PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label haruan makan anak. Show all posts
Showing posts with label haruan makan anak. Show all posts

Edisi Sengal! Sebat 3 anak hingga mati!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang paderi dan isterinya ditahan kerana didakwa membiarkan tiga anak mereka kelaparan dan menyebat kanak-kanak yang sakit itu hingga mati dalam cubaan untuk mengusir roh jahat, kata polis, semalam. Paderi berusia 43 tahun itu dan isterinya ditahan atas kesalahan membunuh selepas saudara pasangan itu menemui mayat kanak-kanak berkenaan yang reput di kediaman mereka bersebelahan dengan gereja di daerah Boseong dekat pantai barat daya negara ini.

Menurut jurucakap Agensi Polis Wilayah Jeonnam, ujian forensik menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dan dua kanak-kanak lelaki berusia lapan dan lima tahun mengalami lebam teruk di tubuh mereka tanpa sebarang makanan dalam perut. Pasangan itu memberitahu polis, mereka cuba merawat tiga anak mereka yang mengalami demam panas dan selesema melalui puasa dan berdoa serta menyebat mereka berulang kali untuk “menghalau roh jahat”.

“Kami percaya kanak-kanak itu tidak diberi makan sejak 23 Januari lalu sebelum akhirnya mereka mati pada 1 atau 2 Februari lalu,” kata jurucakap itu. Pasangan itu menyebat setiap anak mereka sebanyak 39 kali dengan tali pinggang atau pemukul lalat dalam lima insiden berasingan, sebagai merujuk kepada petikan dalam kitab Injil.

Polis berkata, mereka merujuk kepada petikan dalam Injil yang berbunyi: “Usah tangguh untuk mendisiplinkan anak; jika kamu menghukum mereka dengan rotan, mereka tidak akan mati. Hukum mereka dengan rotan dan selamatkan mereka daripada kematian.” Anak keempat pasangan itu, bayi berusia setahun diletakkan dalam jagaan polis dan dalam keadaan sihat. 
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Sebat 3 anak hingga mati!

Betol-betol Sengal! Budak-budak dipaksa BOTAK!

Oleh Kaki Wayang on

SYED AMIRUL KHIR SYED KHAIDIR (kiri) menunjukkan kesan lebam 
di tengkuknya ketika menyertai kem motivasi  di Penjara Kluang kelmarin. 

Sekumpulan 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru UDA, mengharungi pengalaman mengerikan apabila mendakwa didera petugas program selepas menyertai kem motivasi ala banduan selama tiga hari dua malam di Penjara Kluang mulai petang Jumaat hingga kelmarin. Mereka mendakwa bukan saja rambut digunting pendek ala banduan, malah turut ditempeleng, ditumbuk dan diperlakukan seperti penghuni penjara, apabila ada di antara pelajar turut digari hingga mereka trauma. 

Lebih mengejutkan, pelajar mendakwa dua guru pengiring kumpulan pelajar yang dipilih atas alasan mempunyai masalah disiplin ponteng sekolah dan kelas, merokok serta terbabit dengan pergaduhan hanya mentertawakan tindakan wadar ke atas mereka. 


Sehubungan itu, 20 ibu bapa bersama anak mereka membuat pendedahan mengenai kem motivasi ala banduan itu di Dewan UMNO di Taman Skudai Kanan Bandar Baru UDA di sini, semalam.

Pelajar, Mohd Rafsanjani Mohd Rafi, 16, mendakwa mereka hanya mengetahui dihantar ke penjara Jumaat lalu apabila bas Penjara Kluang menanti di pekarangan sekolah kerana sebelum itu diberitahu mengikuti kem motivasi anjuran syarikat perunding di Kluang.

Katanya, sebaik sampai di penjara terbabit beliau bersama 32 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4, diarah menyerahkan semua barangan peribadi termasuk telefon bimbit serta pakaian sebelum rambut mereka digunting pendek dan diarah memakai baju lokap.

“Pada malam itu, kami mengikuti kursus motivasi sebelum diberitahu akan melihat sendiri banduan dalam penjara pada pagi esoknya (Sabtu). Bagaimanapun, pada pagi Sabtu kami dibahagikan lima orang dalam satu kumpulan sebelum dimasukkan ke dalam bilik dan dipukul dengan cota, dicekik serta pelbagai lagi kekasaran dilakukan wadar yang menjalankan program ini,” katanya.

Mohd Rafsanjani berkata, sepanjang malam, mereka hanya tidur tiga jam, selain diberikan makanan seperti banduan hingga menyebabkan ada pelajar menangis kerana tidak tahan dengan tindakan wadar penjara itu.

Sumber: BHARIAN

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Budak-budak dipaksa BOTAK!

Betol-betol Sengal! Maut dipatuk tedung peliharaan

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYFL7hYTRj4YS2Ox3cohK7Tq-dXRut-jobcHdzNxYfe4rN49HAi-OHH97_5ejdV0S0pL0xR9tARyIf_qV2_oWVv7-UnAGEzpF8NdZe-eKqR8fBFAlkhQG-5dA4C3w4RlWUD7UF2-dgW08/s400/spitting-cobra.jpg

Seorang penternak ular maut dipatuk ular tedung beberapa hari selepas dia menegaskan haiwan berkenaan tidak membahayakannya. Akibat patukan berbisa reptilia itu, Luke Yeomans, 45, menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami serangan jantung di Nottinghamshire.

Pada awalnya, Yeomans bercadang membuka pusat peliharaan ular kepada orang ramai pada hujung minggu ini. Di situ, dia menempatkan 24 ular pelbagai jenis. Walaupun mengundang kebimbangan, Yeomans menegaskan keadaan di situ benar-benar selamat kepada sesiapa saja.

Untuk memberi keyakinan ramai, Yeomans mempamerkan gambarnya mencium kepala ular tedung kepada orang ramai. Katanya, ular itu tahu dia memberi mereka makanan segar dan air mencukupi sehingga ia tidak akan membahayakan sesiapa saja.

“Ada orang menganggap saya gila, tetapi sebaliknya saya rasa ini kerja yang baik.

“Saya membiakkan ular tedung bagi mengelakkan kepupusan,” katanya.

Seorang rakan berkata, Yeomans mungkin terlalu yakin sehingga tidak berhati-hati langsung ketika menangani ularnya. Anggota paramedik menemui mayat Yeomans di pusat peliharaan ular yang terletak di belakang rumahnya. Ular berkenaan pula dikurung bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Maut dipatuk tedung peliharaan

Betol-betol Bangang! Bapa, anak bersekedudukan hingga lahir tiga zuriat

Oleh Kaki Wayang on

MALU...pasangan ayah dan anak dibawa masuk ke mahkamah, semalam. 

“Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).

“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.

Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, tertuduh kedua, berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal serumah untuk selama-lamanya.

Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.

Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan.

Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.

Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.

“Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar.

“Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu,” kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.

Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka.

Zaini yang mencadangkan pasangan berkenaan dipisahkan dan tidak tinggal bersama turut memohon supaya mahkamah tidak memberi belas kasihan kepada pasangan berkenaan bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Bangang! Bapa, anak bersekedudukan hingga lahir tiga zuriat