PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Terkini! Harga Proton P3-21A RM62,000 - RM75,000!
Oleh Kaki Wayang on
Harga model kereta terbaharu Perusahaan Otomobil
Nasional Bhd (Proton) P3-21A yang dijangka diperkenalkan kepada umum pada
penghujung bulan ini berada sekitar RM62,000 hingga RM75,000 sebuah, berbeza
mengikut varian yang ditawarkan.
Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin
Syed Mohamed Tahir berkata, tempahan model itu juga telah dibuka kepada orang
ramai dengan harga tempahan awal serendah RM500.
Edisi Sentap! Anak Buang Bapa, Anak Berlagak dan Pura-pura Tak Kenal – Serius Sadis!
Oleh Kaki Wayang on
“Kalau hang tak mahu pada orang
tua ni, hang bunuh dia. Bagi aku tanam. Dia ni bapak hang,” antara ungkapan
kecewa diluahkan penjaga seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun yang
merupakan anak saudara kepada mangsa ketika berlaku pertengkaran di hadapan
rumah anak perempuan mangsa di sini kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
Kejadian berlaku apabila mangsa menyatakan hasrat untuk tinggal di rumah anak perempuan tunggalnya kerana setelah sekian lama dijaga adik-beradiknya.
Kejadian berlaku apabila mangsa menyatakan hasrat untuk tinggal di rumah anak perempuan tunggalnya kerana setelah sekian lama dijaga adik-beradiknya.
Edisi Terkini! Keluarga Dirang Rancang Pindah Untuk Lupa Tragedi - Serius Sedih!
Oleh Kaki Wayang on
Keluarga
Nurul Nadirah Abdullah, kanak-kanak malang yang dibunuh dan dibakar, merancang
untuk berpindah ke kediaman lain bagi melupakan kisah pahit yang berlaku
terhadap mereka.
Ibu Allahyarham, Roselyn Alan, 25, berkata beliau merancang untuk berpindah kerana tidak sanggup berasa sedih setiap kali terbayangkan Nurul Nadirah, yang mesra dipanggil Dirang, di setiap sudut rumah itu.

Edisi Terkini! Perogol Bersiri Tawar Pekerjaan Untuk Perdaya Mangsa!
Oleh Kaki Wayang on
Polis Hong Kong berkata, mereka menahan suspek perogol bersiri yang memperdaya mangsanya dengan meletakkan iklan temuduga kerja palsu di Internet.
Lelaki berusia 31 tahun itu, yang dikenali sebagai Chan, ditahan Isnin lalu, selepas seorang pelajar sekolah berusia 17 tahun berkata dia dirogol di sebuah hotel di mana “temuduga” itu dijalankan.
Jurucakap polis berkata, “Kami masih menyiasat sekiranya ada gadis lain yang menjadi mangsanya. Kami merayu mereka untuk tampil memberi keterangan.”

Edisi Terkini! Pemain Badminton Negara Mohamad Arif Ab Latif Disamun!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang pemain badminton kebangsaan berusia 22 tahun kerugian RM14,000 selepas wang tunai untuk membayar pendahuluan kereta hendak dibelinya disamun tiga lelaki dalam kejadian di Taman Tun Dr Ismail, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Arif Ab Latif sedang berjalan ke arah keretanya selepas makan tengah hari bersama seorang rakan didatangi dua motosikal ditunggang tiga lelaki.
Menurut sumber, pada mulanya, mangsa tidak sedar lelaki terbabit datang dari arah belakang sebelum memberhentikan motosikal di hadapannya.
Katanya, seorang daripada lelaki itu terus menarik beg sandang
mangsa menyebabkannya terkejut sebelum menumbuk muka lelaki itu dan
lelaki terbabit membalas dengan menumbuk dada mangsa.