PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label hotel murah. Show all posts
Showing posts with label hotel murah. Show all posts

Edisi Hangat! Hotel Hard Rock paling bergaya di Malaysia!

Oleh Kaki Wayang on







Hotel Hard Rock Pulau Pinang (Hotel Hard Rock) sekali lagi mencatat kejayaan apabila dipilih buat kali kedua sebagai Hotel Paling Bergaya di Malaysia bagi tahun 2012 oleh laman sesawang pengembaraan global, TripAdvisor Inc. (TripAdvisor). Pemilihan itu dibuat hasil undian secara maya daripada pengguna laman sesawang tersebut bagi kategori Anugerah Pemilihan Pengembara 2012.

Kriteria kemenangan ini mengambil kira faktor gaya hidup penginapan yang ditawarkan di hotel ini termasuk daripada aspek hiburan, kolam renang, pantai dan kualiti penginapan. Pengurus Besar Hotel Hard Rock, John Primmer berkata, pemilihan itu cukup mengujakan dan semua pihak termasuk kakitangannya selama ini bersungguh-sungguh menawarkan perkhidmatan berkualiti.

"Sebagai hotel bertemakan muzik, Hotel Hard Rock sentiasa menyajikan hiburan yang terbaik untuk semua pengunjungnya daripada setiap lapisan usia. "Daripada kumpulan muzik bertaraf antarabangsa, persembahan pentas dan parti hujung minggu, kegembiraan di hotel ini tidak pernah berakhir," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Selain anugerah tersebut, Hotel Hard Rock juga berada di tempat ke-18 daripada senarai 25 Hotel Spa dan Santai Terbaik di Malaysia yang turut dipilih daripada undian pengguna TripAdvisor.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Hotel Hard Rock paling bergaya di Malaysia!

Edisi Gempak! Yotel: Hotel Unik Di Lapangan Terbang!

Oleh Kaki Wayang on






Idea Yotel muncul apabila pengasasnya melawat Jepun dan melihat hotel kapsul yang cukup popular disana. Beliau merasakan ada market untuk hote kecil tetapi dilengkapi dengan kemewahan setaraf kabin kelas pertama kapal terbang. Hasilnya ialah Yotel. Bilik kecil tapi dilengkapi dengan kesemua benda yang dikehandaki oleh pelanggan mereka seperti WIFI percuma. Bilik-bilik Yotel boleh disewa mengikut jam dan anda menyewa dengan menggunakan kiosk automatik yang berfungsi 24/7. Tiada waktu tetap check-in dan check-out.

Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Yotel: Hotel Unik Di Lapangan Terbang!

Betol-betol Sengal! Budak-budak dipaksa BOTAK!

Oleh Kaki Wayang on

SYED AMIRUL KHIR SYED KHAIDIR (kiri) menunjukkan kesan lebam 
di tengkuknya ketika menyertai kem motivasi  di Penjara Kluang kelmarin. 

Sekumpulan 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru UDA, mengharungi pengalaman mengerikan apabila mendakwa didera petugas program selepas menyertai kem motivasi ala banduan selama tiga hari dua malam di Penjara Kluang mulai petang Jumaat hingga kelmarin. Mereka mendakwa bukan saja rambut digunting pendek ala banduan, malah turut ditempeleng, ditumbuk dan diperlakukan seperti penghuni penjara, apabila ada di antara pelajar turut digari hingga mereka trauma. 

Lebih mengejutkan, pelajar mendakwa dua guru pengiring kumpulan pelajar yang dipilih atas alasan mempunyai masalah disiplin ponteng sekolah dan kelas, merokok serta terbabit dengan pergaduhan hanya mentertawakan tindakan wadar ke atas mereka. 


Sehubungan itu, 20 ibu bapa bersama anak mereka membuat pendedahan mengenai kem motivasi ala banduan itu di Dewan UMNO di Taman Skudai Kanan Bandar Baru UDA di sini, semalam.

Pelajar, Mohd Rafsanjani Mohd Rafi, 16, mendakwa mereka hanya mengetahui dihantar ke penjara Jumaat lalu apabila bas Penjara Kluang menanti di pekarangan sekolah kerana sebelum itu diberitahu mengikuti kem motivasi anjuran syarikat perunding di Kluang.

Katanya, sebaik sampai di penjara terbabit beliau bersama 32 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4, diarah menyerahkan semua barangan peribadi termasuk telefon bimbit serta pakaian sebelum rambut mereka digunting pendek dan diarah memakai baju lokap.

“Pada malam itu, kami mengikuti kursus motivasi sebelum diberitahu akan melihat sendiri banduan dalam penjara pada pagi esoknya (Sabtu). Bagaimanapun, pada pagi Sabtu kami dibahagikan lima orang dalam satu kumpulan sebelum dimasukkan ke dalam bilik dan dipukul dengan cota, dicekik serta pelbagai lagi kekasaran dilakukan wadar yang menjalankan program ini,” katanya.

Mohd Rafsanjani berkata, sepanjang malam, mereka hanya tidur tiga jam, selain diberikan makanan seperti banduan hingga menyebabkan ada pelajar menangis kerana tidak tahan dengan tindakan wadar penjara itu.

Sumber: BHARIAN

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Budak-budak dipaksa BOTAK!

Betol-betol Bangang! “Tak lah bang..kami Cuma nak siapkan tugasan kolej je..”

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqBxKRl6_r_uqv3fC1f-PDs27K5I0AOLR9Z343l2l64tTcJX9tut6oKUKRs_ZImZs273iiKpLzcH9ZXaiy3SD669fwQZbxBD62C13uI2XE_geoMNNTrGvcDynOsF_HVLeOf92i0TS4maY/s320/ne_09.1.jpg 
 Kredit pic: LuLuPages

“Buat apa dalam hotel ni? Berdua-duaan pula tu? Nak buat benda tak senonoh eh?”
“Tak lah bang..kami Cuma nak siapkan tugasan kolej je..”  


Begitulah (lebih kurang) ayat yang ditanya oleh JHEAIK terhadap sepasang kekasih yang mendakwa terpaksa menyewa hotel untuk menyiapkan tugasan kolej..walaubagaimanapun alasan yang digunakan bagi mengelak dari dicekup Penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah gagal a[abila ditahan awal pagi kelmarin.


Dari apa yang BBH tau, rupa-rupanya dah dua malam dah pasangan ni “bermastautin” dalam hotel berkenaan..perghhhh ayat nak siapkan tugasan tu yang tak tahan tu..hebattt..nape dia tak cakap..”saje je nak lepak..nak habis kan duit yang sangat banyak ni..”..hahahaha..sesuato sangat..


"Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali," katanya di sini semalam.


Mmmmm apa kata sebat sekali kan best..kompom pasni dah tak nak buat dah..yelaaa kan hari tu ada kes sal sape tu yang minum arak tu..pastu dia mintak hukuman sebat dilakukan keatasnya..so, aku rasa yang ni..”zina” lagi besar masalahnya..pe kata sebat jew..


P/s: Ade jugak eh orang macam ni..kesian kat kolej yang tak berdosa itew..hahahaha..jadi mangsa pula…kan dah buruk nama kolej tu..hotel tu takpelah nama buruk sebab membenarkan pasangan ni menginap kat sini..tau nak untung je..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Bangang! “Tak lah bang..kami Cuma nak siapkan tugasan kolej je..”