PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Agama! Dosa dan Hukuman bagi Perempuan yang...?

Oleh Kaki Wayang on

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti bab* dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Dosa dan Hukuman bagi Perempuan yang...?

Edisi Hangat! Selepas juarai MLM Os terus bawa teksi!

Oleh Kaki Wayang on





SEBELUM menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) pada Oktober tahun lalu, Os merupakan pemandu teksi sepenuh masa di sekitar Lembah Klang sejak enam tahun lalu.

Selepas menjuarai MLM anjuran Astro Warna bersama pasangannya, Abon dan meraih hadiah wang tunai RM350,000 hujung Disember lalu, pelawak, pelakon dan pengacara itu masih meneruskan kerjaya tersebut.
Menurut Os atau nama sebenarnya Mohd. Yusof Abdul Hamid, dia tidak rambang mata dengan hadiah wang tunai yang diterimanya itu, malah akan menggunakan dengan sebaik mungkin wang kemenangan tersebut.

“RM350,000 itu bunyinya memang besar tetapi ia juga perlu dibahagi dua antara saya dan Abon. Jadi, setiap seorang dapatlah RM175,000. Jumlah itu tidaklah sebesar mana pun kalau hendak dibandingkan dengan taraf hidup sekarang yang semakin meningkat.

“Kalau beli sebuah rumah pun dapatlah yang kecil. Saya belum ada perancangan dengan duit itu tetapi saya akan gunakannya untuk keperluan keluarga saya. Saya tidak mahu boros kerana rezeki seperti ini bukannya datang selalu,” katanya kepada Mega sewaktu ditemui di Sri Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Meskipun bergelar pemandu teksi tetapi pada masa sama Os yang mencipta zaman kegemilangannya pada tahun 1980-an masih belum bersara daripada bidang nyanyian, lakonan dan lawak jenaka yang diminatinya.
Bagaimanapun, bekas pelakon watak Mr. Os dalam sitkom Santan Berlada ini, nama dan rezekinya semakin melonjak selepas dia menjuarai MLM dengan mengalahkan tiga lagi finalisnya iaitu kumpulan Boboi, Saehu dan Syok.

“Selepas menang MLM saya dapat banyak panggilan telefon mengucapkan tahniah. Daripada kawan-kawan yang sama-sama bawa teksi dan juga para penumpang saya sehinggakan dalam sehari saya dapat lebih 10 mesej dalam telefon bimbit saya.

“Kebanyakan kawan-kawan saya ahli Petra (Persatuan Pemandu Teksi Terminal Putra LRT Gombak). Saya juga menerima banyak panggilan daripada penerbit dan pengarah yang mahu menawarkan saya berlakon filem atau drama sejak akhir-akhir ini.

“Walau bagaimanapun, buat masa ini saya sedang memikirkan tawaran-tawaran tersebut supaya ia bukan sahaja berbaloi dengan pengalaman saya tetapi juga tidak menjejaskan jadual kerja saya sebagai pemandu teksi,” ujarnya.

Sewaktu ditanya apakah yang akan digunakan pada wang hadiah kemenangan Osbon itu, Os berkata, dia akan menggunakannya bagi menambah baik teksi miliknya selain sebagai belanja bagi memenuhi keperluan anggota keluarganya seharian.

Katanya, dia tidak sekali-kali akan membazirkan wang kemenangan yang diterimanya itu kerana beranggapan rezeki bergolek seperti itu bukannya datang selalu dalam hidupnya biarpun sudah 27 tahun bergelar artis di negara ini.

“Saya bercadang mahu menggunakan duit kemenangan ini bagi menambah baik teksi saya supaya ia kelihatan lebih solid dan menarik demi keselesaan penumpang. Saya tidak akan tukar teksi saya kerana keadaannya masih elok lagi.

“Apatah lagi, permit teksi saya hanya akan mati pada tahun 2015. Selain itu, saya akan gunakan wang kemenangan ini bagi menyara keluarga saya. Anak-anak pula ramai, jadi kos sara hidup tentunya agak tinggi,” jelasnya.

Biarpun mendapat banyak tawaran berlakon dan mengadakan persembahan pentas di merata-rata tempat, namun anak seni berusia 50 tahun ini tidak meletakan harga bayaran sesuka hati, sebaliknya ia mengikut pasaran semasa.

Jelas Os, harga bayaran yang dikenakannya berpatutan, malah antara yang terendah jika dibandingkan dengan kalangan pelawak generasi baru dimana ia katanya akan memberi keuntungan kepada kedua belah pihak.

“Harga bayaran untuk saya mengadakan persembahan atau berlakon dalam drama dan filem masih sama seperti dulu. Saya sendiri cuba membandingkan bayaran yang diterima oleh pelawak-pelawak sekarang.

“Contohnya, pelawak seperti Nabil Raja Lawak, kumpulan Jozan atau Saiful Apek. Saya rasa, harga saya lebih murah. Jadi, tidak timbul kata saya demand selepas menang MLM baru-baru ini. Harga bayaran saya amat berpatutan.

“Tetapi kalau ada pihak yang mahu menawarkan bayaran yang lebih rendah daripada apa yang saya letakkan itu, ia suatu penghinaan buat pelawak seperti saya. Ini kerana, saya bukannya tiada pengalaman atau tidak ada nama dalam bidang seni di negara ini,” ulasnya.

Meskipun bergelar artis, tetapi Os tidak berasa malu atau rendah diri bergelar pemandu teksi demi menyara isteri dan anak-anaknya yang masih kecil kerana baginya ia suatu pekerjaan yang amat sesuai dengan dirinya.

Jelas anak seni berasal dari Kuala Kangsar, Perak ini sejak bergelar artis pada pertengahan tahun 1980-an dia lebih banyak melakukan kerja-kerja sendiri termasuklah sebagai pengacara, penyanyi, pelawak dan pelakon.

“Saya tidak malu menjadi pemandu teksi walaupun pada masa sama saya juga seorang artis. Sebagai artis, susah untuk saya bekerja makan gaji. Ini kerana, tawaran berlakon dan mengadakan persembahan pentas, ia datang tidak menentu masanya.

“Kalau bekerja makan gaji agak susah untuk selalu ambil cuti. Jadi, menjadi pemandu teksi adalah antara kerja sendiri yang saya lakukan. Sekarang ini, saya tidak fikirkan soal malu atau glamor kerana zaman itu sudah lama berlalu.

“Saya tidak hairan dengan glamor lagi kerana saya harus berpijak di bumi nyata di mana apa yang saya lakukan kini adalah kerana mahu menjalankan tanggungjawab saya terhadap keluarga. Saya gunakan bakat saya untuk tujuan itu,” katanya bersungguh-sungguh.

Sungguhpun dengan pendapatan yang tidak menentu setiap hari, Os yang telah terbabit dalam bidang seni hampir tiga dekad berkata, dia tetap berpuas hati dengan rezeki yang diperolehinya itu.

Apatah lagi, dia kini tidak lagi dibebani dengan sewa kerana teksi yang digunakannya sekarang ini adalah miliknya sendiri selepas tiga tahun dia menyewa dengan kadar sewaan RM44 sehari.

“Teksi yang saya gunakan sekarang ini bukan sahaja milik saya sendiri tetapi saya juga ada permit sendiri sejak setahun lalu. Saya bersyukur dengan apa yang ada di mana kalau saya mahu duit lebih maka saya akan bawa teksi lama sikit. Ia bergantung pada keperluan saya.

“Dalam masa tiga jam misalnya, saya boleh mendapat tambang penumpang sekitar RM40. Saya boleh dapat RM100 sehari selepas ditolak dengan duit minyak. Cuma saya tidak suka bawa teksi pada waktu malam sejak kebelakangan ini.

“Antara sebabnya, saya tidak mahu terbabit dalam kejadian-kejadian yang tidak diingini. Maklumlah, membawa penumpang pada waktu malam cabaran dan masalahnya lebih besar. Biarlah waktu malam saya berehat sahaja di rumah,” jelasnya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Selepas juarai MLM Os terus bawa teksi!

Edisi Agama! Bertabarruk dengan kubur Rasulullah!

Oleh Kaki Wayang on

SEPERTI yang telah kita bincangkan minggu lepas, terdapat banyak riwayat daripada Salafus Soleh yang merakamkan bahawa mereka menerima dan beramal dengan bertabarruk dengan kesan-kesan atau bekas peninggalan Nabi SAW dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah. Pandangan ini turut dipegang oleh Ibnu Taimiyyah dan Imam Al-Zahabi seperti yang kita petik di bawah. Mereka ini merupakan di antara rujukan pilihan bagi kelompok yang cenderung anti-tabarruk pada zaman ini. 

Al-Qadhi 'Iyadh berkata: "Abdullah ibn Umar SAW pernah dilihat meletakkan tangannya di atas tempat duduk Rasulullah SAW di mimbarnya. Kemudian dia meletakkan tangannya itu di mukanya." Diriwayatkan daripada Ibnu Qusait dan al-'Utbi: "Apabila masjid telah kosong, para sahabat Nabi SAW mengusap tombol mimbar yang terletak berhampiran kubur Nabi SAW dengan tangan kanan, kemudian mereka menghadap kiblat seraya memanjatkan doa. "Berkata al-Mulla Ali al-Qari, pensyarah kitab al-Syifa: Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Sa'ad. (Al-Shifa', 3:518)

Hadis ini juga diriwayatkan oleh Syeikh Ibnu Taimiyyah daripada Imam Ahmad. Beliau memberi rukhsah mengenai mengusap mimbar dan tombol kayu tersebut dan menyebut bahawa Ibnu Umar, Sa'id ibn al Musayyib, dan Yahya ibn Sa'id RA dari kalangan fuqaha Madinah, melakukan perkara tersebut. (Ibnu Taimiyyah, Iqtido' Sirot al-Mustaqim, H: 367)

Ketika Amir al-Mukminin, Umar ibn al-Khattab RA hampir wafat, beliau berkata kepada anaknya, Abdullah RA, Pergilah kamu kepada Ummul Mukminin, Sayyidah 'Aisyah RA dan katakanlah, "Umar menyampaikan salam kepadamu." Jangan kamu katakan Amir al-Mukminin, kerana hari ini aku bukan lagi ketua kaum Mukminin. Katakan juga kepadanya, bahawa, "Umar ibn Khattab meminta izin untuk dikebumikan bersama (berdekatan) kedua orang sahabatnya (Rasulullah SAW dan Abu Bakar RA)." 

Maka Abdullah RA pun memberikan salam dan meminta izin untuk masuk. Lalu dia pun masuk dan mendapati Sayyidah Aisyah RA sedang duduk menangis. Abdullah RA berkata, "Umar menyampaikan salam kepadamu dan meminta izin untuk dikebumikan berhampiran kedua orang sahabatnya." 'Aisyah berkata, "Sebenarnya aku menginginkan tempat itu untuk diriku. Tetapi hari ini, aku akan mendahulukan dia (Umar RA) daripada diriku." 

Setelah kembali, maka dikatakan, "Ini Abdullah ibn Umar RA telah kembali." Umar ibn Khattab RA berkata (kepada para sahabat), "Angkatlah aku." Lalu beliau disandarkan oleh salah seorang sahabatnya kepada Abdullah RA. Umar RA berkata, "Apakah berita yang kamu bawa?" Dia berkata, "Berita yang kamu suka, wahai Amir al-Mukminin! Kamu telah diizinkan." Umar RA berkata, "Alhamdulilah, tidak ada sesuatu yang lebih penting bagiku selain daripada itu. Sekiranya aku telah wafat, bawalah aku dan ucapkanlah salam kepada 'Aisyah, dan katakanlah, "Umar meminta izin." Jika dia mengizinkan aku, maka masukkanlah aku. Tetapi jika dia menolakku, kembalikanlah aku ke perkuburan kaum Muslimin. (riwayat Bukhari dalam kitab Janaiz)

Pandangan Imam Al-Zahabi

Berkata al Imam Syamsuddin Muhammad ibn Ahmad al-Zahabi: Telah mengkhabarkan kepada kami Ahmad ibn Abdul Mun'im lebih daripada sekali, telah menyampaikan kepada kami Abu Ja'far al-Soidalani secara bertulis, telah menyampaikan kepada kami Abu Ali al-Haddad secara berdepan, telah menyampaikan kepada kami Abu Nu'aim al-Hafiz, telah menyampaikan kepada kami Abdullah ibn Ja'far, telah menyampaikan kepada kami Muhammad ibn 'Asim, telah menyampaikan kepada kami Abu Usamah, daripada Ubaidillah, daripada Nafi' daripada Ibnu Umar RA, "Sesungguhnya dia membenci perbuatan mengusap kubur Nabi SAW." Saya berpendapat: Ibnu Umar RA membenci perbuatan tersebut kerana melihat ketiadaan adab dan ketidaksopanan orang yang berkunjung ke kubur Nabi SAW. 

Imam Ahmad RA pernah ditanya tentang hukum mengusap kubur Nabi SAW dan mengucupnya. Maka dia tidak berpendapat, perbuatan tersebut adalah salah. Telah meriwayatkan daripadanya anaknya, Abdullah ibn Ahmad.

Justeru, sekiranya ditimbulkan persoalan: Kenapa sahabat tidak melakukan perbuatan tersebut? Maka dijawab: Kerana mereka dapat melihat dan bertemu dengan Rasulullah SAW dengan mata kepala mereka sendiri semasa Baginda SAW masih hidup. Mereka bergaul dengannya dan mencium tangannya. Nyaris-nyaris mereka berbunuh-bunuhan untuk mendapatkan air wuduknya. 

Mereka mengagih-agihkan rambutnya yang suci pada musim haji yang agung. Apabila Baginda SAW berludah, belum pun sempat ludahnya jatuh ke tanah, ia telah disambut oleh tangan seorang sahabat, lalu dia menyapu mukanya dengan air ludah tersebut. 

Adapun kami, disebabkan kami tidak berpeluang mendapat tuah atau keuntungan yang begitu sempurna dan indah, maka kami lebih sepatutnya mengunjungi kuburnya dengan penuh iltizam, penghormatan, penyerahan dan mengucupnya. Adakah kamu tidak melihat, bagaimana Thabit al-Bunani telah melakukannya? Beliau telah mengucup tangan Anas ibn Malik RA dan meletakkan tangannya ke mukanya sambil berkata, "Ini adalah tangan yang pernah menyentuh tangan Rasulullah SAW." Perbuatan sebegini tidak akan digerakkan oleh seorang Muslim kecuali kerana lonjakan kasih yang bersangatan terhadap Rasulullah SAW. 

Bahkan, sememangnya seorang Muslim itu disuruh mengasihi Allah dan Rasul SAW melebihi kasihnya terhadap dirinya, anak-anaknya, manusia seluruhnya, harta benda, syurga dan bidadarinya. Bahkan, terdapat sebahagian daripada kaum Mukminin itu mengasihi Abu Bakar RA dan Umar RA melebihi daripada kasih terhadap diri mereka sendiri.

Diceritakan kepada kami, bahawa ketika Jundar berada di bukit al-Biqa', dia mendengar seseorang mencaci Abu Bakar RA. Lalu dia menghunus pedangnya dan memenggal kepala orang tersebut. 

Tetapi jika dia mendengar orang mencaci dirinya atau bapanya belum tentu dia akan menghalalkan darah orang tersebut. Lihatlah, seorang sahabat yang berada dalam kecintaan yang begitu mendalam terhadap Nabi SAW berkata, "Bolehkah kami sujud kepadamu?" Maka Baginda SAW bersabda, "Tidak boleh." 

Sekiranya mereka diizinkan, sudah pasti mereka akan sujud kepadanya kerana membesarkan dan memuliakan Baginda SAW, bukan kerana menyembah atau beribadat kepadanya sebagaimana sujud saudara-saudara Nabi Yusuf AS kepadanya. Begitu jugalah dengan perbuatan, sujud seorang Muslim kepada kubur Nabi SAW kerana membesarkan dan memuliakan Baginda SAW. Ia tidak dikira kufur pada asalnya, tetapi dikira berdosa melakukannya. Justeru, ketahuilah bahawa ini adalah perkara yang dilarang, begitu juga dengan melakukan solat menghadap kubur. (Al-Zahabi, Mu'jam Al-Syuyukh, 1:73-74)

Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Bertabarruk dengan kubur Rasulullah!

Edisi Agama! Petua Mempercepatkan Jodoh!

Oleh Kaki Wayang on

Soalan:
 
Saya berusia lewat 20-an. Apa yang merisaukan, jodoh saya belum tiba. Saya ingin bertanya, ada tak apa-apa amalan atau surah di dalam al-Quran sebagai satu usaha untuk saya mempercepatkan jodoh dan bertemu dengan pasangan yang sesuai?
 
Jawapan:
 
Orang yang menunggu jodohnya tiba samalah seperti orang yang duduk menunggu nasi masuk ke dalam mulutnya. Makanan hendaklah diusahakan, jodoh juga hendaklah diusahakan. Amalan al-Qur’an bagi mempercepatkan jodoh tidak ada, yang ada ialah janji Allah kepada kita di dalam al-Qur’an: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. [al-Rad 13:11]
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Petua Mempercepatkan Jodoh!

Edisi Agam! Perlu ke Isteri Minta Izin Keluar Rumah!

Oleh Kaki Wayang on

Soalan:
 
Betulkah, setiap kali hendak keluar rumah isteri mesti meminta izin suami? Tidakkah syarat ini seperti merendahkan martabat isteri di zaman serba moden ini?
 
Jawapan:
 
Pertama sekali perlu bertanya kepada diri sendiri, adakah Islam diubahsuai mengikut zaman atau zaman yang diubahsuai mengikut Islam? Jika kita beriman bahawa Islam adalah panduan hidup dan Islam sesuai untuk semua zaman hingga Hari Akhirat, maka zamanlah yang diubahsuai agar mengikuti petunjuk Islam.
 
Merujuk kepada isteri yang hendak keluar rumah, hendaklah disedari bahawa kedudukan asal seorang isteri adalah di dalam rumah berdasarkan firman Allah: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu. [al-Ahzab 33:33] Apabila isteri hendak keluar rumah, sekali pun ke masjid, hendaklah dia meminta izin suaminya. Rasulullah bersabda: Jika salah seorang dari isteri kalian meminta izin ke masjid, maka janganlah melarangnya. [Shahih al-Bukhari, no: 4837]
 
Lebih lanjut, keluar rumah terbahagi kepada empat kategori.
 
Pertama, keluar rumah yang sudah menjadi kebiasaan seperti isteri keluar untuk ke pejabat atau menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Maka untuk kategori pertama ini, memadai mendapat izin untuk kali yang pertama daripada suami. Keizinan daripada suami merangkumi setiap kali isteri hendak keluar rumah atas tujuan-tujuan tersebut.
 
Kedua, keluar rumah yang bukan kebiasaan, seperti menziarahi rakan. Maka hendaklah meminta izin suami
 
Ketiga, keluar rumah dalam keadaan terdesak, seperti ke klinik membawa anak yang jatuh bermain basikal. Dalam kes terpencil seperti ini, tidak perlu mendapatkan izin suami jika masa atau keadaan tidak mengizinkan. Namun hendaklah dikhabarkan kepada suami apabila mendapat kelapangan.
 
Keempat, keluar rumah untuk tujuan maksiat, seperti menyertai kumpulan rakan-rakan yang dikenali suka bergossip dan menyebarkan aib tentang orang lain. Maka tidak perlu keluar rumah, tidak perlu minta izin suami dan tidak perlu mematuhi meski pun suami mengizinkannya.
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Agam! Perlu ke Isteri Minta Izin Keluar Rumah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...