pada masa sama, mangsa melawan menyebabkan suspek membaling topi keledar ke arahnya. Berikutan itu, mangsa juga ditumbuk di bahagian mata dan sempat dileraikan orang awam yang berada di situ,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), dekat
Pengkalan Chepa, semalam.

Akibat kejadian itu, mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II dan keadaannya dilaporkan stabil. Mangsa kemudian membuat laporan polis dan gerakan mengesan suspek yang berusia lingkungan 20-an dilakukan bagi membantu siasatan.

”Kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah,” katanya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Wanita ditumbuk lelaki angkara mulut celupar!

Edisi Sentap! Suami gigit jari manis isteri tak mahu dahulukan sewa!

Oleh Kaki Wayang on

Pertengkaran sepasang suami isteri mengenai bayaran sewa rumah menjadi ganas selepas lelaki itu menggigit jari manis dan menumbuk pipi serta paha isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Pasir, Hulu Klang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, wanita terbabit berusia 20 tahun yang juga pencuci mengalami pendarahan pada jari selain bengkak pada muka dan tubuh kerana dibelasah suaminya.

Menurut sumber polis, sebelum bertengkar wanita terbabit bertanyakan suaminya bila mahu membayar sewa rumah mereka bagi bulan ini yang beberapa hari tertangguh.

“Suami mangsa berusia 30-an mendakwa tiada duit dan meminta mangsa mendahulukan duitnya.

“Namun, mangsa tidak bersetuju membayar sewa rumah menggunakan duitnya kerana tahu suaminya itu tidak mengganti semula wang berkenaan,” katanya.

Katanya, situasi itu menyebabkan pasangan terbabit bertengkar sebelum suami mangsa yang berang mengambil telefon bimbit mangsa dan merosakkannya.
“Mangsa yang terkejut dengan perbuatan suaminya cuba mengambil kad modul pengenalan pengguna (SIM) telefon bimbit yang terjatuh.

“Bagaimanapun, suami mangsa cuba merebut kad SIM itu dan menggigit jari manis mangsa supaya melepaskan kad berkenaan. Malah, suami mangsa juga menumbuk pipi kanan dan paha mangsa selepas dia enggan menyerahkan kad itu,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang bimbang suaminya bertindak lebih ganas melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati sejurus kejadian.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Suami gigit jari manis isteri tak mahu dahulukan sewa!

Betol-betol Sengal! Doktor ditumbuk tak beri cuti sakit!

Oleh Kaki Wayang on

Hanya kerana enggan memberi cuti sakit selama dua hari kepada seorang wanita, seorang doktor berusia 30-an cedera di hidung dan kepala selepas ditumbuk teman lelaki wanita berkenaan, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, wanita terbabit yang berusia 25 tahun datang ke klinik mangsa di Gohtong Jaya, dekat sini, dengan ditemani teman lelakinya itu dengan alasan demam.

Sumber polis berkata, wanita itu meminta doktor mengeluarkan sijil cuti sakit (MC) untuknya bagi tempoh dua hari dengan alasan tidak berdaya untuk bekerja keesokan harinya. “Bagaimanapun, doktor memberitahu dia hanya boleh memberikan sijil cuti sakit untuk hari itu saja kerana berdasarkan pemeriksaannya, mangsa sudah pulih daripada demam serta layak bekerja keesokan harinya.

“Wanita itu tidak puas hati dengan penerangan doktor berkenaan dan segera keluar dari bilik rawatan untuk memaklumkan perkara itu kepada teman lelakinya,” katanya.

Menurutnya, teman lelakinya yang berang terus meluru masuk semula ke bilik rawatan dan menyerang doktor berkenaan.

“Lelaki terbabit terus masuk ke bilik rawatan dan memaki hamun doktor berkenaan kerana tidak mahu memberikan cuti sakit selama dua hari kepada teman wanitanya seperti diminta.

“Doktor itu cuba menghalang daripada terus dikasari sambil menerangkan situasi sebenar, namun namun penjelasannya tidak diendahkan,” katanya.

Sumber itu berkata, apabila melihat keadaan sudah tidak dapat dikawal doktor berkenaan memanggil pengawal keselamatan dan mengarahkan lelaki yang menyerangnya dibawa keluar dari bilik rawatan. Namun, sebelum sempat pengawal keselamatan mengheretnya keluar lelaki itu bertindak lebih ganas dengan menumbuk muka doktor berkenaan sehingga mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan di hidung dan kepalanya.

Berikutan kejadian itu, doktor membuat laporan di balai polis berhampiran dan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norell Azmi Yahya Afendy mengesahkan pihaknya menerima laporan itu.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Doktor ditumbuk tak beri cuti sakit!