- Letak header BENASHAARI.COM
- Sediakan satu entri khas yang bertajuk : BEN ASHAARI : BLOGLIST FEB 2012 dan linkkan ke entri ini
- Jelaskan apakah kelebihan blog anda utk memikat blogger agar menukar link dengan anda.
- Tinggalkan link lengkap entri korang di FACEBOOK PAGE SANTAI BEN ASHAARI
Kelebihan BLOG ini:-
- Sentiasa dikemaskini setiap hari
- Blog yang memang hangat
- Blog yang mempunyai pelbagai carita, informasi, tips dan pengalaman hidup selain artikel-artikel agama dan gosip-gosip artis yang terkini.
- Mempunyai kelebihan dari segi penulisan kreatif.
- Mampu memberi kepuasan kepada pembaca dan pengunjung (hope so)
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
BEN ASHAARI: Bloglist Februari 2012
Oleh Kaki Wayang on
Edisi Sentap! Rita Rudaini Dan Zaquan Adha Bergaduh Di Twitter, Saling Berbalas Sindiran?
Oleh Kaki Wayang on
Zaman sudah berubah, gaya kita bergaduh juga turut berubah hari ini — jika dulu boleh bertentang mata, kini Twitter & Facebook pun sudah memadai. Ini bukan kes pertama selebriti bergaduh di dunia maya sejak internet di’cipta dan kita sendiri sebenarnya tidak terlepas dari sindir menyindir di laman sosial masing masing hari ini.
Rita Rudaini & Zaquan Adha
kita sudah sedia maklum mempunyai hubungan yang kurang baik sejak
aktress tersebut jalin hubungan cinta dengan kembar beliau, Aidil Zafuan
tidak lama dahulu.
Dan, perbalahan antara mereka nampaknya tidak menampakkan tanda tanda
untuk reda selepas beberapa jam lalu, masing masing mengeluarkan
kenyataan sinis melalui akaun Twitter.
Zaquan Adha menulis yang beliau tidak berasa hairan yang Rita Rudaini
tidak peduli ibu mertua tidak menyayangi beliau kerana aktress itu
sendiri di’dakwa sudah lama tidak balik ke rumah keluarga Aidil Zafuan.
Rita Rudaini
membalas kenyataan Zaquan Adha dengan berkata pemain bola sepak itu
merupakan punca beliau tidak mahu balik ke rumah keluarga mertua dek
kerana sikap’nya yang suka melaga lagakan.
Kredit: RotiKaya.com
Hadiah dari Maxis! Terima Kasih Maxis!
Oleh Kaki Wayang on
Tajuk "over" hari ni adalah seperti yang tercatat di atas..over padahal selama ni asyik marah-marah je kat Maxis sebab line dan signal tak berapa nak baik suatu masa dahulu..
Oklah..setelah menjadi salah
seorang pelanggan Maxis yang setia (katenyer)..tetiba Maxis memberikan hadiah
sempena dengan Tahun Baru 2012 ini..semuanya bagi menghargai akan kesetiaan aku
sebagai pelanggan mereka selama 7 tahun..pagi ni tetiba dapat surat RASMI dari
Maxis yang mereka kini telah mengemaskini dan manambah kuota internet untuk HTC
HD7 aku tu dari 3GB ke 5GB pada harga RM88 yakni tidak ada sedikit penambahan
pun dari segi kos pembayaran setiap bulan..sebenarnya MAXIS sudah pun
memaklumkan mengenai perkara ini melalui penghantaran mesej makluman mereka
sebelum ini..Cuma surat RASMI dari mereka baru sahaja aku terima dari bahagian
pentadbiran..
So lepas ni aku dah tak perlu dah
kot nak guna broadband untuk layari internet menggunakan mobile ataupun laptop
aku sebab aku kini boleh berkongsi data internet bagi kedua-dua
pihak..gehtoooo..
Apapun, aku begitu gembira
menerima hadiah yang sangat besar ertinya ini..Your data quota upgrade takes
effect on 4th January 2012..wah gitew..kao mampooo..tapi kan nombor
yang digunakan untuk monitor usage of data quota tu macam tak berguna je..sebab
asyik failed je..ni nombor nya..*136*9# (untuk check data usage data).
Edisi Agama! Apakah ada orang kini berada Syurga?
Oleh Kaki Wayang on
Soalan :
Apakah sekarang ada orang di syurga selain para nabi dan malaikat atau kita semua harus menunggu hari kiamat sebelum kita masuk syurga atau neraka ? Saya mendengar bahwa beberapa oarang telah melihat syurga, atau mereka sekarang di syurga, atau mereka telah pergi ke syurga dan telah melihat apa-apa yang ada di dalamnya, padahal mereka bukanlah para nabi atau malaikat.
Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.
Syurga telah diciptakan Allah dan telah selesai proses penciptaannya berdasarkan firman-Nya di dalam Hadith Qudsi:
"Aku telah sediakan untuk hamba-hambaku yang shalih (syurga) yang tak pernah terlihat oleh mata …"
Juga kerana Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam telah melihatnya pada malam Isra dan Mi'raj serta dalil dalil lainnya.
Apakah ada orang yang memasukinya sebelum kiamat ?
Yang jelas hal itu ada dua macam.
Pertama : masuknya orang itu hanya rohnya saja sebagaimana keadaan orang-orang yang sudah mati. Dan ini adalah pasti bagi para nabi dan para syuhada yang roh-roh mereka berupa burung-burung hijau yang beterbangan di syurga. Sebagaimana keadaan yang digambarkan di dalam hadits-hadits yang dikhabarkan oleh Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam, bahwa beliau masuk ke syurga di dalam mimpi, maka keadaannya adalah keadaan arwah. Kedua : Adapun masuk syurga dengan jasad dan roh sekaligus maka hal itu akan terjadi pada hari kiamat untuk manusia dan jin.
Dikecualikan dari hal itu apa-apa
yang dijelaskan oleh Allah bahwa Adam 'alaihi salam dulu berada di syurga
sebelum diturunkan ke bumi sebagaimana yang diterangkan oleh Ibnul Qoyyim
rahimahullah dan yang lainnya Wallahu 'alam.
Edisi Agama! Mizan, Penimbang Amal!
Oleh Kaki Wayang on
(Piring sebelah kiri dipanggil Piring
Gelap manakala piring sebelah kanan dipanggil Piring Cerah)
Perkara paling berat ditimbang atas neraca adalah akhlak yang baik.
Bagus dan beratnya 5 perkara atas neraca:-
Perkara paling berat ditimbang atas neraca adalah akhlak yang baik.
Bagus dan beratnya 5 perkara atas neraca:-
- Kalimah Laa Ilaa Ha Illallah;
- Kalimah Allahu Akbar;
- Kalimah Subhanallah;
- Kalimah Alhamdulillah; dan
- Anak soleh yang meninggal dunia sehingga bapanya
kehilangan.