PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Informasi! Malas bergerak?

Oleh Kaki Wayang on

 
Jika anda memang malas untuk melakukan aktiviti-aktiviti cergas, risiko obesiti lebih mudah menyerang. Malas bergerak akan melambatkan metabolisme. Hal ini mampu mempengaruhi proses pembakaran lemak dan peredaran darah dalam tubuh.

Info baik

Jika anda memutuskan untuk aktif bergerak hari ini juga, kesannya juga akan datang kepada anda dengan pantas. Dengan membiasakan diri berlatih tiga kali seminggu, “mood” dan pola tidur anda akan menjadi lebih baik. Beriadah secara cergas juga mampu memperbaiki emosi diri jika anda sedang tertekan. Tubuh lebih segar dan anda jarang sakit.

Apa yang perlu dibuat

Pada permulaannya, anda pasti cepat penat. Biasakan diri dengan latihan tiga kali seminggu itu dan setiap sesi cukuplah setakat 40 minit. Gabungkan latihan jenis aerobik (misalnya menggunakan “treadmill”, “cross trainer’ atau berbasikal), ketahanan (latihan beban) dan regangan.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Malas bergerak?

Betol-betol Informasi! Tahukah Anda! Perbezaan khasiat ikan segar, tin panggang dan beku

Oleh Kaki Wayang on



Asid lemak omega 3 dalam ikan beku akan berkurang sedikit demi sedikit. Tahap asid ini bergantung kepada kualiti ikan itu sendiri, keadaan pembekuan dan suhu penyimpanan. Namun, asid lemak pada ikan yang ditinkan akan berkurangan lebih perlahan daripada ikan yang dibekukan. Manakala untuk ikan yang ditinkan pula, ia biasanya akan kehilangan sesetengah jenis vitamin bergantung kepada jenis cecair yang  merendamnya dan juga suhu pensterilannya. Ikan panggang khususnya jenis salmon tidak akan mengalami pengurangan asid lemak walaupun melalui proses pemanggangan. Namun, penyusutan akan terjadi bergantung kepada bahan mentah yang digunakan untuk memanggang, kaedah penyediaan dan penyimpanan.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Tahukah Anda! Perbezaan khasiat ikan segar, tin panggang dan beku

Betol-betol Informasi! Tahukah Anda! Mengapa Perlu Makanan Organik

Oleh Kaki Wayang on


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQsv3mugN3pW7THM7cCxiV3Rb4LFa-K3EyTz0U1hyphenhyphenm4T6580_3TMJwqa7znb6RhMkx_uEV9rOunbA6iPDvKgit7QrMyV5_J7qsQp6orfYRJ23_YHHhyrFMtk5k9Y3vN4chEUn8HMp5rGKE/s320/organic_food_250x251.jpg

Tahukah anda, jika anda makan sebiji epal, anda sebenarnya sedang menelan 30 jenis racun serangga dalam masa yang sama walaupun selepas anda mencucinya. Sebenarnya kualiti makanan hari ini sudah menyusut semenjak terjadinya perang dunia kedua. Sebagai contoh, tahap kandungan Vitamin C dalam buah-buahan hari ini tidak mampu menyamai kadar Vitamin C yang ada pada ketika perang. Namun buah-buahan organik dipercayai mengandungi khasiat lebih 50%, mineral dan vitamin berbanding buah-buahan yang ditanam secara intensif.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Tahukah Anda! Mengapa Perlu Makanan Organik

Betol-betol Informasi! Tahukah Anda! Kenapa Keju Berlubang

Oleh Kaki Wayang on



Lubang yang ada pada keju terjadi akibat penghasilan gas oleh sejenis bakteria (propionic) sewaktu proses pematangannya. Semasa keju ini sedang matang, molekul panjang keju akan terpecah menjadi molekul yang lebih ringkas dan enak menerusi tindakan enzim. Bakteria “propionic” menghasilkan gas karbonic sehingg menyebabkan terjadinya tekstur bulat, berlubang atau berbentuk mata pada keju. Ada juga sesetengah jenis keju yang mempunyau lubang yang agak besar berikut tembahan asid “propionic” yang mana ianya berfungsi untuk memberikan rasa manis dan lemak.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Tahukah Anda! Kenapa Keju Berlubang

Betol-betol Informasi! Tahukah Anda! Debunga dan susu getah wujudkan alahan

Oleh Kaki Wayang on



Orang yang alah terhadap debunga dan susu getah lazimnya akan mengalami alahan terhadap sesetengah jenis makanan. Ini berlaku kerana tubuh mereka tidah dapat membezakan antara debunga/ susu getah dengan bahan sama yang ada pada sesetengah jenis makanan misalnya buah, kekacang dan sayur. Keadaan ini dipanggil “cross-reactivity” atau  "cross allergy”.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Tahukah Anda! Debunga dan susu getah wujudkan alahan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...