PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label fenomena Aaron Aziz. Show all posts
Showing posts with label fenomena Aaron Aziz. Show all posts

Edisi Panas! Syamsul Yusuf gaduh dengan Aaron Aziz!

Oleh Kaki Wayang on


Sila baca selanjutnyaEdisi Panas! Syamsul Yusuf gaduh dengan Aaron Aziz!

Edisi Panas! Aksi Menghairahkan Aaron Aziz, Jasmin Hamid!

Oleh Kaki Wayang on











Memang cukup menghairahkan betul aksi Aaron Aziz dengan pelakon hot, Jasmin Hamid. Aksi yang ditayangkan ini adalah bersempena teater Badai Semalam.
Sila baca selanjutnyaEdisi Panas! Aksi Menghairahkan Aaron Aziz, Jasmin Hamid!

Edisi Kaki Wayang! Kisah percintaan meruntun jiwa Ombak Rindu

Oleh Kaki Wayang on


Jika anda gemarkan novel, maka filem terbaru arahan Osman Ali, Ombak Rindu, yang diadaptasi dari novel wajar menjadi pilihan. Novel karangan Fauziah Ashari ini, memang terkenal dengan jalan cerita yang mengusik jiwa. Bahkan walaupun diadaptasi ke filem, Ombak Rindu masih mampu mengundang deraian air mata penonton. Kekuatan Ombak Rindu terletak pada kolaborasi pelakon-pelakonnya, iaitu Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Palarae.
 
Biarpun pemilihan Maya sebagai Izzah pada mulanya, mendapat respons kurang baik dari kalangan penggemar novel tersebut, Maya akhirnya membuktikan dia mampu menampilkan watak Izzah, Seorang gadis kampung yang terpaksa melalui liku kehidupan yang tidak menjamin masa depannya.
 
Malah setiap kali 'Izzah' bermain dengan emosinya, penonton dapat merasai kesengsaraan dilaluinya, derita, sakit, gembira, bahagia serta ketulusan cinta pada suaminya Hariz.
 
Jarang sekali kita dapat melihat hero filem mengalirkan air mata jantannya. Namun dalam filem ini, heronya Aaron Aziz yang menjayakan watak Hariz, ternyata banyak bermain dengan emosi dan air mata.
 
Pendek kata, jika anda ingin melihat lakonan Aaron yang biasanya membawa watak jahat, samseng, ataupun kaki perempuan, maka Ombak Rindu adalah pilihan tepat.
 
Malah jika anda ingin melihat Aaron sebagai 'Seth' dalam drama Nora Elena, anda juga perlu menonton filem ini kerana 'Hariz' lebih meruntun jiwa. Meskipun Hariz diselubungi dengan egonya, namun terselit sifat romantik membuatkan penonton 'cair'.
 
Selain Maya dan Aaron, tampil dengan lakonan berkesan, Lisa juga tidak ketinggalan menampilkan lakonan cukup berbeza berbanding sebelum ini. Memegang watak Mila Emylia, Lisa berjaya menimbulkan rasa 'benci' penonton terhadap sikapnya yang panas baran dan degil.
 
Namun dalam antagonisnya, masih terselit perasaan halus seorang wanita yang mahu mempertahankan cintanya terhadap Hariz sehingga melenyapkan rasa benci dan menimbulkan rasa kasihan padanya.
 
Tidak kurang hebatnta dengan watak Mail, dipegang Bront Palarae. Walaupun hanya watak sampingan tapi ia memberi impak besar terhadap jalan cerita dan kehidupan Izzah dan Hariz. Cintanya ditolak mentah-mentah oleh Izzah tapi dia masih setia menunggu walaupun pada akhirnya dia menemui cinta lain.
 
Secara keseluruhannya, sinematografi cantik dengan panorama indah di Pulau Langkawi, Kuala Kerpan, Alor Setar dan Tanah Tinggi Cameron Higlands, banyak membantu menimbulkan mood romantis.
Walaupun ada beberapa babak yang 'blur' kesilapan itu boleh dimaafkan. Ditambah pula dengan keindahan lagu runut bunyi filem berkenaan yang dinyanyikan oleh Hafiz dan Adira, sehingga mampu membuai perasaan penonton.
 
Ombak Rindu mengisahkan Izzah (Maya Karin), seorang gadis kampung dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur. Hariz adalah anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan, telah membeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan,
 
Namun, Izzah merayu kepada Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka. Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut hak sebagai isteri.
 
Namun, Hariz akhirnya jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Konflik berlaku, apabila Hariz dipaksa Datuk Sufiah untuk menikahi Mila (Lisa Surihani). Hariz kemudiannya terlibat dengan kemalangan dan koma. Ketika ketiadaan Hariz, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar daripada rumah mereka.
 
Penulis kecil hati 
 
Aura filem adaptasi novel, Ombak Rindu berjaya memainkan emosi penonton, namun penulis asal naskah ini, Fauziah Ashari, tidak dapat menghayatinya kerana baginya, filem ini tidak sama seperti karya asalnya. Dalam satu sidang media selepas pratonton filem Ombak Rindu, Fauziah melahirkan rasa kesal terhadap pihak penerbitnya.
 
Menurut Fauziah, terdapat beberapa plot penting dalam novel tidak diangkat ke layar perak dan dialog yang digunakan dalam filem ini tidak seperti apa yang beliau sampaikan menerusi novelnya.
 
“Saya pada awalnya memang tiada masalah untuk membenarkan karya saya ini diangkat kepada filem. Ketika pertama kali saya dirujuk oleh mereka, saya berfikiran terbuka dan berharap ianya lebih hebat. “Tetapi setelah selesai penggambarannya, saya kesal apabila banyak yang tidak sama daripada novel. Pada saya, ‘mood’ yang saya sampaikan dalam novel tidak sama,” katanya kepada Zass.
 
Jelasnya lagi, jalan cerita dalam filem ini juga terlalu pendek dan tidak berbaloi dengan membaca novel asalnya. Malah, beliau bertambah kesal apabila tidak berpeluang bekerjasama untuk filem ini.
 
"Selepas ini kalau ada pihak penerbit yang mahu mengadaptasi novel kepada filem, ajaklah penulis sertai produksi sebagai penasihat atau penulis skrip bersama.
 
“Bukan apa, untuk mengelak daripada perkara sama berulang dan pasti masing-masing tidak selesa apabila ada masalah berbangkit,” katanya dengan nada tenang.
Sila baca selanjutnyaEdisi Kaki Wayang! Kisah percintaan meruntun jiwa Ombak Rindu

Betol-betol Hangat! Aku terima nikahnya...!

Oleh Kaki Wayang on

http://www.salehbadrah.com/arabesque/webfiles/arimages/siti07d.jpg
"Aku terima nikahnya Siti Nurhaliza binti Taruddin dengan mas kahwinnya RM25.50 tunai"

Bunyi mcm senang? Nah ni makna sebenarnya...
"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibubapanya, apa saja dosa yg si dia buat, dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya, aku tanggung dan bukan lagi ibubapa si dia. Dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak ku, jika gagal maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas badanku sehingga pecah."
P/s: Maka beringatlah wahai kaum Adam..sesungguhnya menjadi seorang suami ataupun ayah bukan perkara yang boleh dibuat main..bukan perkara yang mudah..bukan perkara sekadar kahwin, bukan sekadar memenuhi tuntutan nafsu, bukan sekadar memenuhi sunnah Rasulullah SAW mahupun halal segalanya bagi kamu (suami isteri) tetapi juga kamu perlu, harus dan wajib menjadi pembimbing kepada isteri kamu untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Aku terima nikahnya...!

Betol-betol Hangat! Fenomena Aaron Aziz

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj45EOQ2MmJUX_tGUmJ52auvjkSnPZEzVoNk5nU2HgsF-T9-VXesU7uB8Yeh-i1dBczrhx5qYKH-c3RDcXBFrXMgfkqeRTPLtwSX3Ik_AY_m3rgZPrqC881rhtREe6GdtAdeE5nd0rrPH4/s1600/nora-elena-drama-akasia.jpg

SEJAK kebelakangan ini tiba-tiba sahaja nama Aaron Aziz meniti dari bibir ke bibir. Bukan kerana kontroversi tetapi kerana lakonan berkesannya di dalam dua buah karya yang kebetulan disiarkan dalam masa yang sama iaitu filem KL Gangster dan drama Nora Elena.

Maka tidak hairanlah mengapa kini penonton semakin menggilai Aaron Aziz atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz terutamanya wanita yang jatuh cinta dengan sisi romantisnya di dalam drama-drama lakonannya.

Jika dilihat kembali kebanyakan watak yang dipegang Aaron dalam filem adalah watak gengster atau samseng, manakala di dalam drama adalah watak romantis.Apa yang boleh Betol-betol Hangat! katakan. Aaron Aziz memang hangat sekarang ni..kalau amik dia berlakon kompom korang akan suka dan box office. Bagi aku yang dah menonton Nora Elena terlebih dahulu daripada KL Gangster. Permainan emosi yang dilakonkan oleh Aaron Aziz sangat berkesan. Bila tengok filem KL Gangster rasa macam tengok Nora Elena. Semuanya disebabkan wataknya yangn dilakonkan dengan penuh penghayatan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEis8CvVFiAqQTVGTUYeK9WDzh7iTueBnrcBV8wUvLRjBBrr_YJrzIhuZCPuv-2D_mkNL4era4_weAS6tnHXELQCczKZGteQLQd40wd9PSJYeXN9RXv2Uu4MYU-pI6DjJj7yoRUdcA_l/s1600/KL_gangster_poster.jpg

Cuba baca sikit pengakuan Aaron Aziz tentang Drama Nora Elena ni:-
“Saya gembira apabila drama Nora Elena mencipta satu fenomena di mana penonton terkejar-kejar balik rumah untuk menonton drama itu dan ia menghilangkan tekanan pada mereka yang menontonnya.

“Tetapi harus diingat Seth Tan hanyalah watak lakonan bukannya saya yang sebenar. Saya juga tidak mahu kerana watak romantis terlebih dalam Nora Elena membawa masalah kepada orang lain.

“Janganlah kerana menonton drama ini, penonton wanita terutamanya mempertikaikan kenapa suami mereka tidak begitu romantis. Watak Seth hanyalah fantasi. Isteri saya sendiri tanya pada saya kalau dia tidur di bawah adakah saya akan angkat dia naik atas seperti mana dalam drama Nora Elena sebabnya saya sangat berbeza daripada watak Seth itu sendiri,” ucap Aaron.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFYzKBwqB0H1cf7hFypGzwJHhN7oP59xzHIVDMkOwUV0mPizR27iTbnvvQk32lg0h4EYkf8fKNy5G7pPpzmMKKVPVTMli1HVm8A0I2jrKzECLZjxaXFxuUOfeYfSqXNTzQuU1bVyaE_SgS/s400/BH_16333489.jpg

Jangan lupa tau menonton drama Aaron Aziz yang terbaru, STANZA CINTA..dan aku rasa drama terbaru ini akan mencipta satu lagi fenomena baru Aaron Aziz .

Kredit: Kosmo Online
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Fenomena Aaron Aziz