PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Simpati! Ayah Pilu Tergilis Anak Sendiri!

Oleh Kaki Wayang on

“Maafkan ayah nak... ayah tak sengaja,” hanya itu yang mampu diluahkan Jais Selamad, 45, selepas terlanggar anak bongsunya menyebabkan kanak-kanak perempuan berusia satu tahun itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Kejadian berlaku ketika Jais mengundurkan pacuan empat roda miliknya di rumahnya di Kampung Dusun, dekat sini, jam 6.05 petang kelmarin, tanpa menyedari mangsa, Nurfazliyana berada di belakang kenderaan itu. Mengimbas detik menyedihkan itu, Jais berkata, sebelum kejadian dia bersama isteri, Rosaida Mustafa, 39, serta empat anak mereka termasuk Allahyarham Nurfazliyana menikmati juadah bubur sebagai hidangan minum petang.

“Selepas selesai, saya memaklumkan isteri mahu ke kebun. Selepas menghidupkan enjin pacuan empat roda di depan rumah, saya mengundurkan kenderaan itu.

“Tiba-tiba saya terasa seperti melanggar sesuatu dan belum pun sempat berbuat apa-apa, isteri menjerit memberitahu saya terlanggar anak di belakang kenderaan,” katanya.

Jais berkata, dia segera keluar dan memeriksa bawah kenderaannya dan ketika itu sukar digambarkan kesedihan apabila melihat mangsa terbaring tidak sedarkan diri.“Hanya Allah yang tahu perasaan saya, sedihnya sukar untuk diceritakan. Saya segera memangkunya di riba saya dan ketika itu kepalanya berlumuran darah.

“Selepas saya periksa, sah dia meninggal dunia. Saya rasa sangat bersalah, tapi apa yang saya mampu katakan kerana saya tak sengaja dan tak akan maafkan diri atas apa yang berlaku,” katanya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Simpati! Ayah Pilu Tergilis Anak Sendiri!

Edisi Hangat! Koleksi Video Hit Tasha Manhasar - Be Mine!

Oleh Kaki Wayang on




Wah Video Tasha Manshahar "Be Mine" ini, mengikut kepada keadaan semasa nampaknya akan menjadi hit suatu masa nanti..pada ketika artikel ini ditulis..hit pada video ini di YouTube sudah menjangkau 99,000..dikhabarkan dalam tempoh 4 hari ianya suda menjangkau 50,000 views dari serata dunia..nampaknya makin ramailah artis yang akan lahir dari YouTube ni kan..kalau dulu Najwa Latif..kini Tasha Manshahar..



Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Koleksi Video Hit Tasha Manhasar - Be Mine!

Edisi Hangat! Tasha Manshahar Gadis Terbaru Meletup Dalam You Tube!

Oleh Kaki Wayang on



Tasha Manshahar


Sekarang ini sudah seperti menjadi ikutan apabila ramai di kalangan individu yang muncul di laman You Tube menyiarkan bakat mereka sebelum diangkat menjadi artis yang membolehkan mereka berkarya di pentas seni negara.

Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, ramai yang gembira mencuba bakat dengan mencipta lagu dan lirik, dirakam sendiri seterusnya di muat naik ke laman You Tube untuk menjadi tontonan umum.

Dari kemunculan Yuna, seterusnya Diandra Al-Junaidi dan Najwa Latif, semuanya dilihat sebagai artis perempuan yang mampu dan berpotensi untuk pergi jauh dalam mengembangkan bakat nyanyian mereka.

Terbaru, Tasha Manshahar, seorang gadis biasa menjadi fenomena apabila nama dan kumpulannya, Clora Studio menjadi bualan hangat di kalangan penulis-penulis blog yang amat meminati seni muzik.

Selain itu, lagu nyanyian Tasha, ‘Be Mine’ bergandingan bersama dengan ahli-ahli Clora Studio mencipta rekod apabila mendapat jumlah tontonan lebih dari 90,000 penonton dalam masa hanya empat hari!

Suatu rekod yang sukar dipercayai, namun kelunakan dan kelembutan suara Tasha dalam menyanyikan lagu tersebut berjaya memikat hati pendengar-pendengar setia gadis manis itu.

Di laman sosial Facebook milik Tasha dan Clora Studio, mereka adalah gabungan tiga elemen yang bergabung dari tiga kumpulan berasingan iaitu vokalis terdiri daripada Syed Shamim dan Tasha Manshahar, bahagian muzik diketuai oleh Aizat serta video oleh Ximited Production.

Mungkin masih belum lagi terbuka untuk berada bersama-sama artis lain yang sudah terkenal, Clora Studio menyatakan mereka lahir ke dalam industri seni kerana minat dan ingin berkongsi dengan semua pihak melalui kebolehan bakat yang mereka ada.

Penyanyi ayu bagi lagu ‘Be Mine’, ‘Hati Ini’, ‘Put The Blame On Me’, Tasha kini sedang menjalani pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan bakal bergelar seorang guru.

Selain itu, mereka juga mempunyai laman sosial mereka sendiri di Facebook iaitu Clora Studia dan Tasha Manshahar (Clora Studio).

Bukan itu sahaja, Tasha juga mempunyai blog hasil penulisannya sendiri iaitu, ‘Little Letters To Myself’ yang banyak memberikan kata-kata semangat kepada dirinya serta para pembaca.

Bagi yang tidak percaya dengan kebolehan dan bakat yang ada dalam diri Tasha serta Clora Studio, anda bolehlah mendengar lagu-lagu mereka yang banyak terdapat di laman You Tube kini.

Semoga bakat dan kebolehan dalam mengembangkan minat mereka itu mendapat sokongan oleh peminat-peminat di luar sana dan menutup persepsi negatif masyarakat bahawa gadis You Tube itu hanyalah ingin meraih populariti semata-mata serta mengejar cita-cita sebagai penyanyi melalui jalan yang singkat.




Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Tasha Manshahar Gadis Terbaru Meletup Dalam You Tube!

Edisi Hangat! Helmi Ditahan Isu Sebar Gambar Bogel Elizabeth Wong!

Oleh Kaki Wayang on

Helmi Ditahan, Kerajaan Selangor Nak Teliti
Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengesahkan seorang pemuda rakyat Malaysia yang ditahan di Batam, Indonesia Jumaat lalu adalah individu sama yang dicari polis bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar bogel Elizabeth Wong.

Lelaki yang sebelum ini dikenali sebagai Hilmi dan menetap di Ampang, Selangor itu menjadi buruan polis sejak tahun 2009 selepas tersebarnya gambar-gambar bogel Elizabeth di Internet pada 2009.

Elizabeth ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Bukit Lanjan. Hilmi atau Azmin Hilmi didakwa bekas teman lelaki ahli politik wanita itu.

Satu sumber berkata, PDRM dimaklumkan bahawa lelaki bernama Azmin Helmi, 37, yang ditahan oleh pihak berkuasa Batam, Indonesia atas kesalahan memiliki dokumen palsu adalah Hilmi iaitu individu sama dicari polis Malaysia sejak tiga tahun lalu.

“Ya (adalah Hilmi). Dia sah telah ditahan di Batam Sentral, Indonesia.

“Bagi membawa Hilmi pulang bagi siasatan berhubung penyebaran gambar bogel Elizabeth, ia akan memakan masa. Kita akan bekerjasama dengan pihak polis Indonesia untuk tujuan itu,” kata sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam.

Pada Februari 2009, Hilmi yang merupakan bekas pembantu seorang pemimpin politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor diburu bagi menyelesaikan kontroversi penyebaran gambar bogel Elizabeth.

Bagaimanapun, Hilmi yang ketika itu tinggal di alamat Jalan 4H, Ampang Jaya, Selangor gagal dikesan kerana menghilangkan diri keluar negara ekoran terbongkarnya skandal itu.

Hilmi dicari bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar-gambar bogel Elizabeth di Internet.

Maklumat terakhir yang pernah disiarkan akhbar-akhbar tempatan ialah Hilmi didakwa bersembunyi di Indonesia.

Pada 17 Februari 2009, negara digemparkan dengan penyebaran gambar bogel Elizabeth. Difahamkan, gambar-gambar dari pelbagai sudut itu diambil tanpa pengetahuan mangsa menggunakan telefon bimbit ketika dia tidur di rumahnya.

Gambar-gambar tersebut disahkan Elizabeth sebagai gambar-gambar dirinya.

SEMENTARA ITU, kerajaan Selangor kini sedang meneliti laporan berhubung penahanan individu tersebut.

Menurut kenyataan sekretariat media pejabat menteri besar, kerajaan Selangor akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran negeri.

“Perkara ini juga akan dibawa ke mesyuarat biro politik PKR pada Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera,” katanya kenyataan itu.

Kerajaan negeri juga berpendirian cubaan menyalahguna isu itu bagi mempertikaikan kredibiliti seseorang individu adalah tidak beretika.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Helmi Ditahan Isu Sebar Gambar Bogel Elizabeth Wong!

Edisi Hangat! Ciuman Di Hari Valentine Boleh Membawa Maut?

Oleh Kaki Wayang on

Ciuman Di Hari Valentine Boleh Membawa Maut?
Tanggal 14 Februari menjadi tarikh yang dinantikan oleh pasangan kekasih sebagai hari untuk meluah dan memperingati cinta sejati kepada pasangan masing-masing di mana budaya berpacaran yang majoritinya di kalangan remaja dalam menyambut Hari Kekasih atau Valentine. Budaya mungkar seperti itu sudah menjadi kelaziman bagi segelintir remaja. Umat Islam di Malaysia tidak harus terpengaruh dan meraikan sambutan itu kerana ia bercanggah dengan akidah.

Bukan saja sejarah Valentine yang sememangnya mengaibkan agama Islam itu sendiri, bahkan budaya bercium yang lazimnya diamalkan semasa hari tersebut, khususnya pada tahun ini, juga sebenarnya boleh membawa kemudaratan – itulah kajian terbaru para saintis Barat. Ini disebabkan Februari ini merupakan ‘musim kemuncak’ penularan penyakit.

” Pertengahan Februari biasanya merupakan musim puncak untuk penyakit menular, seperti flu babi (H1N1) dan mononucleosis.

” Suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk boleh menyebabkan stres bagi tubuh, melemahkan pertahanan dalam melawan jangkitan dan inilah yang membuat kita lebih rentan,” kata Jorge Parada dari Loyola University Health System.

Tambah Parada, bukan hanya bercium yang dapat menyebarkan virus flu, malah Hari Valentine yang selalu dikaitkan dengan keromantisan telah menyebabkan ramai pasangan yang memilih untuk minum dari gelas yang sama, berkongsi sudu dan garfu hingga mereka tidak sedar yang ia boleh menyebabkan terjadinya perpindahan virus.

“Manusia dapat ‘mengirimkan’ beberapa virus melalui air liur. ” Garpu, sendu dan gelas boleh bertindak sebagai penghubungnya,” kata Parada.

Parada seterusnya menyarankan agar setiap pasangan melindungi diri mereka sendiri dan orang yang dicintai dengan menghentikan penyebaran virus kepada orang lain. Masihkah mahu menyambut Hari Valentine?

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Ciuman Di Hari Valentine Boleh Membawa Maut?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...