PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Sentap! Gambar Selebriti Pegang Anjing, Kini Giliran Penyanyi Lagu Rasmi Ombak Rindu, Adira AF!

Oleh Kaki Wayang on





Kredit: Rotikaya

"Seorang peminat hiburan menghantar sekeping gambar yang di’dakwa merupakan Adira AF yang sedang memegang anjing yang kami sendiri tidak tahu apa spesies’nya. Woof woof!" - Rotikaya
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Gambar Selebriti Pegang Anjing, Kini Giliran Penyanyi Lagu Rasmi Ombak Rindu, Adira AF!

Edisi Hangat! Blogger Pilihan! HairieCerulean Blogger Serba Boleh!

Oleh Kaki Wayang on



Kali ini, Kaki Wayang memilih HairieCerulean sebagai Blogger Pilihan atas ke"eksaited"an Kaki Wayang melihat dan membaca blog beliau..Beliau merupakan blogger yang menulis artikel di blognya berdasarkan pengalamannya..

Sesuai dengan perwatakannya yang agak kreatif..lihat saja foto-foto yang diambil dari lensa kameranya..nampak macam jurugambar professional kan..suka tengok dan lihat foto-foto yang diambil beliau..sangat kreatif..

Merupakan seorang pelajar dalam jurusan Bachelor in Landscape Architecture kat UiTM..so, kepada blogger yang belajar kat UiTM leh lah jumpa dengan beliau..walaupun tak pernah lagi bertemu wajah..Kaki Wayang rasakan yang dia ni ramah orangnya (ramah kew)..pernah seklai ajak dia keluar..tapi nampaknya beliau sibuk dengan tugasan dan exam tahun akhir..takde rezeki lagi nak jumpa..

Sempat menemubual Jejaka Idaman Malaya ini sebentar tadi..KW sempat bertanyakan mengenai cita-cita beliau..nak tahu jawapannya?.."Tengah huru-hara sekarang ni..yang penting ada aset untuk masa depan..tu je"..itu lah cita-cita beliau..hahahahaha..tak pe..InsyaAllah akan jadi seorang Arkitek dan Jurugambar nanti..Jom kita layan sedikit gambar ala-ala model yang diambil dari blognya..amacam? ada macam model terkenal tak? Ups lupa pula nak bagitahu..nama sebenar tuan punya blog ni Mohd Khairi..
 
kalau nak tahu dengan lebih lanjut lagi mengenai blogger aka Jejaka Idaman Malaya ni bolehlah ke Blog beliau di HairieCerulean


Jom kita layan lagi gambar ala-ala model beliau ni...





Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Blogger Pilihan! HairieCerulean Blogger Serba Boleh!

Edisi Hangat! Gambar Pokok Tempat Rasulullah SAW Berteduh!

Oleh Kaki Wayang on



Gambar ini di ambil dari Blog Denaihati yang menceritakan adiknya serta rombongan (jemaah tabligh) keluar 4 bulan di negeri Syam atau Jordan telah mengirimkan gambar pokok tempat Rasulullah SAW berteduh..


Selain itu, Penulis juga memberikan sedikit pesanan bahawa sepanjang 50km tidak ada sebatang pokok pun selain pokok tempat Rasulullah SAW berteduh selebihnya adalah permukaan kawasan berbatu dan pasir sahaja (pernyataan diubah sedikit)..

P/s: Semoga perjalanan jemaah tabligh adik penulis Denaihati mengembangkan dan menyampaikan syiar Islam diredhai dan dilindungi Allah SWT hendaknya..

Kredit: Denaihati

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Pokok Tempat Rasulullah SAW Berteduh!

Edisi Sentap! Gambar Separuh Bogel ADUN Selangor!

Oleh Kaki Wayang on


Perghhhh..konfem ramai yang buat tajuk mengenai Gambar Bogel Adun Selangor kan..yelaaa setiap akhbar membuat liputan mengenai tajuk berkenaan hari ni..dan blog aku juga tidak lari dari menjadi sasaran para pencari dan pembaca yang dahagakan berita-berita panas seperti ini..cuba lihat gambar di atas..

Rata-rata tajuk ini menjadi pilihan pembaca selain beberapa tajuk-tajuk panas yang lain..minta maaf yer..gambar bogel yang dimaksudkan tidak di siarkan di sini..hehehehe..

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Gambar Separuh Bogel ADUN Selangor!

Edisi Sentap! Pelajar Ponteng Kena Denda Baca Al-Quran!

Oleh Kaki Wayang on

Seramai 29 pelajar lelaki dari beberapa sekolah menengah di jajahan ini yang ditahan kerana ponteng, semalam diarah mengikuti kaunseling dan membaca al-Quran.

Semua pelajar terbabit ketika ditahan masih beruniform dan mereka dipercayai keluar tanpa pengetahuan sekolah, serta ada sudah membawa pakaian lain untuk menukarnya. Kebanyakan yang ditahan dipercayai keluar untuk membeli dan menghisap rokok di tempat tersembunyi yang sering kali dijadikan `port' ponteng bersama rakan lain. 

Pengarah Pelajaran (JPN) Kelantan, Hussin Awang, berkata semua pelajar yang ditahan itu dibawa ke Masjid Mukim Telipot di sini, untuk diberi kaunseling dan diarah membaca al-Quran di bawah bimbingan imam masjid itu, Ahmad Yunus. Pelajar terbabit yang berumur antara 15 dan 18 tahun itu ditahan di pusat beli-belah, taman perumahan dan surau.

"Kesemua pelajar menjalani ujian air kencing yang dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi mengesan sama ada mereka mengambil dadah.

"Ibu bapa pelajar juga dipanggil untuk datang bagi melihat sendiri keadaan anak mereka supaya tahu apa yang dilakukan pelajar terbabit,” katanya ketika ditemui, semalam.

Hussin berkata pelajar terbabit kemudiannya dibebaskan selepas diambil kenyataan dan latar belakang mereka oleh guru disiplin atau kaunselor untuk tindakan lanjut.

Operasi bersepadu yang dipanggil 'Ops Ponteng" itu turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), AADK serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Pelajar Ponteng Kena Denda Baca Al-Quran!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...