PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Sentap! Suarez patut dibuang padang - Rooney!

Oleh Kaki Wayang on


Luis Suarez terlibat dalam satu lagi kontroversi sekembalinya daripada penggantungan, apabila bintang Manchester United, Wayne Rooney mendakwa penyerang Liverpool itu patut dibuang padang ketika Reds seri tanpa jaringan dengan Tottenham, semalam. 

Selepas tamat perlawanan, pengurus Reds, Kenny Daglish mengulangi sokongannya terhadap Suarez, sambil menegaskan bahawa pemain Uruguay itu tidak sepatutnya digantung lapan perlawanan.

Bagaimanapun fokus Rooney adalah kepada insiden yang berlaku di atas padang sebaik sahaja Suarez dimasukkan sebagai pemain gantian di Anfield semalam.

Penyerang tersebut dilayangkan kad kuning kerana menendang perut pemain tengah Tottenham, Scott Parker.

Rooney percaya, untuk kekasaran seperti itu, kad merah adalah tindakan paling wajar.

"Sekiranya pengadil melihat tendangan yang dilakukan Suarez, dia pasti akan mengambil tindakan terhadapnya, ia sepatutnya kad merah,'' kata Rooney dalam rangkaian sosial, Twitter.

Rooney menerima kritikan atas komen yang dikeluarkan itu, namun mempertahankannya dengan membuat perbandingan dengan rekod disiplinnya sendiri ketika menjawab soalan yang diajukan oleh peminat.

"Kepada sesiapa yang bercakap mengenai sikap agresif saya, saya ingin beritahu bahawa saya belum menerima satu pun kad kuning musim ini,'' kata Rooney lagi.

Bekas pertahanan United dan England, Gary Neville turut bersetuju dengan pandangan Rooney mengenai insiden tersebut.

Neville memberitahu Sky Sports: "Suarez memang bertuah. Pengadil melepaskan dia untuk satu kesalahan."

Dalglish bagaimanapun enggan mengulas komen kedua-dua pemain tersebut, dan memberitahu wartawan: "Mengapa anda tidak tweet balik kepada Wayne? Saya tiada pandangan mengenai apa yang mereka tweet, apatah lagi kalau saya tidak melihatnya sendiri.

"Kalau Gary Neville atau Wayne berada di sana dan bertanyakan soalan itu kepada saya, mungkin saya akan jawab tetapi saya tidak rasa anda boleh menyokong apa yang mereka kata."

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Suarez patut dibuang padang - Rooney!

Edisi Hangat! Ferrari Berharga RM100 juta!

Oleh Kaki Wayang on

Sebuah kereta Ferrari dijual dengan harga $20 juta (RM100 juta), menjadikannya kereta paling mahal di Britain. Ia satu daripada 39 model kereta siri 250 GTO yang dibuat dari 1962 hingga 1964.

Kereta berkenaan dipercayai dijual oleh pengumpul kereta Ferrari, Jon Hunt yang membelinya pada 2008 dengan harga $15.7 juta, rekod dunia ketika itu. Hunt yang mengasaskan agensi hartanah Foxtons sebelum menjualnya dengan harga $370 juta pada 2007, menjual Ferrari buatan 1963 itu pada harga $20.2 juta, mencatatkan keuntungan sebanyak $4.5 juta dalam masa hanya tiga tahun.

Kereta yang bernombor plat 5095 itu dilengkapi enjin V12 dan mampu mencapai kelajuan 287 kilometer sejam.

Harga baru kereta itu pada 1963 ialah $6,000, sama harga dengan sebuah rumah berkembar pada 1960-an. Ferrari 250 GTO itu kini adalah kereta kedua termahal di dunia selepas kereta Bugatti keluaran 1936 yang dijual pada harga $26 juta pada 2010.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Ferrari Berharga RM100 juta!

Edisi Panas! Skandal JFK, gadis pelatih Rumah Putih!

Oleh Kaki Wayang on

KENNEDY dan isteri, Jackie.

JFK dan Isteri

John F Kennedy menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pelatih Rumah Putih berusia belasan tahun selama 18 bulan.

Pendedahan itu terkandung dalam buku baru yang ditulis oleh wanita berkenaan yang mendakwa menjadi kekasih mendiang Presiden Amerika Syarikat itu.

Petikan daripada buku itu, ‘Once Upon a Secret: My Affair with President John F Kennedy and Its Aftermath,’ disiarkan oleh akhbar New York Post semalam yang berkata, ia membeli buku berkenaan di sebuah kedai buku tempatan, meskipun ia hanya dijadual untuk dipasarkan hari ini.

Pengarang, Mimi Alford, kini berusia 69 tahun, menceritakan bagaimana Kennedy menangis selepas kematian anak lelakinya yang baru lahir. 

Ia juga menceritakan semula bagaimana Kennedy, yang ketika itu berdengan dengan krisis peluru berpandu Cuba memberitahunya: “Saya lebih rela anak saya menjadi komunis daripada mati.’

Mimi menceritakan secara terperinci mengenai hubungannya dengan Kennedy yang bermula pada musim panas 1962 ketika dia baru berusia 19 tahun, 26 tahun muda daripada presiden itu yang mati dibunuh pada tahun berikutnya.

Dalam petikan yang disiarkan oleh akhbar terbabit, Mimi mendedahkan dia menemui Kennedy hanya empat hari selepas mula menjalani latihan dan presiden itu mempelawanya melawat kediamannya di Rumah Putih, termasuk kamar tidur Jackie Kennedy.

Kini, 50 tahun selepas itu, Mimi, pesara pentadbir Gereja New York City menulis, dia hilang daranya di kamar berkenaan.

“Saya terkejut. Tetapi bagi dia, kejadian itu seolah-olah perkara paling biasa di dunia,” katanya.

Hubungan itu terus terjalin selama setahun setengah berikutnya malah Mimi turut menyertai Kennedy dalam beberapa lawatan sehingga ia berakhir dengan pembunuhan presiden itu.

“Meskipun kami tidak pernah bercium dan terdapat satu tabir antara kami, tetapi hubungan seks yang dilakukan adalah pelbagai dan menyeronokkan,” kata Mimi.

Wanita itu juga berkata, sepanjang menjalinkan skandal itu, Kennedy mengajarnya membuat telur hancur dan bagaimana untuk menghargai muzik Frank Sinatra dan Tony Bennett.

Walaupun mempunyai hubungan rapat dengan Kennedy, Mimi berkata, dia masih memanggilnya Tuan Presiden dan mengaku tidak pernah menolak godaannya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Panas! Skandal JFK, gadis pelatih Rumah Putih!

Edisi Hangat! Gadis bercakap ganjil selepas kemalangan!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah yang cedera selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya bulan lalu kini terlantar di rumahnya akibat kesan trauma kejadian berkenaan. 

Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah dekat sini mendakwa berperasaan luar biasa dan bercakap ganjil dalam bahasa tidak difahaminya dipercayai berpunca daripada kemalangan. “Dalam kejadian itu saya membonceng motosikal abang, Jefri Ismail yang terbabit dalam satu perlanggaran dengan sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat di Kampung Alor Lintang pada 10 Januari lalu dalam perjalanan pulang dari sekolah. “Akibat kemalangan itu saya terjatuh dan terhantuk kepala ke atas jalan raya dan dimasukkan ke Hospital Besut serta tidak sedarkan diri selama 11 jam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Medang dekat Kampung Raja di sini, kelmarin.

Noraini kemudian menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dan menjalani imbasan di bahagian kepala yang mendapati terdapat kesan darah beku. Menurut ibunya, Mansena Daud, 48, apabila anaknya itu menjalani imbasan kali kedua dan ketiga di hospital sama, doktor memberitahu bahawa kesan darah beku itu sudah tiada. Selepas tiga hari dirawat di HUSM, Kubang Kerian, anak keenam daripada tujuh beradik itu dibenarkan pulang ke rumah, tetapi keadaannya menjadi teruk hingga tidak dapat bercakap. 
 
Tidak lama kemudian, dia mula bercakap bahasa ‘ganjil’ tidak difahami yang didakwa bahasa Cina, Jepun, Korea dan Indonesia. Mansena berkata, anaknya kemudian dimasukkan semula ke hospital bagi rawatan seterusnya atas arahan doktor. Walaupun berperangai pelik, katanya, Noraini kelihatan sihat dan berselera makan serta ingatannya masih baik, namun sering mengadu sakit kepala pada waktu malam hingga terpaksa menghantarnya ke hospital. Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Putra, Muhammad Pehimi Yusoff ketika ditemui meminta pakar membuat kajian teliti bagi mengetahui punca sebenar masalah dihadapi pelajar berkenaan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gadis bercakap ganjil selepas kemalangan!

Edisi Sentap! Jatuh Cinta Dengan PengKid, Isteri Lari Tinggalkan Suami!

Oleh Kaki Wayang on

HILANG...Siti Khadijah (kiri) menujukkan dua laporan polis dibuat abang iparnya berhubung kehilangan kakaknya sambil diperhatikan Abd Karim (kanan).

eorang wanita pengantin baru 14 hari berkahwin dikatakan lesap dari rumah keluarganya di bandar ini dipercayai dilarikan kekasihnya, seorang pengkid sejak lebih empat bulan lalu. 

Badariah Abd Karim, 29, yang baru dua minggu bergelar isteri dikatakan gagal dikesan hingga kini selepas dikatakan keluar bertemu rakan di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur pada 6 Oktober tahun lalu.

Suami wanita terbabit, Mohd Izhammuddin Alias, 29, berkata, isteri yang baru dikahwininya selepas berkenalan setahun lalu mula berubah sikap selepas menerima panggilan telefon daripada pengkid berkenaan yang juga anggota pasukan keselamatan bertugas di ibu negara.

“Selepas tiga hari bersanding di rumah keluarga saya pada September lalu, isteri menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang mahu menemuinya di Stesen KL Sentral. Saya tidak membenarkannya dan memberitahunya jika mahu berjumpa, biar saya hantarkan.

“Isteri bersetuju sebelum saya menghantarnya ke KL Sentral untuk menemui rakannya itu. Pada hari kejadian, isteri meminta saya menunggu sebentar dalam kereta manakala dia keluar menemui seseorang di seberang jalan di situ,” katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Taman Setia, Pasir Panjang, di sini, semalam.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Jatuh Cinta Dengan PengKid, Isteri Lari Tinggalkan Suami!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...