PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Gempak! Mission Impossible 4!

Oleh Kaki Wayang on

Filem keempat dalam sirinya..juga filem keempat yang bakal dijayakan oleh aktor Tom Cruise dalam siri Mission Impossible ini..melihat kepada trailer filem ini..nampaknya filem ini penuh dengan aksi yang menarik berbanding filem-filem yang terdahulu..memandangkan aku ini Kaki Wayang..so harapan dan expectation aku terhadap filem ini sangat tinggi..harap-harap filem ini tidak akan mengecewakan aku nanti..

Jom kita layan trailer filem ini yang bakal menjengah pawagam Disember ini..aku pasti ramai yang ternanti-nanti filem ini ditayangkan..


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Mission Impossible 4!

Betol-betol Serupa! Wajah Pelakon Watak Abraham Lincoln

Oleh Kaki Wayang on

Daniel Day-Lewis

Abraham Lincoln

Filem Abraham Lincoln merupakan hasil kerja Steven Spielberg..So, aku rasa kalau director dia si Steven ni konfemlah best..agak kurang bagi mana-mana filem yang diarahkan beliau mendapat rating yang rendah..dengan adanya filem Abraham Lincoln ini sudah pastinya ia akan enjadi satu filem hit beliau nanti..

P/s: Tak sabar nak tengok filem ni...

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Serupa! Wajah Pelakon Watak Abraham Lincoln

Betol-betol Ngeri! Kekalahan itu masih menghantui dirinya!

Oleh Kaki Wayang on

 
ANUGERAH Pemain Harapan Terbaik 2011 yang diterima Wan Zack Haikal Wan Noor belum cukup untuk mengubati kekecewaannya terhadap keputusan buruk skuad Olimpik negara dalam kempen kelayakan Sukan Olimpik London 2012 minggu lalu.

Pemain berusia 20 tahun itu berkata, kekalahan di tangan Bahrain 3-2, Ahad lalu seperti terus menghantui dirinya yang mengakui cukup sukar untuk diterima.

“Anugerah ini tidak dapat mengubati kekecewaan saya. Saya tidak berpuas hati dengan persembahan saya sendiri. Saya tidak tahu kenapa saya tidak boleh beraksi dengan baik, mungkin kerana tertekan mahu menjaringkan gol,” katanya yang ditemui pemberita sewaktu majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 di Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam, semalam.

Pemain kelahiran Pahang itu dinobatkan selaku Pemain Harapan Terbaik selepas mengetepikan dua lagi rakan sepasukan dalam Harimau Muda A, Mohd Fadhli Mohd Shas dan Mohd Irfan Fazail.

Wan Zack Haikal terlepas peluang menikmati kejayaan skuad bawah 23 tahun negara meraih pingat emas Sukan Sea Indonesia kerana diketepikan akibat kecederaan.

Bagaimanapun aksinya begitu menyerlah ketika beraksi bersama Harimau Muda A dalam kancah Liga Super serta berjaya menambat hati pengurusan kelab liga Slovakia, Vion Zlate Moravce untuk beraksi secara pinjaman selama tiga bulan bermula September lalu.

Katanya, dia menyimpan hasrat untuk terus menimba pengalaman di luar negara bagi meningkatkan prestasinya.

“Kontrak saya sudah tamat dengan kelab Vion, jadi saya tidak tahu sama ada masih ada peluang lagi selepas ini. Tapi jika diberi peluang, saya mahu beraksi di sana,” kata Wan Zack yang mahu berehat seketika sebelum kembali menyambung latihan bersama skuad Olimpik, Isnin depan.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Ngeri! Kekalahan itu masih menghantui dirinya!

Betol-betol Gempak! Norshahrul "Supermokh" Negara!

Oleh Kaki Wayang on

TERBAIK...Annuar (kanan) menyampaikan Anugerah Supermokh kepada Norshahrul semalam.

TERBAIK...Annuar (kanan) menyampaikan Anugerah Supermokh kepada Norshahrul semalam. 

PENYERANG Terbaik 2011, Norshahrul Idlan Talaha tidak berminat mengikut jejak langkah rakan baiknya, Mohd Safee Sali berhijrah ke Indonesia meskipun mengakui menerima banyak tawaran lumayan beraksi bersama kelab Liga Super negara jiran itu.

Dia yang turut menerima anugerah Supermokh selaku Pemain Paling Bernilai pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 semalam menyatakan tidak tertarik untuk beraksi di Indonesia, sebaliknya lebih berminat untuk mewakili kelab di Vietnam atau Thailand.

“Saya mendapat banyak tawaran daripada kelab Indonesia sejak Safee mula berpindah ke negara itu. Tapi bagi saya sendiri, saya sebenarnya lebih berminat untuk beraksi di Vietnam atau Thailand.

“Buat apa saya mahu pergi ke Indonesia sebab kita lebih baik berbanding mereka. Sukan Sea pun kita boleh mengalahkan mereka. Kalau hanya sebab sokongan penyokong kelab di sana bagus, penyokong di Kelantan juga bagus,” katanya yang ditemui pemberita semalam.

Norshahrul, 25, yang turut senang disapa dengan panggilan Mat Yo mengakui dirinya masih mahu memberikan komitmen bersama juara Liga Super, Kelantan selepas menandatangani kontrak baru selama dua tahun.

Dia yang meledak 19 gol musim lalu bagaimanapun terkejut dengan anugerah Supermokh yang diterimanya itu kerana menjangkakan rakan sepasukannya, Khairul Fahmi Che Mat turut berpeluang cerah.

“Saya sebenarnya terkejut kerana menerima anugerah Supermokh yang pertama kali diperkenalkan tahun ini kerana Apek (Khairul Fahmi) beraksi banyak perlawanan. Apapun saya berterima kasih kepada rakan sepasukan yang banyak membantu,” katanya yang turut meraih dua anugerah sama tahun lalu.

Mengulas mengenai sasarannya selepas ini, Norshahrul mahu memberi fokus untuk membantu Kelantan merebut trofi di peringkat domestik dan juga dalam kempen kejohanan Piala AFC.

Malah dia turut berazam membantu skuad kebangsaan mempertahankan Piala AFF apabila Malaysia menjadi tuan rumah tahun depan serta muncul pemain paling bernilai kejohanan dwitahunan itu.

“Saya berharap agar Malaysia dapat mengekalkan kejuaraan (Piala AFF) dan sasaran peribadi saya adalah untuk merampas anugerah pemain terbaik kejohanan itu yang diraih pemain Indonesia, Firman Utina,” katanya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Norshahrul "Supermokh" Negara!

Betol-betol Hangat! ‘Saya dah nak kahwin’

Oleh Kaki Wayang on

SHIDA...tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang
 
SHIDA...tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang 

Penyebaran gambar terbaru membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan seorang gadis di Internet sejak Sabtu lalu, membuatkan gadis yang dikaitkan dengan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu dihujani pelbagai tohmahan.

Berikutan itu, gadis terbabit, Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida mengadakan pertemuan dengan Harian Metro, semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil ditemani ibu bapanya, Shamsinar Basrun, 46, dan Harmi Ramli, 46.

Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.

“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.

“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya.

P/s: Berhati-hatilah kepada sesiapapun yang berhasrat untuk mengambil gambar dengan GF dan BF korang..kisah ini adalah salah satu daripada pengajarannya..mode: Simpati dengan mangsa keadaan dalam kisah ini...

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! ‘Saya dah nak kahwin’
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...