PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label kes ragut. Show all posts
Showing posts with label kes ragut. Show all posts

Betol-betol Bengap! Anak ajak rakan rompak ibu sendiri!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun tergamak melakukan jenayah dengan mengajak rakannya untuk merompak rumah ibunya sendiri di Taman Tanjung Indah di sini. Remaja yang tidak bersekolah dan dikatakan telah lari dari rumah ibunya sebelum ini, mengajak tiga rakannya untuk memecah masuk kediaman ibunya yang berstatus ibu tunggal dan bekerja di sebuah kilang.

Dua daripada rakannya itu juga remaja lelaki keciciran sekolah berusia 15 dan 17 tahun, manakala seorang lagi berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, kesemua mereka menetap di Gelang Patah, Johor Bahru. Mereka memecah masuk rumah wanita berusia 42 tahun itu pada 1 November lalu tetapi kecekapan pihak polis berjaya mengesan kesemua suspek yang ditahan secara berasingan pada 25 November lalu di sekitar Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa membuat laporan rumahnya dipecah masuk setelah menyedari mangga pintu gril hadapan rumahnya dipotong dan kehilangan wang tunai RM5,000 serta sebuah komputer riba jenama Acer. Ketika kejadian, mangsa tiada di rumah dan hanya menyedari kejadian itu sebaik sahaja pulang bekerja pada pukul 7.40 petang.

"Hasil siasatan polis, semua wang tunai yang dicuri dibahagikan sama rata manakala komputer riba mangsa dijual di sebuah kedai komputer di pusat beli-belah di Plentong, Johor Bahru," katanya.

Suspek yang berusia 42 tahun dikatakan mengambil semua wang hasil jualan komputer riba itu bernilai RM2,500, berdasarkan penemuan resit jualan di kedai komputer tersebut. Din berkata, anak mangsa yang ditahan di sebuah restoran di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru mengaku menjadi perancang dan terlibat dalam jenayah pecah masuk rumah itu manakala tiga lagi rakannya mengaku tidak bersalah.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah pecah rumah.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Bengap! Anak ajak rakan rompak ibu sendiri!

Bretol-betol Sengal! Wanita hamil 4 bulan meragut bersama suami!

Oleh Kaki Wayang on

Walaupun sedang hamil empat bulan, ia tidak menghalang seorang wanita untuk terlibat dalam kes ragut bersama suami dan seorang rakan jenayah mereka di sekitar bandar raya ini dan Bintulu. Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka yang dipercayai terlibat dalam tiga kes jenayah ragut barang kemas penghujung bulan lalu melibatkan kerugian lebih RM25,000 ditahan polis, malam tadi.

Wanita berkenaan dan suaminya ditahan di Kampung Tunku Abdul Rahman, Lambir, manakala rakan mereka ditahan di kawasan kedai di Permyjaya dekat sini kira-kira pukul 8 malam. Ketiga-tiga suspek berusia antara 17 hingga 26 tahun itu dipercayai aktif menjalankan kegiatan ragut di sekitar bandar raya ini, selain sering berulang-alik ke Bintulu untuk melakukan jenayah yang sama.

Menurut sumber polis, dalam kejadian pada 22 November lalu, seorang wanita yang berjalan seorang diri di Taman Tunku di sini, kerugian kira-kira RM3,000 selepas rantai emasnya diragut ketiga-tiga suspek. Pada Isnin lalu, mereka sekali lagi melakukan jenayah ragut membabitkan seutas rantai dan anting-anting emas milik seorang wanita bernilai kira-kira RM2,000 di hadapan sebuah sekolah rendah di Pujut Corner dekat sini.

Katanya, suspek kemudian dipercayai bergerak ke Bintulu keesokannya dan meragut barang kemas yang dipakai seorang wanita bernilai RM20,000 sebelum balik semula ke bandar raya ini.

"Bagaimanapun polis berjaya mengesan suspek berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan yang diberikan oleh ketiga-tiga mangsa ketika membuat laporan polis. "Polis turut merampas dua buah kereta jenis Proton Iswara dan Nissan Frontier, dipercayai milik suspek yang digunakan dalam kegiatan jenayah mereka," katanya.

Sumber polis memberitahu, polis turut menahan tiga pemilik kedai emas di sebuah pasar raya di Permyjaya kerana bersubahat membeli barang kemas yang diragut.
Sila baca selanjutnyaBretol-betol Sengal! Wanita hamil 4 bulan meragut bersama suami!

Betol-betol Hangat! Lelaki buang air kecil kena samun RM2,000

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjaTD5bePsZ2WrGEDtEjIsdO9K5RjdNSUN8mpQmc708Ut6EaXWdBLJjBTvhBF5gGOLvJXsOE1Do49WXBx3vOvYjCDHFJ4Pec8j92LQONFOqIHLRBBeBr4j1lrOhIHwv-i2_oN23bDdc6Sts/s1600/ragut.jpg
Sekadar gambar hiasan | TQ to Mr. Google

Seorang lelaki yang membuang air kecil disamun seorang lelaki dalam sebuah tandas di Hospital Selayang, di sini, menyebabkan kerugian RM2,000, Sabtu lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun berseorangan dalam tandas berkenaan sebelum seorang lelaki tidak dikenali menghampirinya.

Sebaik menghampiri mangsa, lelaki terbabit mengeluarkan pisau lipat serta mengacukan ke arah mangsa dan meminta jangan menjerit jika tidak mahu diapa-apakan. Menurut sumber, mangsa yang terkejut dengan tindakan itu hanya berdiam diri dan merayu supaya tidak diapa-apakan.

“Suspek mengarahkan mangsa menyerahkan barangan berharga miliknya. “Lelaki terbabit merampas dan melihat wang yang ada di dalamnya sebelum menyimpan di dalam poket seluarnya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa meminta dilepaskan, namun lelaki itu menyuruh dia menanggalkan jaket dipakai.

“Mangsa yang menggigil ketakutan menyerahkan jaket itu sebelum suspek mengikat tangan dan kakinya. Suspek melarikan diri meninggalkan mangsa keseorangan di dalam tandas itu,” katanya.

Pengawal keselamatan yang melalui kawasan berkenaan terdengar jeritan mangsa meminta tolong dan masuk ke dalam serta melepaskan ikatannya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Lelaki buang air kecil kena samun RM2,000