PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Hangat! Kisah Cinta Muka Buku & Cinta Jarak Jauh Yang Sebenar. (Singapura-Sweden)!
Oleh Kaki Wayang on
Ini ialah kisah cinta muka buku dan cinta jarak jauh (singapore – sweden) pasangan kekasih yang berkenalan di Facebook, Maday & Camilla.
Bermula dengan comment gambar di Facebook, kemudian terus menjadi
rapat. Bercakap setiap hari dengan menggunakan Skype. Selepas beberapa
bulan akhirnya mereka meluahkan perasaan masing-masing. Cinta jarak jauh
ini tidak mendapat support dari kawan pihak lelaki dan ini langsung
tidak mematahkan semangat mereka berdua untuk terus bercinta walaupun
tidak pernah jumpa.
Video ini diambil semasa pertama kali mereka berjumpa. Ibu-bapa Camilla
juga mengambil salah satu video ini. Harap cinta Maday & Camilla kekal hingga ke akhir hayat.
KREDIT: Rojaklah.com
Edisi Sentap! Apa ‘Dosa’ Kanak-Kanak Ini?
Oleh Kaki Wayang on
Minggu lepas satu acara renang sempena Pertandingan Sukan Selangor
(SUKSES) Terbuka diadakan di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam. Teruja dengan pertandingan tersebut, ramai-kanak beragama Islam
termasuk pelajar sebuah pusat tahfiz Al-Quran telah menyertainya.
Menyedari betapa pentingnya menjaga aurat, lebih 20 orang daripada
mereka yang berumur di antara lapan hingga 12 tahun telah memakai
pakaian renang yang mengikut hukum syariat iaitu tidak mendedahkan tubuh
masing-masing.
Bukannya memakai jubah atau purdah pun!
Malangnya, hanya disebabkan memakai baju renang khas untuk orang
Muslim itu, kesemua kanak-kanak ini dinafikan hak mereka untuk
bertanding hingga ada di antara mereka terpaksa ditenteramkan oleh ibu
bapa masing-masing kerana menangis diperlakukan begitu.
Jangan kata hendak bertanding, nak masuk dalam kolam pun tak boleh!
Alasan yang penganjur berikan cukup mudah – melanggar peraturan ditetapkan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).
Penceramah bebas yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Al-Ijabah,
Ustaz Muhamad Abdullah, berkata tindakan itu dianggap tidak wajar dan
seolah-olah satu diskriminasi agama serta penganiayaan terhadap
kanak-kanak terbabit.
” Saya sentiasa menggalakkan kanak-kanak ini menutup aurat
walaupun dalam sukan seperti renang kerana bagi saya ia adalah wajar
memandangkan Islam melarang kita mendedahkan aurat.
” Malangnya mereka menafikan pula hak anak-anak ini….kalau berlaku di negara bukan Islam kita fahamlah, tapi ni di Shah Alam.
” Saya ingin tanyalah soalan ini pada penganjur, sampai
beginikah teruknya kita orang Islam hingga terpinggir di negara
sendiri?,” kata Muhammad kepada Mynewshub.my di sini hari ini.
Bagi penulis ini adalah satu perkara yang cukup melampau apatah lagi
bila ianya berlaku pada kanak-kanak yang begitu teruja untuk menyertai
pertandingan seperti itu.
Apa yang dihairankan sangat dengan peraturan FINA itu, ini hanya
pertandingan biasa bukannya untuk mengejar gelaran dunia atau pun
Olimpik.
Tak mungkin FINA ‘gam’ sukan renang di Malaysia hanya kerana 20 orang
kanak-kanak Islam memakai pakaian renang Muslim kat Shah Alam itu.
Lagipun apa maknanya Islam sebagai agama rasmi di negara ini kalau ia boleh diperlekehkan begitu saja?
Kredit: MyNewsHub
Edisi Gempak! Jadikan Insiden ‘Bunyi Aneh Dari Langit Iktibar, Pengajaran!
Oleh Kaki Wayang on
‘Suara aneh dan menakutkan dari langit’ yang berlaku di Kota
Samarahan, Sarawak, baru-baru ini mungkin merupakan satu amaran kepada
umat Islam di akhir zaman ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, setiap umat Islam
wajar mengambil iktibar atas kejadian-kejadian ganjil yang berlaku yang
mungkin menjadi petanda kemurkaan Allah atas dosa-dosa yang dilakukan
selama di muka bumi ini.
“Setiap yang ganjil berlaku di dunia ini wajar diambil iktibar oleh semua umat Islam..mungkin ia adalah amaran kepada kita..Rasulullah pun ada sebut kita ni umat akhir zaman…banyak petanda yang sudah berlaku…
“Kita perlu merenung diri bermuhasabah diri..terlalu banyak dosa yang kita lakukan, kita merupakan umat paling maju dan bertamadun..namun kita lupa Tuhan, kita semakin kufur padaNya, malah ada suara-suara yang berani mencabar Allah sekarang ni..,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.
Tidak menolak kejadian aneh tersebut sebagai salah satu petanda akhir zaman, Harussani turut menjelaskan bahawa beberapa perkara lain yang disebutkan Rasulullah SAW telah berlaku yang menguatkan dakwaan tersebut.
“Dah banyak petanda akhir zaman dah berlaku..hukuman yang
pernah diturunkan Allah pada kaum-kaum terdahulu pun dah terjadi juga
pada zaman sekarang.
“Rasulullah ada sebut dulu..ada orang yang akan tenggelam dalam bumi, dah berlaku kejadian manusia mati tenggelam dalam tanah runtuh..gempa bumi pun makin kerap berlaku, tiap-tiap bulan kita dengar ada gempa bumi…
“Anak-anak zina pun makin ramai, dah berpuluh-puluh ribu dah..dunia pun dah ada angin ‘sar-sar’, angin ‘sar-sar’ ni ialah angin batu, sekarang ni pun dah ada dah berlaku bencana ni..angin ‘sar-sar’ ni dulu diturunkan Allah kepada umat Nabi Luth,” ulasnya lagi.
Justeru, Mufti Perak itu menasihati umat Islam agar mengambil iktibar di atas segala kejadian yang berlaku kini dan bermuhasabah diri serta kembali kepada agama Allah yang sebenar sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.
Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang berlaku di Kota Samarahan tersebut heboh diperkatakan di seluruh dunia dan dilaporkan pernah berlaku di Aaborg, Denmark dan Sweden pada tahun lalu.
Ekoran kejadian tersebut, timbul pelbagai andaian dari masyarakat umum yang mengaitkannya dengan fenomena akhir zaman dan merupakan petanda besar bahawa hari kiamat sangat hampir tiba sebagai pengakhiran dunia.
Selain itu, timbul juga andaian yang menyatakan bahawa insiden itu berpunca dari sebuah program yang dikenali sebagai “High Frequency Active Auroral Research Programme” (HAARP) yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat secara rahsia.
Bagaimanapun, tiada bukti yang menyokong hujah HAARP tersebut memandangkan kejadian itu berlaku di merata dunia dan amat mustahil melibatkan program yang berpengkalan di Gakona, Alaska tersebut.

Edisi Hangat! Gambar Sekitar Pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee!
Oleh Kaki Wayang on
Kredit: MyArtis
Alhamdulillah. Ally Iskandar kini selamat bergelar suami kepada Farah Lee sekitar jam 10.00 pagi ini dengan dua kali lafaz. Upacara pernikahan di diadakan di Masjid Kristal, Kuala
Terengganu.Berikut beberapa keping gambar pernikahan ally dan Farah Lee
Tahniah buat pasangan ini.
KREDIT: OhBulan
Edisi Sentap! Gambar Azwan Ali Yang Gagah Perkasa!
Oleh Kaki Wayang on
Pagi Jumaat yg sgt busy. Tak sempat nk pikir status pagi ni. Namun utk
tatapan semua, terimalah pose istimewa Azwan Ali yg sgt gagah ini.
Tribute atas 'de-activation' acc twitter beliau. Sy yakin imej ini akan
jadi imej JANTAN yang pasti jadi ikutan thn 2012 ♥ - Ehsan Redzuan Dean...