Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah agama di
Taman Dahlia, di sini, membongkar aksi sekumpulan lima penjenayah cilik
termasuk kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun yang memecah masuk pejabat
sekolah berkenaan sebelum melarikan dua komputer riba.
Dalam kejadian jam 2.37 pagi semalam, lima penjenayah terbabit
berusia 10 hingga 18 tahun dengan dua daripada mereka yang paling muda
berusia 10 dan 12 tahun menggunakan susuk tubuh kecil untuk menyelit
masuk melalui pintu berjeriji selepas gagal memecahkan mangga.
Kedua-dua mereka menyelongkar laci pejabat untuk mencari barang
berharga dan berada di situ selama sejam tanpa menyedari gelagat mereka
dirakam CCTV.
Ahli jawatankuasa badan kebajikan sekolah
berkenaan, Mohammad Nick Abdullah, 43, berkata dia menyedari kejadian
itu selepas melihat kesan umpil pada satu daripada pintu jeriji ketika
ke sekolah untuk memeriksa rakaman CCTV pada jam 7.30 pagi semalam.
Selepas memeriksa pejabat, Nick mendapati komputer riba hilang
dan penelitian melalui rakaman CCTV menunjukkan penjenayah cilik
menyelongkar laci dan memasukkan peralatan elektronik berkenaan ke dalam
dua beg.
Sila baca selanjutnya → Betol-betol Sengal! Budak 10 tahun jadi toyol ajaib!