PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Sentap! Lelaki kaya jadi mangsa wanita piranha meningkat!

Oleh Kaki Wayang on

Lelaki hartawan diperdaya wanita bujang untuk berasmara hingga hamil kerana mereka menganggap bayi sebagai ‘pilihan kerjaya’, kata seorang peguam terkemuka semalam. Menurut Diane Benussi, jumlah lelaki yang termasuk dalam perangkap wanita muda dan jelita semakin meningkat.

Kata Diane, lelaki kaya dilihat mudah menjadi mangsa wanita yang malas bekerja dan anak hasil hubungan sulit itu dianggap sebagai tiket untuk hidup terjamin selama 18 hingga 21 tahun akan datang. 

“Tanpa mempedulikan sama ada lelaki terbabit mempunyai isteri atau tidak, pemangsa itu boleh dianggap sebagai piranha,” katanya.

Menurut Diane, selepas mengenal pasti mangsa, wanita terbabit menggoda lelaki berkenaan untuk mengadakan hubungan seks tanpa sebarang perlindungan selepas meyakinkan mangsa kononnya dia tidak boleh mengandung atau mengambil pil pencegah kehamilan.

“Data terkini menunjukkan semakin ramai wanita malas bekerja dan berkahwin kini mencari jalan mudah mendapatkan kehidupan mewah,” katanya.

Menurut Diane, perkahwinan tidak lagi membawa makna seperti sebelum ini. Kini, katanya, wanita mahukan anak kerana ada lebih banyak kegunaan.

“Bagi sesetengah wanita, memiliki bayi bermakna mereka memiliki kerjaya.

“Mereka diberi bayaran untuk tinggal di rumah dan menjaga anak,” katanya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Lelaki kaya jadi mangsa wanita piranha meningkat!

Edisi Hangat! Bayi ajaib 17 jam dibedah jantung!

Oleh Kaki Wayang on

JASMINE dianggap bayi ajaib kerana selamat menjalani pembedahan walaupun baru dilahirkan.
Seorang bayi berusia kurang dari sehari menjadi pesakit termuda dalam sejarah menjalani pembedahan jantung terbuka.

Jasmine Carr hanya memiliki peluang 15 peratus untuk selamat apabila pakar bedah memulakan prosedur ke atasnya selepas 17 jam 30 minit dia dilahirkan.

Kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Freeman, ibu bapa Jasmine, Jo dan James Carr, berdoa agak bayi berkenaan selamat serta dibenarkan pulang menjelang April ini Pasangan itu mengetahui anak mereka mengalami sindrom jantung kiri hypoplastic sejenis penyakit menyebabkan sebahagian daripada jantung gagal terbentuk dengan sempurna ketika Jo menjalani pemeriksaan kandungan 20 minggu.

Selepas doktor menyuntik Jo untuk memaksanya bersalin ketika kandungan baru berusia 37 minggu, Jasmine lahir dengan berat badan 2.3 kilogram, manakala jantungnya sebesar buah walnut.

Apabila Jasmine dikejarkan ke bilik kecemasan untuk pembedahan, ibu bapanya tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menunggu dan berdoa.

Menurut Jo, 27, dia sangat sedih apabila diberitahu peluang Jasmine untuk hidup sangat tipis.

“Ia adalah kenyataan paling pahit untuk seorang ibu,” katanya.

Jo berkata, menunggu doktor menyempurnakan pembedahan ke atas Jasmine menjadi detik paling menekan dalam hidupnya. Pembedahan membetulkan bahagian kiri jantung itu berlangsung selama 11 jam. Ia diketuai Dr Asif Hasan, tetapi bayi terbabit mengalami serangan jantung sehari kemudian.

Keadaan itu memaksa Jasmine tinggal hampir tiga bulan dalam wad ICU. Dia akhirnya dipindahkan ke wad jagaan rapi menjelang Krismas tahun lalu dan doktor kini yakin Jasmine mampu pulih sepenuhnya.

Isnin lalu, dia menjalani satu lagi pembedahan untuk melebarkan saluran darah. Pasangan suami isteri itu berharap Jasmine dibenarkan pulang ke rumah mereka di Newton Aycliffe beberapa bulan lagi.

Carr, 29, terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu apabila Jasmine dikesan menghidap penyakit berkenaan. Kata Carr, dia tidak dapat menggambarkan perasaannya ketika dapat menyentuh Jasmine. Kami akan adakan parti menyambut kepulangannya nanti,” katanya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Bayi ajaib 17 jam dibedah jantung!

Edisi Sentap! Beg pakaian berisi mayat!

Oleh Kaki Wayang on

DIBUNUH...anggota polis mengangkat mayat wanita warga Indonesia yang disumbat dalam beg.
Mayat seorang wanita warga Indonesia ditemui dengan kesan jerut dan luka di kepala sebelum disumbat dalam sebuah beg pakaian dan diletakkan di depan pintu bilik sebuah hotel di Jalan Raja Laut, di sini, malam kelmarin.

Mayat berkenaan ditemui penghuni hotel jam 10.30 malam di tingkat tiga bangunan empat tingkat itu sebelum memaklumkannya kepada polis.

Menurut sumber polis, mayat wanita warga asing berusia 30-an itu mempunyai kesan jerutan di leher dan luka di kepala dipercayai dipukul dengan objek keras.

Katanya, kejadian itu mungkin dilakukan teman lelaki mangsa yang kini sudah menghilangkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi berkata polis menerima maklumat orang awam jam 11 malam memaklumkan penemuan mayat wanita disumbat di dalam beg pakaian berkenaan.

Katanya, berdasarkan hasil bedah siasat mangsa mati akibat sesak nafas kesan dari jerutan di lehernya.

“Mangsa dikenali sebagai Rumiyati dan berasal dari Indonesia. Semakan kemasukan pendaftaran hotel menunjukkan mangsa memasuki hotel sejak jam 2 petang semalam.

“Polis mengenal pasti suspek dan usaha memburu giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Kk),” katanya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Beg pakaian berisi mayat!

Edisi Hangat! Ini Cerita Sebenar Punca Leuniey Putus Tunang!

Oleh Kaki Wayang on

PENJELASAN...(dari kiri) Nazri, Leuniey dan  Noor Laila  tampil memberi penjelasan   berhubung isu putus tunang yang dikaitkan dengan Apek, semalam. 

Gadis yang didakwa putus tunang selepas jatuh cinta dengan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, semalam tampil membuat penjelasan dengan menafikan dirinya ada kaitan dengan penjaga gol skuad bola sepak negara itu.

Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, berkata, dia hairan bagaimana nama Apek boleh terkait dalam masalah dia putus tunang sedangkan dia langsung tidak pernah bercakap dengan atlet dikagumi ramai itu. “Saya hairan bagaimana masalah saya ini dikaitkan dengan Apek sedangkan kami tidak pernah bercakap, apatah lagi keluar bersama,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Leuniey berkata, pertunangannya putus disebabkan masalah peribadi dan langsung tidak ada kena-mengena dengan Apek.

“Sebab itulah saya berasa perlu tampil memberi penjelasan kerana segala dakwaan mengenai Apek menjadi punca saya putus tunang semuanya fitnah yang bertujuan memburuk-burukkan namanya.

“Saya berharap penjelasan saya ini menjernihkan keadaan dan membersihkan nama Apek daripada kontroversi berkaitan hal ini,” katanya.

Leuniey juga berharap pihak yang menyebar fitnah itu berhenti melakukannya kerana ia turut menjejaskan nama baiknya serta keluarga.
“Saya memutuskan ikatan pertunangan kerana menganggap kami sudah tiada jodoh,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut mengenai punca sebenar dia putus tunang dengan pasangannya.

Anak pertama daripada lima beradik itu berkata, pertunangannya diputuskan dengan cara baik, malah bapanya, Nazri Adnan, 40, sendiri yang menghantar kembali cincin pertunangan kepada keluarga bekas tunang.

Katanya, dia terkilan dengan dakwaan pemilik akaun twitter yang menggunakan nama MahsiH2 menyebarkan fitnah berkenaan.

“Kedua-dua keluarga menyelesaikan masalah ini dengan baik dan tidak mahu diperbesarkan, namun saya tidak faham kenapa tiba-tiba masalah kami dikaitkan dengan Apek.

“Saya tumpang simpati dengan keluarga Apek yang terheret sama dalam masalah ini dan kepada penyebar fitnah, berhentilah mengaibkan orang lain,” katanya.

Difahamkan, Apek mengenali bapa saudara Leuniey, Mohd Irwan Azni Mohd Azmi yang menjadi kontraktor pembinaan rumah banglonya pemberian kerajaan negeri. Mohd Irwan juga adalah Pengarah Urusan Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn Bhd iaitu syarikat milik Apek.

Sementara itu, ibu Leuniey, Noor Laila Abu Bakar, 43, berkata dia harap isu itu tidak berpanjangan bagi membolehkan anaknya menumpukan perhatian terhadap perniagaan keluarga mereka.

“Saya tidak sangka soal dia putus tunang menjadi perhatian. Apa pun, saya harap ia tidak berpanjangan,” katanya.

Dakwaan Apek kononnya dikatakan menjadi punca pertunangan Leuniey putus mula tersebar melalui satu akaun twitter individu yang menggunakan MahsiH2 sebelum ia dijadikan bahan bertita di beberapa blog hiburan di Internet.

Harian Metro Sabtu lalu menyiarkan kenyataan bekas tunang Leuniey yang menafikan Apek menyebabkan pertunangannya putus dan dia turut menganggap berita itu sekadar fitnah untuk memburuk-burukkan nama Apek.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Ini Cerita Sebenar Punca Leuniey Putus Tunang!

Edisi Simpati! Ajal diseret lori sampah!

Oleh Kaki Wayang on

TRAGEDI...anggota polis trafik menguruskan jenazah dua beradik untuk dibawa ke Hospital Selayang. Gambar kecil, Danial, terkejut.
”Mereka adik beradik beria-ria nak pergi mandi kolam. Saya pelik dan tidak sampai hati menolak jadi saya dan kawan-kawan bersetuju mengikutnya,” kata rakan baik mangsa, Ahmad Danial Ahmad, 20, yang masih terkejut dengan kejadian menimpa mangsa.

Danial yang menunggang motosikal berkonvoi bersama dua mangsa dan tujuh lagi rakan lain sempat mengelak daripada dilanggar sebuah lori sampah yang hilang kawalan dipercayai akibat kerosakan brek.

Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari semalam, sebuah lori sampah dari arah Batu Caves menghala ke Kepong dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori satu tan sebelum merempuh motosikal mangsa.

Mangsa, Rezzall Nur Shairie Nasaruddin, 21, membonceng motosikal diseret hampir 30 meter sebelum lori sampah berkenaan berhenti sebaik merempuh sebuah bas manakala adiknya Farouk Nur Shahrin, 18, terpelanting ke kanan jalan. Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Simpati! Ajal diseret lori sampah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...