PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Hangat! Wanita Simpanan JFK Tulis Memoir Hubungan Sulit!

Oleh Kaki Wayang on

Wanita Simpanan JFK Tulis Memoir Hubungan Sulit
Seorang wanita yang mendakwa pernah menjadi perempuan simpanan kepada Presiden John F Kennedy (JFK) telah menulis sebuah memoir yang menceritakan bagaimana mereka bertemu dan penderaan yang dialaminya sepanjang 18 bulan menjalinkan hubungan.

Mimi Alford, 69, berkata, ketika bertemu dengan JFK, dia berusia 19 tahun dan mengadakan latihan praktikal di White House apabila Kennedy menggodanya selepas mengadakan parti bersama dua pembantu rapatnya dan seorang lagi wanita muda.

“Saya amat terkejut,” katanya dalam buku berkenaan.

Mereka meneruskan hubungan itu sehingga Alford meninggalkan Washington untuk kembali semula ke kolej.
Dia turut menceritakan bagaimana Kennedy berterusan merayu untuk menciumnya dan turut mengarahkannya mengadakan hubungan seks dengan bekas Presiden itu.

Malah ada masanya, Alford diminta menjaga adik bongsu Kennedy iaitu Teddy, namun dia menolak permintaan berkenaan.

Bagaimanapun di sebalik semua permintaan berkenaan, Alford berkata, hubungan mereka rapat dan dia menjadi tempat Kennedy mencurahkan perasaan selepas kematian bayinya, Patrick.

Memoir bertajuk Once Upon a Secret: My Affair with President John F. Kennedy and Its Aftermath itu turut menceritakan bagaimana dia menghabiskan masa siang dan malam bersama Presiden yang ketagihan seks itu.

Alford kini menetap di New York dan telah bersara daripada menjadi pentadbir di sebuah gereja.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Wanita Simpanan JFK Tulis Memoir Hubungan Sulit!

Edisi Hangat! Ibu Tidak Kisah Shila Amzah Kahwin Awal!

Oleh Kaki Wayang on

Ibu Tidak Kasi Shila Amzah Kahwin Awal
Ibu penyanyi Shila Amzah yang lebih dikenali sebagai Kak Zie tidak menghalang hubungan cinta anak daranya itu dengan pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad yang dikatakan telah terjalin sejak lebih enam bulan lalu.

Pada pertemuan baru-baru ini, isteri kepada penyanyi N.D. Lala itu berkata, Shila masih muda dan biarlah anaknya itu berkawan dengan Sharnaaz terlebih dahulu di mana katanya soal kahwin itu difikirkan lima tahun yang akan datang.

“Sekarang ini umur Shila baru 22 tahun dan kalau dia mahu berkahwin pun biarlah umurnya 25 tahun. Tunggulah tiga tahun dan ke atas kerana biarlah Shila tumpukan pada bidang nyanyian yang diceburinya itu,” ujarnya sambil dipersetujui oleh Shila yang berada di sisinya.

Hubungan intim Shila dan Sharnaaz bukan asing lagi apabila penyanyi kelahiran pertandingan one In A Million itu pernah berterus terang mengatakan suka dengan Sharnaaz sehingga menjemputnya sebagai model dan pelakon dalam klip lagu persembahannya tahun lalu.

Malah, Shila juga dikatakan berjalan berpegangan tangan dengan pelakon Juvana The Movie itu sewaktu hadir pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-26 yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 29 Januari lalu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Ibu Tidak Kisah Shila Amzah Kahwin Awal!

Edisi Pelik! Fenomena Telur Berdiri Bukan Mitos!

Oleh Kaki Wayang on

Fenomena Telur Berdiri Bukan Mitos
Fenomena telur berdiri tiada kaitan dengan kepercayaan atau mitos masyarakat tertentu kerana ia sudah dibuktikan secara saintifik bahawa graviti bumi atau manipulasi medan magnetik di makmal membolehkan telur tidak tumbang apabila didirikan.

Pakar fizik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Mohd Yusof Othman, berkata mengikut kajian, tarikan graviti antara bumi, bulan dan matahari membolehkan telur berdiri termasuk ketika fenomena gerhana.

“Kawasan mempunyai medan magnetik yang tinggi juga boleh menyebabkan telur berdiri,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.

Beliau diminta mengulas fenomena itu yang dicatatkan sebagai Hari Lup Choon atau Hari Telur Berdiri dalam kalendar Cina. Fenomena itu dikatakan berlaku setahun sekali dan tahun ini, ia bermula jam 12 tengah hari hingga jam 1 petang semalam.

Jurugambar Berita Minggu, Nik Hariff Hassan, semalam mengambil inisiatif membeli 30 biji telur untuk menguji sejauh mana kebenaran fenomena selama sejam itu di Dataran Merdeka bersama-sama beberapa pelancong yang berada di situ.

Seorang lagi ahli sains UKM, Profesor Dr Jumaat Adam, sebelum ini berkata, fenomena itu memang mencetuskan rasa pelik masyarakat dunia tetapi menegaskan banyak lagi contoh tarikan graviti bumi yang tidak dipandang serius seperti pasang surut air laut dan peralihan siang malam.

“Ada waktu dan ketika tertentu, tarikan graviti bumi dan matahari lebih kuat daripada biasa, membolehkan kita mudah untuk meletakkan telur supaya ia berdiri. Tetapi tarikan graviti ini juga menyebabkan berlakunya fenomena pasang besar iaitu apabila paras air laut meningkat tetapi tidak ramai yang mengendahkannya.

Mungkin kerana ia kerap berlaku,” katanya.
 
Ahli sains juga menganggap ia berlaku dalam tempoh Equinox, iaitu kedudukan matahari, bulan dan matahari berada pada sudut paksi sejajar, selain ketika gerhana matahari atau gerhana bulan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Fenomena Telur Berdiri Bukan Mitos!

Edisi Informasi! Cat Farish Masuk Hospital?

Oleh Kaki Wayang on

Cat Farish Masuk Hospital?
Penyanyi rap tanah air yang terkenal, Cat Farish, salah seorang ahli bagi kumpulan Faboulus Cat dilaporkan terpaksa dimasukkan ke hospital akibat tekanan darah tinggi. Menurut blog hiburan terkenal, Rotikaya.com, Cat Farish telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Tawakal Kuala Lumpur pada minggu lalu.

Difahamkan juga bahawa Cat Farish telah pun berada di dalam ICU selama beberapa hari tetapi, telah dipindahkan ke wad biasa pada hari berikutnya memandangkan keadaan dirinya kembali stabil.

Mungkin keadaan kerjanya yang sibuk dan tidak menentu memandangkan Cat Farish sedang berusaha menyiapkan projek terbarunya, 1MalaysiaTV yang menjadi punca dia jatuh sakit.

Apa-apa pun, sama-samalah kita mendoakan agar Cat Farish cepat sembuh dan dapat menjalankan tugasnya yang tertangguh itu semula. Insyaallah.

Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Cat Farish Masuk Hospital?

Edisi Sentap! Wanita Pelik Makan Ayam Hidup Setiap Hari!

Oleh Kaki Wayang on

Wanita Pelik Makan Ayam Hidup Setiap Hari
Daging ayam sudah diletakkan sebagai salah satu makanan ruji dalam piramid makanan kesihatan kepada manusia.

Setiap hari, kita pasti akan menggunakan ayam sebagai menu utama dalam masakan kita tidak kira apa jenis lauk pauk yang dihidangkan.

Pun begitu, sukar untuk penulis bayangkan apabila seorang wanita pelik sanggup makan ayam hidup-hidup sebagai makanan hariannya tanpa disembelih dan dicabut bulunya terlebih dahulu!

Miskaulah, 38, berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih.



Malah, Miskaulah juga didakwa mampu memakan ayam hidup sebanyak lima ekor setiap hari! Dia dikatakan perlu untuk memakan ayam hidup sebagai memenuhi nafsu gila dan peliknya itu. Ini sememangnya benar-benar pelik memandangkan kita sebagai orang Islam, perlu menyembelih ayam terlebih dahulu dan membersihkan segala kekotoran yang ada sebelum dimasak.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Wanita Pelik Makan Ayam Hidup Setiap Hari!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...