PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label halang cetak rompak. Show all posts
Showing posts with label halang cetak rompak. Show all posts

Edisi Ngeri! Wanita Asyik Makan Tengahari Dirompak!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang wanita berumur lingkungan lewat 20-an langsung tidak menyangka keasyikannya menikmati hidangan tengah hari di sebuah restoran dekat sini Khamis bertukar igauan ngeri apabila dia dirompak seorang lelaki menggunakan pisau.

Seorang saksi yang enggan namanya disiarkan berkata kejadian berlaku kira-kira 1.30 tengah hari ketika wanita berkenaan sedang makan bersama rakannya di sebuah meja berhampiran pintu masuk restoran itu apabila seorang lelaki muncul dan menepuk bahunya.

“Ketika mangsa baru hendak menoleh, lelaki berkenaan sudah mengacukan sebilah pisau pemotong sayur di kiri leher mangsa sebelum melarikan beg tangan wanita berkenaan,” kata lelaki itu kepada pemberita.

Menurut saksi, suspek melarikan diri ke arah perumahan setinggan berhampiran dan meninggalkan pisau yang digunakannya itu di restoran berkenaan.

Wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya terkejut, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin ketika dihubungi berkata polis sudah menerima laporan mengenai kejadian itu daripada mangsa dan siasatan sedang dijalankan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Ngeri! Wanita Asyik Makan Tengahari Dirompak!

Betol-betol Bengap! Anak ajak rakan rompak ibu sendiri!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun tergamak melakukan jenayah dengan mengajak rakannya untuk merompak rumah ibunya sendiri di Taman Tanjung Indah di sini. Remaja yang tidak bersekolah dan dikatakan telah lari dari rumah ibunya sebelum ini, mengajak tiga rakannya untuk memecah masuk kediaman ibunya yang berstatus ibu tunggal dan bekerja di sebuah kilang.

Dua daripada rakannya itu juga remaja lelaki keciciran sekolah berusia 15 dan 17 tahun, manakala seorang lagi berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, kesemua mereka menetap di Gelang Patah, Johor Bahru. Mereka memecah masuk rumah wanita berusia 42 tahun itu pada 1 November lalu tetapi kecekapan pihak polis berjaya mengesan kesemua suspek yang ditahan secara berasingan pada 25 November lalu di sekitar Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa membuat laporan rumahnya dipecah masuk setelah menyedari mangga pintu gril hadapan rumahnya dipotong dan kehilangan wang tunai RM5,000 serta sebuah komputer riba jenama Acer. Ketika kejadian, mangsa tiada di rumah dan hanya menyedari kejadian itu sebaik sahaja pulang bekerja pada pukul 7.40 petang.

"Hasil siasatan polis, semua wang tunai yang dicuri dibahagikan sama rata manakala komputer riba mangsa dijual di sebuah kedai komputer di pusat beli-belah di Plentong, Johor Bahru," katanya.

Suspek yang berusia 42 tahun dikatakan mengambil semua wang hasil jualan komputer riba itu bernilai RM2,500, berdasarkan penemuan resit jualan di kedai komputer tersebut. Din berkata, anak mangsa yang ditahan di sebuah restoran di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru mengaku menjadi perancang dan terlibat dalam jenayah pecah masuk rumah itu manakala tiga lagi rakannya mengaku tidak bersalah.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah pecah rumah.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Bengap! Anak ajak rakan rompak ibu sendiri!

Betol-betol Bengang! Please unblock!

Oleh Kaki Wayang on


Ngah tunggu kete siap service..tetiba terbaca satu artikel yang menyatakan 10 downloading sites akan di block oleh kerajaan Malaysia..semua itu dilakukan adalah bertujuan untuk membendung cetak rompak dan piracy yang sangat-sangat meluas sekarang ini..dan aku termasuk dalam golongan-golongan "pendownload tegar" itew..bila baca je artikel ni terdetik dihati mengharapkan agar fileserve, netload dan rapidshare tak masuk dalam list tu..ternyata hanya fileserve sahaja yang di block..tapi kan site yang aku slalu dok cari software dan application pon di block juga..warez-bb.org?sedihlaaaa..seb baek ada 1 lagi site yang aku leh masuk dan download application, movie dan macam-macam lagilah..


Dan yang paling best site BluRay kerajaan Malaysia tak block..so leh lah aku mendownload nanti..lagipun aku kan peminat tegar movie-movie BluRay..Berikut merupakan 10 downloading sites yang akan dan mungkin dah diblock sekarang ini..cuba korang check:


1.   http://www.warez-bb.org
2.   http://thepiratebay.org
3.   http://www.movie2k.to
4.   http://www.megavideo.com
5.   http://www.putlocker.com
6.   http://www.depositfiles.com
7.   http://www.duckload.com
8.   http://www.fileserve.com
9.   http://www.filestube.com
10. http://www.megaupload.com

Kat sini pon ada cite sal ni..The Plain Yard
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Bengang! Please unblock!