PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Kelakar! Sengaja atau Tak Sengaja?
Oleh Kaki Wayang on
DUA gambar di atas menunjukkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz (kiri) dan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi terkejut apabila kepala penukul kayu yang digunakan Mohamad Nazri tercabut ketika melakukan simbolik perasmian majlis merasmikan Persidangan Persatuan Majistret dan Kehakiman Negara Komenwel (CMJA).
Amat jarang-jarang sekali benda macam ni berlaku kepada orang-orang kenamaan..tapi bila berlaku pada mereka-mereka ni..pasti sesuatu yang sangat janggal berlaku..betol tak?siap efek muka skali pula tu..hahahaha..hebattt..
Betol-betol Hangat! Kejohanan Ping Pong Piala Timbalan Menteri 2011
Oleh Kaki Wayang on
Enam puluh pasukan dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Ping Pong Piala Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 2011 di Kompleks Belia dan Sukan Ipoh, Perak dari 20-24 Julai ini.
Pengarah Kolej Komuniti Teluk Intan yang juga Pengerusi Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM), Ishanuddin Hussin berkata objektif penganjuran kejohanan tersebut adalah untuk mencungkil bakat baru sukan ping pong daripada kalangan pelajar IPT seluruh negara.
"Edisi kejohanan kali ini dijangka lebih mencabar dan menarik apabila kita memberi kebenaran kepada pelajar antarabangsa untuk turut mengambil bahagian mewakili institusi masing-masing," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau menjangkakan sebahagian besar daripada atlet Ping Pong IPT yang beraksi pada Sukan Malaysia ke-14 di Kuala Lumpur baru-baru ini akan menyertai kejohanan tersebut.
"Kita juga akan menyediakan hadiah lumayan kepada pemenang iaitu RM2,500 bagi johan manakala juara bagi acara individu lelaki dan wanita masing-masing akan menerima wang tunai RM700," katanya.
Pengarah Kolej Komuniti Teluk Intan yang juga Pengerusi Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM), Ishanuddin Hussin berkata objektif penganjuran kejohanan tersebut adalah untuk mencungkil bakat baru sukan ping pong daripada kalangan pelajar IPT seluruh negara.
"Edisi kejohanan kali ini dijangka lebih mencabar dan menarik apabila kita memberi kebenaran kepada pelajar antarabangsa untuk turut mengambil bahagian mewakili institusi masing-masing," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau menjangkakan sebahagian besar daripada atlet Ping Pong IPT yang beraksi pada Sukan Malaysia ke-14 di Kuala Lumpur baru-baru ini akan menyertai kejohanan tersebut.
"Kita juga akan menyediakan hadiah lumayan kepada pemenang iaitu RM2,500 bagi johan manakala juara bagi acara individu lelaki dan wanita masing-masing akan menerima wang tunai RM700," katanya.
Betol-betol Hangat! Siapa Kenal Abdul Salam Bilal Anelka?
Oleh Kaki Wayang on
Siapa kenal Abdul Salam Bilal Anelka? konfem ramai yang tak kenal..tapi korang kenal tak Nicholas Anelka? Pemain bolasepak terkenal pasukan Chelsea..pada yang tak mengetahui mengenainya..beliau merupakan seorang muslim..salah seorang saudara seislam kita..
Dalam suratkhabar hari ini menyatakan bahawa walau sesibuk mana pun NA melayan karenah peminatnya yang datang untuk mendapatkan tandatangan dan bergambar dengannya..beliau begitu peka apabila peminat yang beragama Islam mengucapkan "Assalammualaikum" kepadanya..kalau kita? Tepuk dada tanya iman..fikir-fikirkanlah..selamat beramal..selamat datang ke Malaysia Nicholas Anelka..So proud of you..
P/s: Jangan lupa tengok perlawanan Malaysia vs Chelsea esok kat Stadium Nasional Bukit Jalil tau..
Betol-betol Hangat! Siapa gadis misteri ini?
Oleh Kaki Wayang on
Tajuk entri misteri tapi aku rasa satu Malaysia dah tahu kot siapa yang aku maksudkan ini..Inilah Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz..bila tengok gambar ni persis seperti seorang gadis "tulen"..
Oklah aku tak nak amik tahu pasal kisahnya..cuma tadi baca paper Berita Harian..bila mendengar (membaca) luahan hati si gadis (jantan sebenarnya) rasa macam terpukul pula..rasa macam pedih sangat bila masyarakat menghina dia..sampaikan pada suatu ketika dalam sebak, Mohd Ashraf yang lebih mesra dipanggil Aleesha berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, beliau rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik..perghhhh sebak siottt...
Kemudian satu lagi kenyataannya kepada sidang media..yang mana beliau tidak akan sekali-kali berputus asa untuk mendapatkan apa yang diperjuangkannya..
Like it or not, I will follow through with my case until I have exhausted all legal avenues. People may wish that I could just shut up or die, but I just want to live a peaceful life.” — Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz
Betol-betol Hangat! Hei Pak Menteri…Mana Mau lari..?
Oleh Kaki Wayang on
Angkara fitnah dan tajuk Hei Pak Menteri…Mana Mau lari..? yang dibuat secara meluas di sebuah laman blog terhadap Datuk Seri Dr. Rais Yatim, seorang penulis blog hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini supaya membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.
Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof yang membuat keputusan itu turut memerintahkan Amizudin Ahmat, 42, yang juga merupakan anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) membayar kos RM100,000 kepada Rais.
Pada 5 Julai lalu, mahkamah memutuskan Amizudin yang diwakili peguam William Leong bertanggungjawab memfitnah Rais, 69, menerusi sebuah artikel yang dipaparkan dalam blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.
Dalam pernyataan tuntutan, Rais menyatakan, pada 28 Disember 2010, Amizudin sama ada secara sendiri mahupun melalui ejen-ejennya telah menyebabkan satu penerbitan artikel bertajuk 'Hei Pak Menteri...mana mau lari...'
Menurut Rais, seluruh kandungan artikel dalam bahasa Malaysia itu berniat jahat dan memfitnahnya, selain ia bermaksud atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu di Negeri Sembilan, menafikan tuduhan itu selepas penulis blog terbabit menamakannya.
Susulan itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah selama lapan tahun dengan Rais dilaporkan oleh portal berita Indonesia telah menafikan yang dirinya diberi layanan buruk atau dirogol oleh majikannya.
Nak baca kisah lanjut: SILA KE SINI!!!
P/s: Kepada blogger-blogger yang baru dan lama tak pun semua blogger kat Malaysia ni..hati-hati tau bila menulis artikel..jangan sampai nanti masuk mahkamah..kang tak pasal-pasal kena saman pula nanti..takowt laaaaa..